Ahad, 31 Januari 2010

AIMAN YUSUF AL DAQQAQ -rakyat Syiria Penyebar ajaran Wahhabi di Malaysia- ditangkap

ISA TANGKAP PENGGANAS, Siapakah pula yang akan ditangkap sebagai pengganas dari kalangan rakyat Malaysia

AIMAN YUSUF AL DAQQAQ, bersama rakyat tempatan.
Beliau pernah menyebarkan ajaran Wahhabi di UIA Gombak secara tidak rasmi dan pihak UIA telah menghalaunya selepas mengetahui hakikatnya.Yang di sebelah dia itu yang muka melayu adalah Arif Mohd Nazri dari UKM, harap pihak berkuasa pantau dia sekali. Kami dapat maklumat dia (si Arif) pernah mengadakan kelas agama mereka secara tidak rasmi di UIA Gombak dan dijadikan rujukan utama oleh puak2 Wahabi melayu di sana

Ini adalah Jamiah Abu Bakar yang bertempat di Gulshan Iqbal Karachi, Pakistan.
Si Aiman al Daqqaq pernah menjadikan tempat ini sebagai markaz penyebaran ajaran Wahhabi dan sekali gus memudahkan jalan bagi pelajar-pelajar di sana untuk pergi ke Afganistan bagi melatih penggunaan senjata tentera di sana.-Sumber dari bekas pelajar di Jamiah tersebut-

RUMAH yang digunakan untuk pertemuan setiap malam Jumaat yang diserbu oleh anggota polis dalam operasi anti-pengganas di Kampung Sungai Chincin, Gombak

Dua rumah setingkat di Kampung Sungai Chincin di sini, dipercayai dijadikan tempat persembunyian pengganas antarabangsa sejak sembilan tahun lalu, selain dijadikan pusat pertemuan mereka untuk merancang serangan di seluruh dunia....
Sumber berkata, semua 42 yang ditahan dibawa ke Pulapol Kuala Lumpur, Jalan Semarak untuk soal siasat dan proses dokumentasi, dengan 32 daripadanya dibebaskan tanpa syarat selepas itu. ...
Bagaimanapun, 10 lagi termasuk pensyarah itu dan anak lelakinya yang masing-masing berusia lingkungan 50-an dan 20-an ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). “Daripada 10 itu, empat warga Syria, tiga Nigeria dan masing-masing satu Yaman, Jordan dan Malaysia, dengan kebanyakannya pelajar universiti tempatan.
Berita selanjutnya: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20100129093832/Article/

PUTRAJAYA 27 Jan. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan hanya 10 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dipercayai terlibat dengan organisasi pengganas antarabangsa.

Pengesahan Hishammuddin itu sekali gus menafikan laporan sebelum ini yang menyebut seramai 50 orang ditahan di bawah akta berkenaan.

Menurut beliau, penahanan tersebut membabitkan sembilan orang warganegara asing dan seorang rakyat tempatan......berita selanjutnya: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

5 ulasan:

  1. Syabas kepada kerajaan Malaysia kerana bertindak tegas terhadap Wahabi yang biadap.Minta pihak berwajib siasat juga I'ttiba Us-Sunnah Kuala Pilah kerana merupakan sarang Wahabi dan disokong oleh penentang2 kerajaan seperti PKR.Ittiba Us-Sunnah juga mengagung2kan Shamsiah Fakeh, yang dulu menggerakkan Parti Komunis Malaya.Terrorist seperti Rasul Dahri juga sewajibnya dihalau dari Malaysia kerana beliau rakyat Singapura.Tak ada faedahnya jika Rasul Dahri dibenarkan menetap di Malaysia jika gerak kerjanya hanyalah nak menyesatkan umat Islam.Sama-sama kita berjihad melawan WAHABI.

    BalasPadam
  2. salam...saudara! ana nak tanya nie, apa itu wahabi? apa bukti wahabi sesat? setau ana abdul wahab adalah ulama yang berusaha mengembalikan islam yang syumul. dan mereka yang dituduh sebagai wahabi ni rasanya mereka tak mengaku yang mereka itu wahabi..cuma pemikiran mereka sama iaitu nak membawa fahaman islam yang kolot itu kepada yang diamalkan rasulullah!

    BalasPadam
  3. Salam Pejuang Desa...kamu kenal Muhammad Abdul Wahab dari siapa? Ustaz yang dokong Muhammad tu ker? Ayah dia Abdul Wahab terang2 Ulama yang besar lagi hebat, yang menjadi masalahnya ialah anak dia Muhammad, yang beliau sendiri menolak apa yg telah dibawa dan dipegang oleh ayahnya sendiri...

    BalasPadam
  4. berapa banyak kah kitab-kitab wahabi yang berada dinegara kita ? terus terang kita menentang wahabi kerana kita banyak mendengar tomahan dari guru yang sememangnya memusuhi wahabi itu sendiri.bersikap adillah.dengar dari kedua -dua belah pihak.kemudian kita ukur melalui neraca quran dan hadis.adakah kenyataan dari ustaz-ustaz yang memusuhi wahabi semuanya benar?jangan lah kita sama-sama terlibat didalam menyebarkan fitnah.

    BalasPadam
  5. Namun ada juga blog parti pembangkang yang memperlekehkan anggota pasukan keselamatan yang mempertahankan BP Bukit Kepong.
    Blog Pembangkang ini dengan terang2 menyokong Kominis yang dipimpin oleh Chin Peng.
    Sila keBlog Greenboc.....

    BalasPadam