Isnin, 27 September 2010

SI DR ASRI (maza) MUFTI JUDI MALAYSIA?

Dulu ada niat nak masuk disko, sekarang nak makan hasil judi pulak?.Adakah Si Asri (MAZA) suka dan redha bagi makan haram pada anak bini dan keluarganya?, nanti masuk neraka
Gambar Hiasan

Wang bantuan hasil judi tidak haram: Dr Asri
SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa bantuan dari kerajaan negeri hasil daripada pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam adalah tidak haram.
Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga menggunakan sumber pendapatan yang serupa iaitu melalui kutipan cukai seperti judi, arak, hiburan dan lain-lain.
Menurutnya, kegiatan yang menggalakkan perjudian perlu dicegah oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri kerana kegiatan tersebut adalah haram di sisi Islam dan boleh merosakkan masyarakat.
“Hakikatnya di Malaysia, berapa banyak lagi cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.
“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga berasal dari pelbagai sumber pendapatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika berada di Beijing, China, semalam. Baca selanjutnya: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8223765.asp

Komen Tuan blog: Saya di sini tidak ingin memberi komentar yang banyak, kerana orang Islam yang jahil pun zaman sekarang tahu bahawa judi ini haram. Tapi bila muncul je si Dr Asri ini yang dibangga-banggakan oleh sebahagian orang jahil yang menganggap beliau seorang ulamak, tiba-tiba membuat kenyataan seperti ini, Dalam al Quran dah disebut maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan” [al-Ma’idah (5):90].
Wahai para pengikut dan taksub dengan si Asri ini, bertaubatlah kepada Allah, kamu semua telah tertipu dengannya, dia nak cari kemasyhuran sekarang buat kenyataan pelik-pelik macam ini sehingga sanggup buat benda kufur (menghalalkan perkara yang haram). Beliau bertopengkan dengan nama Ustaz dan Islam, bahaya dia ini, mesti diambil tindakan dimasukkkan ke dalam penjara.
Mula-mula judi haram, lepas ini tak tahulah, mungkin pelacur, gay ( seperti yang selalu dilakukan oleh kumpulan Wahhabi), arak, daging babi dan lainnya halal pulak jadinya.

Selasa, 14 September 2010

PEMBUNUH JUTAWAN KEJAM, TAPI GERAKAN WAHHABI LAGI KEJAM MEMBUNUH UMAT ISLAM DI DALAM MASJID AL-HARAM

Gerakan Pengganas dan pelampau Wahhabi lagi kejam, sejarah membuktikan bahawa mereka dahulu memasuki kota suci Makkah dengan pembunuhan, membunuh umat Islam sehingga menyembelih bayi-bayi kecil. Ya Allah! Jauhkan kami dari malapetaka Wahhabi ini!, Jangan biarkan mereka dapat menguasai Negara Malaysia yang tercinta ini!!

SALAH seorang suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dibawa ke sebuah jambatan di Sungai Kachong untuk mencari bukti yang dibuang ke sungai tersebut, di Tanjung Sepat, Banting, 13 Sept. Gerakan mencari bahan bukti tersebut melibatkan pasukan penyelam polis marin. - Utusan-: http://www.utusan.com.my/

Imam SyeikhSayyid Ahmad Zaini Dahlan, antara ulamak yang mendedahkan sejarah hitam golongan Wahhabi

Sheikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan Mufti Syafi`yyah di Makkah telah menceritakan sejarah hitam gerakan Wahhabiyah di dalam kitabnya Khulasah al-Kalam Fi Bayan Umara’ al Balad al-Haram. Kisah Kekejaman Wahhabi ini berlaku pada akhir bulan Syawal, tahun 1217h (1809M) iaitu dua tahun selepas mereka menyerang kota Mekah pada 1215H (1807M). Pada tarikh tersebut, kaum Wahhabi telah menyerang Kota Taif dengan ganas sekali. Mereka telah melakukan penyembelihan dan pembunuhan terhadap ramai umat Islam dari kalangan lelaki, wanita mahupun kanak-kanak atas alasan mereka telah melakukan syirik semata-mata.

Rabu, 1 September 2010

BUKTI UMAT ISLAM MENERIMA KEHEBATAN ILMU SHEIKH ABDULLAH AL HARARI AL HABASYI

WAHHABI PEMBOHONG MENDAKWA SEMUA ULAMAK DAN UMAT ISLAM MENOLAK SHEIKH ABDULLAH AL HARARI AL HABSYI. Siapakah ulamak ini?. Ingin mengetahuinya maka dengar dan lihatlah rakaman ini:

Rujukan: http://www.aljadeed.tv/newtvsat/default_ml.aspx

Pesanan: Bagi sesiapa yang tidak mengenali sheikh Abdullah al-Harari maka jangan memandai-mandai nak buat andaian sendiri, terutama puak-puak sesat Wahhabi dan seangkatan dengannya. Sesiapa yang tidak memahami bahasa arab maka boleh berhubung dengan Ustaz Ahmad Faidzurrahim untuk memahami isi kandungnya.