Ahad, 19 Jun 2011

AWAS DENGAN PUSAT PENGAJIAN PENGGANAS DI MALAYSIA. ANTARANYA (MADRASAH ITTIBA' SUNNAH)


SEREMBAN 19 Jun – Selepas pendedahan mengenai sebuah maahad di negara ini yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), gerakan yang sama itu juga dikatakan aktif mempengaruhi belia seawal usia 16 tahun di beberapa sekolah agama dan maahad di Negeri Sembilan.

Lebih memeranjatkan, belia yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah agama di negeri ini turut dihasut membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad bagi menegakkan negara Islam.

Antara modul yang diajar gerakan haram yang dipercayai beroperasi sejak beberapa tahun lalu adalah kaedah dan persiapan untuk menyertai perhimpunan haram.

Gerakan haram itu dipercayai ‘dibawa masuk’ oleh golongan guru sekolah dan maahad terlibat.

Menurut seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 18, gerakan itu cuba menarik seramai mungkin pelajar menyertai kumpulan usrah.

Katanya, mereka kemudian secara halus menerapkan unsur-unsur jihad bagi menegakkan negara Islam ke dalam pemikiran pelajar.

“Lebih membimbangkan, pelajar-pelajar yang cemerlang turut terpengaruh dengan ideologi gerakan haram itu,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mingguan Malaysia dalam laporan eksklusif hari ini menyiarkan kegiatan sebuah maahad yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin JI di Indonesia, Abu Bakar Bashir yang dikenali sebagai Salafiah Jihadiah.

Pelajar-pelajar yang direkrut di maahad itu dipercayai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sebuah maahad yang dipercayai menjalankan kegiatan tersebut di Kuala Pilah hari ini mendapati, terdapat beberapa individu berada di kawasan maahad sedang menunggu untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Ahmad dalam pada itu mendakwa terpengaruh dengan gerakan tersebut selepas diajak oleh seorang rakan untuk menyertai kumpulan usrah di sekolahnya pada tahun 2009.

Katanya, pada awal pembabitannya dalam kumpulan usrah yang terdiri daripada 10 orang ahli, mereka hanya membincangkan masalah-masalah berkaitan agama sambil dipantau oleh seorang ustaz yang mengajar di sekolah.

“Bagaimanapun, selepas setahun menyertai usrah itu, ustaz terbabit mula membangkitkan soal politik tanah air dan secara halus menghasut supaya menentang kerajaan kerana tidak menegakkan syiar Islam.

“Kami juga diminta berjihad menegakkan negara dan undang-undang Islam malah guru terbabit menggunakan ayat-ayat al-Quran serta hadis untuk mempengaruhi pemikiran kami,” katanya.

Selanjutnya: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Isnin, 13 Jun 2011

MUTIARA KATA ULAMAK ISLAM


(PETIKAN DARI CERAMAH DAN PENGAJIAN USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM- 0199181278)

Assalamualaikum. Peringatan untuk semua: Wahai semua org Islam dengarlah pesanan al-Muhaddis al-Hafiz Sheikh ABdullah al-Harari:
الإنْسانُ يُمدَحُ او يُذُم على حسبِ شريعةِ الله بميزانِ شَريعَةِ الله يُمْدَحُ إنْ وافقَ ميزانَ الشريعةِ ويُذًمُ على حسبِ
ميزانِ الشريعة
Mafhumnya: MANUSIA DIPUJI DAN DICELA MENGIKUT SYARIAT ALLAH, JIKA DIA SELARI DENGAN TIMBANGAN SYARIAT MAKA DIA DIPUJI, DAN DICELA DENGAN TIMBANGAN SYARIAT(Jika dia bercanggah dengan syariat).
Wahai teman semua!!!, hayatilah isi kandung kata-kata mutiara ulamak alim ini, jgn mudah kita memuji seSeorang kerana zohirnya semata-mata, ada sebahagian manusia dipuji dan dipuja, dikatakan alim padahal tak alim pon, dikatakan hebat padahal tak hebat pon, dikatakan wali padahal jauh sekali, dikatakan ikut sunnah padahal tak ikut langsung, dikatakan banyak berguru padahal berguru dengan buku jee, dikatakan banyak sanad-sanad dan ijazah padahal satu kitab pun tak faham, dikatakan hebat dalam tarikat padahal yg fadrhu ain pon tak lepas, dikatakan pengikut ahli hadis padahal menyelewengkan makna hadis, dikatakan berpegang dengan akidah Ahli sunnah padahal percaya Allah duduk sile lendik atas langit, dikatakan pengikut salaf padahal pengikut syaiton. Itulah ia kehidupan di atas muka bumi ini, macam2 jenis manusia...
Sebarkan

Isnin, 2 Mei 2011

WAHHABI DI MALAYSIA ADA KAITAN DENGAN GERAKAN OSAMA BIN LADEN ?, HARAP PIHAK KESALAMATAN NEGARA MALAYSIA PANTAU USTAZ-USTAZ AJARAN SESAT WAHHABI


PM: Dapat pulih imej Islam

KUALA LUMPUR 2 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Perdana Menteri juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.

“Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.

“Di peringkat negara pula tiada tanda pergerakan al-Qaeda wujud. Namun begitu pihak polis akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mengesan jika ada apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak untuk menunjukkan simpati kepada kematian Osama,’’ katanya.

Beliau bercakap pemberita selepas melancarkan rumah terbuka Hari Vaisakhi di Dataran Merdeka di sini hari ini. Selanjutnya: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Hara pihak kesalamatan siasat pelajar-pelajar Malaysia yang Wahhabi yang pernah belajar di Pakistan kerana dikhuatari mereka telah mendapat didikan tentera dan dididik untuk melakukan letupan di Malaysia..Awasss!11 Wahhabi suka bunuh orang Islam


Sabtu, 2 April 2011

KENAPA SI DR ASRI (MAZA) SUKA TARIAN -POCO-POCO ?

ADAKAH KERANA TARIAN SEPERTI INI DR ASRI SUKA?

(Kenapa si Dr Asri tak menari sama ke?)

Dr Asri: Tarian poco-poco tak wajar diharam

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.

Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. selanjutnya:

1- http://utusan-malaysia-online.com/dr-asri-tarian-poco-poco-tak-wajar-diharam
2- http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-asri-tarian-poco-poco-tak-wajar-diharam/
3-http://drmaza.com/home/?p=1384
SELEPAS INI MANA-MANA ORANG PEREMPUAN YANG PAKAI TUDUNG ATAU TUTUP AURAT BOLEH JE DAN BEBAS BUAT MACAM-MACAM, INI YANG PUAK-PUAK SESAT WAHHABI SUKA

Ahad, 20 Mac 2011

AKAD NIKAH CARA WAHHABI, SI DATUK AHMAD JUSUH MESTI DIAMBIL TINDAKAN?

PERANGAI WAHHABI MELAYU: SEORANG GILA NAK MASUK DISKO DAN SEORANG LAGI MENOLAK NIKAH DI MASJID SEDANGKAN RAMAI ORANG BUAT ANAK LUAR NIKAHHH!!

Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?

SI DATUK AHMAD JUSOH? (Lebih baikberzina dari bernikah?)

KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_31.htm

Peringatan: Jangan biarkan anak sendiri terjerumus dalam penzinaan

Jumaat, 18 Mac 2011

PENDOKONG WAHHABI MELAYU GILA DISKO?

GILA JOGET LAMBAKKK!!!

FITNAH AKHIR ZAMAN
ORANG RUMAHNYA TAK MARAH KE?
REAKSI ANAK-ANAKNYA MACAMANA YE?

Rabu, 16 Februari 2011

NIK AZIZ TOLAK MAULID?, TANDAS LEBIH MULIA DARI MAJLIS SAMBUTAN MAULID NABI?

Fitnah akhir zaman: Apabila orang jahil dikatakan alim dan orang serabut dikatakan pemimpin

Minda Pondok selar Nik Aziz

KOTA BHARU 15 Feb. - Sebuah badan pemikir, Minda Pondok menyelar tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul.

Jurucakap badan tersebut, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, sambutan besar-besaran Maulidur Rasul mempunyai hikmah yang besar iaitu memupuk perpaduan di kalangan ummah dan mengingatkan kembali terutama generasi muda tentang sirah Rasululullah.

"Ibnu Tamiyyah, ulama kontorversi yang banyak menentang amalan tradisi Islam turut menyokong supaya Maulidur Rasul disambut secara bermusim kerana terdapat pahala yang besar kerana niatnya elok dan menjunjung Rasulullah SAW dan keluarganya.

"Ulama besar, Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi juga memberi pendapat yang sama dan wajib ke atas kita untuk mengingati sirah baginda dan menjadi iktibar kepada kita," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguannya Jumaat lalu supaya sebahagian daripada wang yang digunakan untuk menyediakan makanan sempena sambutan Maulidur Rasul dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, kebanyakan tandas masjid atau surau di negeri ini kotor dan memerlukan pembiayaan bagi memastikan ia dapat diselenggara dengan baik.Selanjutnya: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm