Rabu, 15 Disember 2010

AJARAN SESAT WAHHABI DI BUKIT JELUTONG SELANGOR PEMBOHONG DAN PENAKUT. HABIS HUJJAH GUNA FITNAH

WAHHABI BUKIT JELUTONG SHAH ALAM SELANGOR GUNA NAMA SULTAN UNTUK MEMBURUKKAN KEADAAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Petikan dari Ustaz Ahmad faidzurrahim Hj Mohd Alwi (0199181278):

Merujuk kepada Utusan yang bertarikh 15/12/2010 (Rabu) muka surat 12 dalam bahagian forum artikel yang bertajuk JAIS HARUS BERTINDAK SEGERA JANGAN BIARKAN PENCERAMAH TANPA TAULIAH INGKAR PERINTAH SULTAN, ada seorang makhluk Allah yang tidak meletakkan namanya sebenar, hanya sekadar berselindung dengan nama anak kariah Masjid Bukit Jelutong, telah membuat satu kenyataan yang palsu lagi pengecut.

Antara pembohongan yang dinyatakan oleh mereka:

1-Ajk masjid tersebut dan penceramah berkenaan tidak bertauliah dan pihak JAIS mesti ambil tindakan.

2- Menganggap penceramah/pengajar yang bertauliah sebagai tidak bertauliah dan ingkar perintah Sultan

Apabila saya terbaca kenyataan dari si penulis ini saya amat gelak ketawa dan kadangkala lucu juga rasanya kerana melihat gelat-gelagat ketidakmatangan puak-puak Wahhabi di sana. Apabila melihat mereka menyentuh ceramah yang bertarikh 19/11/2020, saya merujuk semula kepada jadual yang lama di masjid tersebut maka yang berceramah pada waktu itu adalah saya (Ustaz Ahmad Faidzurrahim) seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh pihak masjid tersebut dan juga dari pihak JAIS. Dikatakan dalam artikel tersebut bahawa saya tidak mempunyai tauliah dari pihak JAIS maka mesti diambil tindakan.

Peringatan pada puak-puak sesat Wahhabi di Bukit Jelutong dan di seluruh Malaysia, kalau saya tidak bertauliah untuk berceramah di sekitar Selangor ini masakan saya boleh berdiri di mana-mana masjid atau tempat di Selangor ini untuk berceramah terutama sekali ceramah yang berkaitan dengan pendedahan bahaya Wahhabi.

Tetapi mereka yang benar-benar berceramah di masjid atau di mana-mana tempat di Selangor ini tapi tidak bertauliah atau tidak diberi tauliah adalah dari puak Wahhabi, kita tengok kes penangkapan seorang makhluk di salah sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang Selangor dulu, beliau diambil tindakan oleh pihak JAIS kerana tidak bertauliah mengajar di banglo tersebut.

Kesimpulannya:

0- Wahhabi yang menulis artikel tersebut adalah pengecut, tidak menyebut namanya yang sebenar

1-Wahhabi di bukit jelutong terutama sekali para anak murid pembawa ajaran sesat Rasul Dahri tengah panas dan tidak boleh tidur lena, kerana kami telah mendedahkan kesesatan ajaran Wahhabi

2- Mana-mana makhluk yang bergelar ustaz dan membawa fahaman Wahhabi dan ajaran sesat yang lain tidak mempunyai tauliah untuk mengajar dan tidak berhak mengajar di masjid atau di mana-mana tempat.

3- Saya dengan rasminya menyokong pihak JAIS kerana memperjuangkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan membanteras segala ajara-ajaran sesat

4- Ajaran sesat Wahhabi ingin menjadikan masjid Bukit Jelutong sebagai sarang mereka untuk menyesatkan orang lain.

5- Saya mengucapkan syabas kepada para ajk baru masjid tersebut yang baru mengambil alih tugas amanah menjaga masjid, saya harap mereka dapat menjadikan masjid tersebut sebagai benteng perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

6- Saya bersama dengan titah sultan Selangor yang mewajibkan kepada semua para pengajar agama mesti bertauliah

7- Kepada para pendokong Wahhabi dan anak murid Rasul Dahri di Bukit Jelutong, saya sarankan supaya bertaubatlah kepada Allah dan kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan jangan bersama ajaran sesat Wahhabi dan Rasul Dahri

8- Rasul Dahri adalah peyebar ajaran sesat Wahhabi, beliau adalah pendatang asing dari Singapura masuk ke Malaysia, maka berhati-hati dengan Rasul Dahri.

9- Pada 17/12/2020. Jumaat malam Sabtu lepas Maghrib di masjid tersebut, saya akan buat sedikit pengulasan berkaitan artikel Utusan tersebut, mana-mana Wahhabi yang tidak berpuas hati jom kita bertemu di sana, dan mana-mana sahabat Ahli Sunnah yang ingin bersama kami sangat alu-alukan, boleh hubungi saya.

HIDUP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, HAPUSKAN WAHHABI YANG TIDAK MEMPUNYAI TAULIAH UNTUK MENGAJAR!!!.

Isnin, 6 Disember 2010

MA'AL HIJRAH. TAHUN BARU INI ADALAH TAHUN BOIKOT WAHHABI


Assalamualaikum
Salam sahabat-sahabat semua dan juga mereka yang bermusuhan kami.
Kami Mengucapakan selamat tahun baru Islam. Sempena sambutan awal Muharram ini marilah kita sama-sama mempertingkatkan ibadah kita supaya lebih menjadi baik dari tahun-tahun yang lepas. Mari kita tanamkan azam baru untuk tahun ini supaya bersama-sama dengan AHhi Sunnah Wal Jamaah, dan tanamkan azam baru kita untuk membanteras ajaran-ajaran sesat seperti Wahhabi, Syiah, Hizbu Tahrir, dan selainnya.
Penuhkan semangat untuk meninggalkan ajaran sesat Wahhabi itu, dan jangan lupa tahun baru ini adalah tahun memboikot Wahhabi.
Pesanan dari Ustaz Ahmad Faidzurrahim: "Jadikan tahun baru ini adalah tahun boikot Wahhabi".
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARI. Takbiiir

Ahad, 10 Oktober 2010

BUKU BARU, TERJEMAHAN AKIDAH MUSLIMIN, DAPATKANN SEGERAAA!!!

Dapat buku ini, dan ikutilah pengajiannya secara syarahan dan bersanad.



Sanad penterjemah kepada Imam Abu al-Hasan al Asyari Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah
Terima kasih pada blog: http://akidah-muslimin.blogspot.com/ kerana mengiklankan buku tersebut. Untuk permulaan sesiapa yg berminat boleh menghubungi penterjemah kitab ini Ustaz Ahmad Faidzurrahim (0199181278- email: fa_him@hotmail.com-). Atau hubungi:
1- Kedai buku al Sunnah, 36 Jln Bola Tampar 13/14, Sek 13,40100 Shah Alam,Selangor DE, Malaysia. Tel: 0163306300
2- Saudara Fikri di UM dan kawasan Petaling Jaya. Tel: 0145112126
HIDUP KITAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, DAN HAPUSKAN KITAB WAHHABI DAN SEANGKATAN DENGANNYA.

Isnin, 27 September 2010

SI DR ASRI (maza) MUFTI JUDI MALAYSIA?

Dulu ada niat nak masuk disko, sekarang nak makan hasil judi pulak?.Adakah Si Asri (MAZA) suka dan redha bagi makan haram pada anak bini dan keluarganya?, nanti masuk neraka
Gambar Hiasan

Wang bantuan hasil judi tidak haram: Dr Asri
SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa bantuan dari kerajaan negeri hasil daripada pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam adalah tidak haram.
Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga menggunakan sumber pendapatan yang serupa iaitu melalui kutipan cukai seperti judi, arak, hiburan dan lain-lain.
Menurutnya, kegiatan yang menggalakkan perjudian perlu dicegah oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri kerana kegiatan tersebut adalah haram di sisi Islam dan boleh merosakkan masyarakat.
“Hakikatnya di Malaysia, berapa banyak lagi cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.
“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga berasal dari pelbagai sumber pendapatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika berada di Beijing, China, semalam. Baca selanjutnya: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8223765.asp

Komen Tuan blog: Saya di sini tidak ingin memberi komentar yang banyak, kerana orang Islam yang jahil pun zaman sekarang tahu bahawa judi ini haram. Tapi bila muncul je si Dr Asri ini yang dibangga-banggakan oleh sebahagian orang jahil yang menganggap beliau seorang ulamak, tiba-tiba membuat kenyataan seperti ini, Dalam al Quran dah disebut maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan” [al-Ma’idah (5):90].
Wahai para pengikut dan taksub dengan si Asri ini, bertaubatlah kepada Allah, kamu semua telah tertipu dengannya, dia nak cari kemasyhuran sekarang buat kenyataan pelik-pelik macam ini sehingga sanggup buat benda kufur (menghalalkan perkara yang haram). Beliau bertopengkan dengan nama Ustaz dan Islam, bahaya dia ini, mesti diambil tindakan dimasukkkan ke dalam penjara.
Mula-mula judi haram, lepas ini tak tahulah, mungkin pelacur, gay ( seperti yang selalu dilakukan oleh kumpulan Wahhabi), arak, daging babi dan lainnya halal pulak jadinya.

Selasa, 14 September 2010

PEMBUNUH JUTAWAN KEJAM, TAPI GERAKAN WAHHABI LAGI KEJAM MEMBUNUH UMAT ISLAM DI DALAM MASJID AL-HARAM

Gerakan Pengganas dan pelampau Wahhabi lagi kejam, sejarah membuktikan bahawa mereka dahulu memasuki kota suci Makkah dengan pembunuhan, membunuh umat Islam sehingga menyembelih bayi-bayi kecil. Ya Allah! Jauhkan kami dari malapetaka Wahhabi ini!, Jangan biarkan mereka dapat menguasai Negara Malaysia yang tercinta ini!!

SALAH seorang suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dibawa ke sebuah jambatan di Sungai Kachong untuk mencari bukti yang dibuang ke sungai tersebut, di Tanjung Sepat, Banting, 13 Sept. Gerakan mencari bahan bukti tersebut melibatkan pasukan penyelam polis marin. - Utusan-: http://www.utusan.com.my/

Imam SyeikhSayyid Ahmad Zaini Dahlan, antara ulamak yang mendedahkan sejarah hitam golongan Wahhabi

Sheikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan Mufti Syafi`yyah di Makkah telah menceritakan sejarah hitam gerakan Wahhabiyah di dalam kitabnya Khulasah al-Kalam Fi Bayan Umara’ al Balad al-Haram. Kisah Kekejaman Wahhabi ini berlaku pada akhir bulan Syawal, tahun 1217h (1809M) iaitu dua tahun selepas mereka menyerang kota Mekah pada 1215H (1807M). Pada tarikh tersebut, kaum Wahhabi telah menyerang Kota Taif dengan ganas sekali. Mereka telah melakukan penyembelihan dan pembunuhan terhadap ramai umat Islam dari kalangan lelaki, wanita mahupun kanak-kanak atas alasan mereka telah melakukan syirik semata-mata.

Rabu, 1 September 2010

BUKTI UMAT ISLAM MENERIMA KEHEBATAN ILMU SHEIKH ABDULLAH AL HARARI AL HABASYI

WAHHABI PEMBOHONG MENDAKWA SEMUA ULAMAK DAN UMAT ISLAM MENOLAK SHEIKH ABDULLAH AL HARARI AL HABSYI. Siapakah ulamak ini?. Ingin mengetahuinya maka dengar dan lihatlah rakaman ini:

Rujukan: http://www.aljadeed.tv/newtvsat/default_ml.aspx

Pesanan: Bagi sesiapa yang tidak mengenali sheikh Abdullah al-Harari maka jangan memandai-mandai nak buat andaian sendiri, terutama puak-puak sesat Wahhabi dan seangkatan dengannya. Sesiapa yang tidak memahami bahasa arab maka boleh berhubung dengan Ustaz Ahmad Faidzurrahim untuk memahami isi kandungnya.

Jumaat, 27 Ogos 2010

JANGAN JADIKAN MASJID ATAU SURAU SARANG POLITIK DAN SARANG BAGI ORANG KAFIR UNTUK MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM!!!

Menjemput orang kafir ceramah di surau, perbuatan ini Nabi tak pernah ajar pun. Ini adalah Bida'ah yang terbaru berlaku pada bulan Ramadhan. Kalau macam inilah keadaannya jadi bagaimana nak dapat malam lailatul Qadar

TEO NIE CHING menyampaikan ‘tazkirah’ di Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Kajang, Ahad lalu sambil diperhatikan oleh salah seorang ahli jawatankuasa surau tersebut

Tindakan tegas jemput bukan Islam – JAIS

SHAH ALAM 26 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral sekiranya didapati benar mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, 22 Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.

Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. ...Baca selanjutnya:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi

****************

Pesanan dari al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim Hj Muhammad Alawi
(Tenaga pengajar agama bertauliah dari JAIS):
Ada sebahagian orang berkata bahawa dengan kita menjemput orang kafir masuk ceramah dalam surau/masjid adalah menunjukkan satu sifat keterbukaan bagi pihak penganjur, dan ini adalah antara cara untuk kita berdakwah kepada mereka. Saya katakan bahawa ini adalah perbuatan yang merendahkan lagi imej dan kehebatan agama Islam itu sendiri. Tidak ada orang Islam yang lain lagi ke untuk menyampaikan ceramah di surau/masjid sehingga terpaksa memanggil orang kafir masuk dalam surau, subhanallah apalah nak jadi dengan dunia Islam sekarang, ini bukan politik cara Nabi tapi ini politik cara orang jahil yang tak tahu apa-apa langsung dan tidak amanah dengan agama. Macamana nak mendapat malam lailatul qadar di bulan ramadhan ini kalau beginilah keadaanya?. Hidup Ahli Sunnah Wal Jamaah hapuskan ajaran sesat Wahhabiah!!!.

Selasa, 24 Ogos 2010

KEPERCAYAAN AGAMA BARU: KITA SOLAT MEMPUNYAI DUA KIBLAT

Pelik bin ajaib zaman mutaakhir ini ada sebahagian manusia mendakwa bahawa solat yang kita lakukan ada dua kiblat. Ini adalah perkara baru yang diada-adakan yang tidak pernah diajar oleh Nabi kita.- Rujuk majalah MILENIA MUSLIM, bulan Ogos 2010

Penulisan artikel ini disandarkan kepada RAFLIS SABIRIN, siapakah beliau? harap sesiapa dapat mendedahkan identiti si penulis ini.!!!

Saya telah dimaklumkan oleh seorang pelajar bahawa ada ajaran songsang yang pelik yang tertulis dalam satu majalah. Pada permulaan saya kurang percaya kewujudan artikel itu kerana saya dikhabarkan bahawa penulisnya adalah dari kalangan ustaz, tetapi apabila pelajar tersebut menunjukkan kepada saya majalah tersebut saya amat terkejut. Dan yang lebih mengejutkan saya dikhabarkan si penulis tersebut sebelum ini tidak menggelarkan dirinya sebagai ustaz, adakah kemungkinan disebabkan dia 'syok sendiri' lalu menggelarkan dirinya ustaz?. Lebih mengejutkan lagi saya dikhabarkan penulis tersebut mendakwa kononnya sebagai sufi dan lain-lain. Dan lebih mengejutkan dan memeranjatkan saya ialah dakwaan si penulis bahawa ALLAH BERADA DI LANGIT DI ARASY, dan dia mendakwa bahawa sesiapa yang tidak meyakini hal tersebut maka tiada kiblat hati baginya dalam solat atau doa. Dan lebih memeranjatkan lagi bahawa si penulis mendakwa langit itu bukan tempat tetapi ia adalah darajat.

Gambar Hiasan

Sanggahan dari tuan blog: Ketahuilah bahawa para alim ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah telah bersepakat bahawa mustahil Allah Taala diliputi oleh tempat dan arah dan tidak berada di atas arash dan langit kerana Maha suci Allah berada di mana-mana tempat atau di suatu tempat. Inilah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hasan al ‘Asyari dan Imam Abu Mansor al Maturidi yang mana kedua-dua imam ini telah menerangkan akidah yang sebenar.

DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ALLAH ADA TANPA TEMPAT

1-Firman Allah Taala:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maknanya: “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(al Syura: 11)

2-Firman-Nya:

فَأَيْنَمَا تُوَلُّواْ فَثَمَّ وَجْهُ اللّهِ

Imam al Mufassir Abu Hayyan al Andalusi ketika menafsirkan ayat ini berkata: Ayat ini menolak mereka yang mengatakan bahawa Allah berada pada tempat dan arah(Kitab Al bahrul Muhit)

3-Sabda Rasulullah:

كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ

Maknanya: Sesungguhnya Allah sediakala (ada-Nya tanpa permulaan), kewujudan-Nya tanpa ada sesuatu pun di samping-Nya.(H.R al Bukhari)

Sabdanya lagi:

اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ

Maknanya: Ya Allah! Engkau yang tiada permulaan maka tiada sesuatu sebelum-Mu, dan Engkau adalah Yang tiada pengakhiran maka tiada sesuatu selepas-Mu, dan Engkau al Zahir maka tiada sesuatu di atas-Mu, dan Engkau al Batin maka tiada sesuatu di bawah-Mu(H.R Muslim)

Imam al Baihaqi dalam kitabnya al Asma Wassifat mengatakan bahawa para sahabat kami menafikan tempat bagi Allah berdasarkan hadis ini.

4-Imam Saidina Ali berkata:

كان الله ولا مكان وهو الأن عليه كان

Maknanya: Allah ada pada azal(adanya tanpa permulaan) dan ketika itu belum ada tempat dan dia sekarang(setelah mencipta tempat) seperti biasa ada tanpa tempat. (Dinukilkan oleh Imam Abu Mansur al Baghdadi dalam kitabnya al Farq Bainal Firaq, m/s:333)

5-Imam Abu al Hasan al Asyari:

كَانَ اللهُ وَلاَ مَكَان فَخَلَقَ الْعَرْشَ وَالْكُرْسِيَّ وَلَمْ يَحْتَجَّ إِلَى مَكَانٍ وَهُوَ بَعْدَ خَلْقِ الْمَكَانِ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ

Maknanya: Allah sedia ada dan tidak ada tempat, Dia mencipta arasy dan kursi dan tidak berhajat pada tempat, dan selepas Dia mencipta tempat Dia tetap seperti sebelum terciptanya tempat. (Diriwayatkan dalam kitab Tabyin Kazibil Muftari,m/s:150. Karangan Imam Ibnu Asakir)


6-Imam al Mujtahid Abu Hanifah al Nukman berkata:

ولقاء الله تعالى لأهل الجنة بلا كيف ولا تشبيه رلا جهة حق

Maknanya: Dan Pertemuan Allah Taala dengan Ahli syurga kelak tanpa bentuk, penyamaan dan tanpa arah adalah benar.( Kitab beliau al Wasiyyah,m/s:4. Dan nukilan dari Mula Ali al Qori dalam syarah Feqh al Akbar, m/s:138)

7-Imam Syafei berkata:

إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لايجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته

Maknanya: Sesungguhnya Allah Taala ada sebelum terciptanya tempat, dan selepas dicipta tempat maka Dia tetap bersifat azali(ada tanpa tempat) sepertimana sebelum Dia mencipta tempat, tidak harus berlaku pada-Nya perubahan pada zat dan sifat-sifat-Nya.( Diriwayatkan dalam kitab Ithaf al Sadatil Muttaqin, jilid 2 m/s:24.

8- Imam al Tohawi:

تعالى (يعنىالله) عن الحدود والغايات و الأركان و الأعضاء و الأدوا ت لا تحويه الجهات ا لست كسا ئر المبتدعات

Maknanya: Maha suci Allah dari batasan-batasan (bentuk kecil mahupun besar, jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sisi-sisi, anggota-anggota badan mahupun yang besar ataupun yang kecil. Dia tidak diliputi oleh satu arah penjuru sama ada enam arah penjuru (atas,bawah,kiri,kanan,depan dan belakang) tidak seperti makhluknya yang diliputi oleh enam arah penjuru tersebut".

9-Imam Ibnu al Jauzi al Hanbali:

الواجب علينا أن نعتقد أن ذات الله تعالى لايحويه مكان ولا يوصف بالتغيير والانتقال

Maknanya: Perkara yang wajib ke atas kita ialah mempercayai bahawa zat Allah tidak diliputi oleh tempat dan tidak disifatkan dengan berubah dan berpindah.( Kitab Dafu Syubahittasybih, m/s: 58.)


10-Imam Ahmad al Rifaei al Kabir(pengasas tarekat al Rifaeyyah) dalam kitabnya yang berjudul al Burhan al Muayyad:

"غايةُ المعرفةِ باللهِ الإيقانُ بوجودِهِ تعالى بلا كيفٍ ولا مكانٍ

Maknanya: Kemuncak mengenal Allah ialah yakin kewujuan-Nya Taala tanpa bentuk dan berada di tempat.

11-Sheikh Imam al Ghazali:

تَعَالَى عَنْ يَحوِيْه مَكَان

Maknanya: Maha Suci Allah dari diliputi oleh tempat (Ihyak Ulmiddin, jilid 1, m/s:108, tajuk: Qawaeid al Aqoeid)

DALIL IJMAK BAHAWA ALLAH ADA TANPA TEMPAT

1- Sheikh Abdul Qohir bin al Tamimi al Baghdadi telah menukilkan ijmak bahawa Maha suci Allah dari tempat:

وأجمعوا على أنه لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان

Makna: “Mereka (ahlus sunnah wal jamaah) telah bersepakat bahawa Dia (Allah) tidak bertempat”. ( Al-Farqu Baina Al-Firaq, hlm. 256)

2- Imam Abdul Malik al Juwaini berkata:

ومذهب أهل الحق قاطبة أن الله سبحانه و تعالى يتعالى عن التحييز والتخصص بالجهات

Maknanya: Dan pegangan Ahli al Haq semuannya ialah Allah Subhanahu Wataala Maha Suci dari bertempat dan arah-arah.( Kitab al Irsyad, m/s:58)


3- Al Muhaddas Sheikh Muhammad Arabi al Tabban:

إتفق العقلاء من أهل السنة الشافعية والحنفية والمالكية وفضلاء الحنابلة وغيرهم على أن الله تبارك وتعالى منزه عن الجهة والجسمية والحد والمكان ومشابهة مخلوقاته

Maknanya: Para cerdik pandai dari kalangan Ahli Sunnah yang bermazhab Syafei, Hanafi, al Maliki dan Hanbali serta selainnya bahawa Allah Tabaraka Wataala Maha Suci dari arah jisim, had, dan tempat serta tidak menyerupai sekalian makhluk-Nya.( Bara atul Asy Ariyyin, jilid 1, m/s:79.)

DALIL AKAL YANG MENJELASKAN BAHAWA ALLAH ADA TANPA TEMPAT

Sesungguhnya dalil akal adalah keperluan dalam syariat kita, kerana syariat itu datang tidak bertentangan dengan akal. Oleh itu al Hafiz al Kahtib al Baghdadi telah berkata:

اَلشَّرْع إِنَّمَا يَرِدُ بِمُجَوَّزَات الْعُقُوْلِ وَأَمَّا بِخِلاَفِ الْعُقُوْلِ فَلاَ

Maknanya: Syariat datang dengan perkara-perkara yang harus dari segi akal(tidak datang dengan perkara yang mustahi akal) dan apa yang bercanggahan dengannya maka tidak.( Kitab ak Faqeh Wal Mutafaqqeh,m/s:94)

Banyak para ulamak yang menjelaskan dalil akal bagi menafikan tempat bagi Allah seperti mengatakan bahawa setiap sesuatu yang mengambil tempat atau arah maka ia perlu kepada sesuatu yang lain untuk mengkhusukan baginya tempat tersebut, maka jika ia berada pada tempat maka sudah pasti dia akan tinggal padanya lalu berlaku padanya sifat bergerak, kerana keadaan tempat tidak lari dari sifat bergerak atau diam, dan setiap yang bersifat sedemikian maka ia baharu, dan yang baharu itu tidak layak menjadi tuhan. Antara para ulamak yang menjelaskan sedemikian ialah:

1-Sheikh Imam al Ghazali al Syafei al Asyari dalam kitabnya Ihyak Ulumiddin

2-AL Hafis Ibnu al Jauzi al Hanbali dalam kitabnya al Baz al Asyhab

4- Al Faqeh Ibn al Mualllim al Qurasyi al Dimasyqi dalam kitabnya Najmul Muhtadi Wa Rajmul Muktadi

5-Imam al Murtadha al Zabidi dalam kitabnya Ithaf sadatil Muttaqin dan lain-lain

Kesimpulannya adalah jelas (tidak kabur dan tidak sukar) bahawa Allah tuhan kita tidak berada di atas arasy di atas langit. Manakala dakwaan si penulis bahawanya langit bukanlah tempat tetapi langit adalah darjat, dakwaan ini adalah semata-mata ingin menyokong dakwaan beliau sebelumnya iaitu Allah berada di atas langit atas arasy bukanlah menunjukkan Allah berada di tempat. Saya secara rasminya amat keliru apa yang ditulis oleh penulis ini dan saya beranggapan si penulis ini memang tidak faham apa yang ditulis. Kalaulah langit itu tidak dikira sebagai tempat maka di mana arasy?, dan bagaimana Nabi kita Naik ke langit, adakah Nabi naik ke sesuatu yang bukan tempat?. Aduhh tak jelas-tak jelas, inilah akibatnya kalau tak fikir dahulu sebelum menulis dan berkata-kata dan tidak mahu memahami kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

KIBLAT UMAT ISLAM ADA SATU SAHAJA BUKAN DUA, TIGA EMPAT DAN BERBILANG-BILANG, JANGAN JADI PENING DAN SERABUT, NANTI TANJUNG RAMBUTANLAH TEMPATNYA