Rabu, 22 April 2009

TAZKIRAH SUFI: WAHAI UMAT ISLAM!!!, JANGANLAH BERPECAH BELAH DAN MENGIKUT MUSUH-MUSUH ISLAM SEPERTI WAHHABI, HIZBU TAHRIR DAN SELAINNYA YANG MENYAMAR


AYUH!! SEMANGATKAN JIWA KAMU DALAM MENEGAKKAN AKIDAH ISLAM DI ATAS MUKA BUMI INI SEBELUM IA DIKUASAI OLEH AJARAN-AJARAN SESAT LAGI KUFUR

Oleh: USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM
http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com//

Assalamualaikum WarahMatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Solawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallahu alaihi wasallam
Ada satu hadis yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim, Musnad Ahmad dan Sunan al Kubro bahawa Nabi bersabda:
لا تَحَاسَدوا وَلا تَبَاغَضُوا وَلا تَدَابروا وَكونوا عِبَادَ اللهِ إخْوَانا
Maknanya: Janganlah sesama kamu saling berdengki, membenci dan berpaling, tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara.

Ketahuilah bahawa di antara penyakit-penyakit hati ialah sifat kebencian yang mana ianya sangat memberi kemudaratan dan kecelakaan yang besar. Jika umat Islam saling berdengki dan membenci antara satu sama lain maka mereka akan berhenti dan tidak akan bersemangat lagi untuk melakukan ketaatan, ibadah dan melakukan amru bin maaruf dan nah an munkar . Mereka akan lemah semangat dan malas untuk berdakwah dan mendedahkan kesesatan serta kekufuran golongan sesat yang bertopengkan Islam seperti Wahhabiah, Hizbu Tahrir dan lain-lain. Sifat malas seperti ini adalah bercanggah dengan kebaikan dan ketaqwaan. Umat Islam jika berdengki dan membenci antara satu sama lain maka mereka juga malas untuk melakukan ketaqwaan dan kebaikan.

Manakala tadabur yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah memalingkan muka dari saudaranya yang muslim untuk menzahirkan bahawa dia amat membenci saudara seagamanya itu, atau dia memalingkan mukanya ke arah yang lain. Perbuatan ini adalah menyakiti jiwa seorang muslim dan memutuskan hubungan persaudaraan dalam Islam serta sama-sama mereka tidak melakukan kebaikan, ketaatan dan dakwah seperti membenteras kemungkaran. Dan juga akan menghasilkan natijah lain yang buruk iaitu tidak melakukan amalan-amalan fardhu seperti menuntut ilmu agama fardhu ain.



Ini samalah dengan ajaran Hizbu Tahrir yang tidak menggalakkan mendalami ilmu fardhu ain, mereka hanya menggalakan orang ramai menyokong mereka supaya konon-kononnya terdirinya khalifah. Ini adalah angan-angan Hizbu Tahrir semata-mata.


Cara mengatasi kemusykilan-kemuskilan ini adalah dengan melawan hawa nafsu kerana melawan nafsu dapat membantu untuk melakukan perkara-perkara baik yang boleh mendekatkan diri seorang kepada Allah Subhanahu Wataala. Kerana itulah demontrasi murahan yang di adakan dijalanan dengan melaungkan slogan ‘wajib mendirikan khilafah dan menghapuskan pemerintahan umat Islam’ seperti yang dilakukan oleh ajaran sesat Hizbu Tahrir adalah amalan sia-sia dan tidak akan sekali-kali bertaqqarrub kepada Allah.

Para walil-wali Allah tidak akan sampai ke maqam dan martabat yang tinggi kecuali dengan melawan hawa nafsu. Diriwayatkan satu kisah pertemuan antara dua wali, salah seorangnya mendapati yang lain boleh duduk dan terbang di atas angin, lalu ditanya: Bagaimanakah kamu dapat melakukan sedemikiah? Lalu dia menjawab: Dengan melawan nafsu, yakni aku telah melawan nafsuku, aku telah jadikan nafsuku ini kalah dan dapat dikuasai dengan dilakukan segala amalan ibadah yang fardhu dan juga melakukan perkara-perkara sunat serta meninggalkan perkara-perkara yang haram. Dengan melawan nafsu sebeginilah Allah menganugerahkan kepadaku karamat ini.



Sesungguh jiwa itu sentiasa suka kepada kemalasan dan tidak semangat melakukan perkara-perkara ketaatan kerana dalam melakukan ketaatan itu kita terpaksa bersabar di atas beberapa perkara yang susah, misalnya ibadah sembahyang yang kadang-kalanya berlaku pada musim sejuk di negara-negara sejuk, maka seorang muslim itu payah dan tidak mahu menggunakan air untuk berwudhuk kerana kesejukan. Manakala seseorang yang ingin mendapat martabat yang tinggi dan keredhaan Allah maka dia pasti melawan nafsunya iaitu dia akan menggunakan air untuk berwuduk dan bersabar atas kesejukkan yang dihadapinya. Begitu juga dengan amalan ibadah puasa, kadangkalanya ia berlaku pada musim panas dan dalam keadaan yang sangat dahaga, tetapi ini dapat diatasi jika dia berjaya mengalahkan nafsunya dengan menahan dahaga. Dan begitu juga amalan-amalan ibadah yang lainyang lain.

Orang yang dalam kesakitan, kadangkala dia malas untuk melakukan solat dan juga ibadah-ibadah yang lain. Jika si pesakit tersebut melawan nafsunya untuk melakukan ibadah dalam keadaan dia sakit dan bercita-cita ingin mendapat keredhaan dari Allah Subhanahu Watala maka dia pasti menahan segala kepayahan. Begitu juga dengan keadaan seorang muslim yang melakukan kebaikan terhadap saudaranya yang muslim kemudian saudaranya itu membalas dengan keburukan, jika begini tindakannya maka kebiasaanya jiwa akan memaksa supaya memutuskan hubungan persaudaraan antara keduanya, jiwanya akan berkata-kata: Pulaukanlah serta tinggalkanlah dia kerana dia tidak membalas kamu dengan kebaikan sepertimana kamu lakukan kepadanya. Sedangkan firman Allah berbunyi:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
Maknanya: Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara(al Hujarat:10)

Para nabi ketika menyeru umat-umatnya kepada kebenaran, kebanyakan manusia yang dari umatnya akan membalasnya dengan maki hamun dan tindakan yang tidak sewajarnya, tetapi para nabi tetap bersabar. Ada sebahagian umat yang kuffar telah memukul nabinya. Lihatlah nabi Nuh alaihi salam yang tinggal bersama kaumnya yang menyembah berhala selama 950 tahun, beliau menyeru mereka kepada Islam, tetapi umatnya telah membalasnya dengan pencelaan dan penindasan dan kadang-kala mereka memukul nabi mereka itu sehingga beliau jatuh pensan. Sepanjang masanya, beliau tidak mengubah halnya bahkan terus melakukan dakwah kepada mereka dan bersabar di atas keperitannya, kemudian Allah Taala mewahyukan kepada nabi Nuh bahawa mereka tidak akan beriman kecuali sedikit dari mereka iaitu lebih kurang 80 orang yang kebanyakannya dari kalangan kaum lelaki. Lalu nabi Nuh berdoa kepada Allah, kemudian Allah memerintah bumi agar mengeluarkan air maka air tersebut memenuhi bumi, kemudian ditambahkan lagi dengan turunnya air dari langit yang mana saiz setiap titisannya sebesar gunung, maka Allah Taala telah membinasakan kaum tersebut dan di akhirat nanti mereka juga akan mendapat azab yang lebih dahsyat.

Barangsiapa yang meneliti peninggalan-peninggalan dan sejarah para nabi seperti ini maka dia pasti akan bersungguh-sungguh untuk mempertingkatkan martabatnya di sisi Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan segala ketaatan-ketaatan dan ibadah.
Sesungguhnya menahan diri ketika marah juga adalah di antara cara untuk menyelamatkan diri dan agamanya kerana jika manusia mula marah maka dia akan bertindak untuk memudaratkan dan mencederakan orang lain dan kemungkinan dirinya akan tercedera.

Maka kesabaran di atas segala mala petaka dan musibah adalah di antara cara yang boleh melarang seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang haram dan juga terselamat dari terpengaruh dengan ajaran-ajaran songsang golongan sesat seperti syiah, Wahhabiah, Hizbu Tahrir, Mutasawwifah dan selainnya.



Jika dilihat di sini, maka di manakah golongan Wahhabi dan Hizbu Tahrir serta golongan-golongan sesat lain yang bertopengkan agama Islam jika dibandingkan keadaanya dengan para Nabi. Bukan hanya sekadar membida’ahkan umat Islam berhujahkan bahawa nabi tak pernah lakukannya atau menjerit-jerit sambil terlolong-lolong kononya nak mendirikan khalifah di atas muka bumi ini. Wahai saudaraku semua, kembali lah ke manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah al Asyairah dan al Maturidiah.

Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Disediakan oleh: Tuan Blog
http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/2009/04/tazkirah-sufi-wahai-umat-islam.html

8 ulasan:

  1. Setiap kelompok mempunyai kelebihan dan kelemahannya masing2. Kita boleh tidak sepakat, tapi tidak boleh mengejek, apalagi menyesatkan kelompok lain. Semoga munculnya kelompok2 atau organisasi-organisai dalam umat Islam tidak menimbulkan perpecahan, tapi rahmat. Ini bisa terjadi kalo setiap kelompok bisa melihat kelebihan kelompok2 lain dan mempelajarinya, dan bukannya mencari2 kelemahan kelompok lain. trims

    BalasPadam
  2. "...Diriwayatkan satu kisah pertemuan antara dua wali, salah seorangnya mendapati yang lain boleh duduk dan terbang di atas angin, lalu ditanya: Bagaimanakah kamu dapat melakukan sedemikiah? Lalu dia menjawab: Dengan melawan nafsu, yakni aku telah melawan nafsuku, aku telah jadikan nafsuku ini kalah dan dapat dikuasai dengan dilakukan segala amalan ibadah yang fardhu dan juga melakukan perkara-perkara sunat serta meninggalkan perkara-perkara yang haram. Dengan melawan nafsu sebeginilah Allah menganugerahkan kepadaku karamat ini..."

    saya berminat nak mengetahui lanjut mengenai cerita ini. bagaimana saya boleh dapatkan ceritanya?? dari kitab mana? tq.

    BalasPadam
  3. Adakah ini sifat org islam!! saling berpuak-puak? cela mencela antara satu sama lain... buruknya imej islam... nasib baik aku x masuk islam...

    BalasPadam
  4. Saya hampir ketawa membaca artikel ini, ingatkan hujahnya cukup hebat untuk menghukum segolongan umat Islam yg penulis ini sifatkan 'musuh Islam'. Tidak ada isi dan hujah. Kalau markah penuh 25, saya beri 5 saja! Sekadar hendak mendirikan khilafah dikatakan musuh Islam...

    Kemudian penulis menggunakan hadis dan ayat quran bertema perpaduan, bagus. Tapi apa hal penulis menuduh saudaranya dengan label musuh Islam sedangkan tiada apa2 hujah munasabah. Adakah cara ini akan mengubah pemikiran umat, dan bersatu. Bersatu di bawah apa? Pihak yang difitnah dan dicop musuh Islam sedangkan mereka diberi bukti dan hujah sebagai musuh Islam hendak bersatu di bawah pemilik blog ini?

    Penulis ada hak untuk menulis, tapi ingat apabila label ustaz telah dipakai orang sangat menghormati peribadi 'ustaz'. Namun ingat, bukan semua boleh dibacakan mentera atau jampi untuk menerima saja cakap 'ustaz'. Sudah banyak orang berpendidikan, berfikir dan bertindak matang. Mereka tidak akan angguk saja tanpa alasan. Maka berikan hujah, alasan yang paling sah.

    Silakan beri bukti2 sah dan paling tidak boleh dicabar langsung terhadap label 'musuh-musuh Islam' yg penulis ini berikan.

    BalasPadam
  5. Satu tulisan yang cantik, tetapi penuh dengan kejelikan.

    INIKAH ISLAM? Inikah yang dinamakan agama yang merncintai perdamaian? Agama yang mengutamakan perpaduan?

    Sedih! Sungguh sedih!

    Kita yang sama-sama percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa, saling kafir-mengkafirkan antara satu sama lain?

    Inikah perpaduan Islam?

    Inikah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w?

    Inikah yang diamalkan oleh para sahabat?

    Hanya kerana kita berbeza pendapat tentang perkara yang furu', kita berbalah?

    Betapa peritnya rasa bila membaca perlian Cairowish di atas,

    "Adakah ini sifat org islam!! saling berpuak-puak? cela mencela antara satu sama lain... buruknya imej islam... nasib baik aku x masuk islam..."

    Tidakkah kita berasa malu?

    Perlukah datang azab dari Allah sedang kita leka dan bersengketa, leka dalam bersengketa, barulah kita sedar?

    Perlukah datang Hulagu Khan datang menjajah Kerajaan Abbasiyah sambil menyeru, "AKULAH AZAB DARI TUHAN KAMU YANG TURUN KERANA KAMU LEKA!"

    Apakah tidak pernah wujud perbezaan pendapat antara para sahabat?

    Atau kita berasa angkuh dan mendabik dada hanya dengan gelaran ustaz dan alim ulama yang kita miliki?

    Alim ulama' memang benar pewaris Nabi, tetapi Alim Ulama bukanlah Nabi. perlukah diingatkan tentang perkara ini?

    Seorang alim ulama' yang benar-benar pewaris Nabi benar-benar mengerti bahawa setiap mutiara kata dari mulutnya akan dipersoalkan oleh Tuhan yang Maha Adil.

    Dan tatkala dihadapkan ke Mahkamah Agung, adakah kita sebagai alim ulama ingin mendengar, "Hai Si Fulan, Kau mencari ilmu, dan menyampaikan ilmu kerana kau ingin berbangga-bangga di muka bumi! Nyahlah kau ke neraka!"

    Ingatlah, seorang yang benar-benar alim ibarat resmi padi, makin berisi, makin tunduk

    BalasPadam
  6. Satu tulisan yang cantik, tetapi penuh dengan kejelikan.

    INIKAH ISLAM? Inikah yang dinamakan agama yang merncintai perdamaian? Agama yang mengutamakan perpaduan?

    Sedih! Sungguh sedih!

    Kita yang sama-sama percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa, saling kafir-mengkafirkan antara satu sama lain?

    Inikah perpaduan Islam?

    Inikah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w?

    Inikah yang diamalkan oleh para sahabat?

    Hanya kerana kita berbeza pendapat tentang perkara yang furu', kita berbalah?

    Betapa peritnya rasa bila membaca perlian Cairowish di atas,

    "Adakah ini sifat org islam!! saling berpuak-puak? cela mencela antara satu sama lain... buruknya imej islam... nasib baik aku x masuk islam..."

    Tidakkah kita berasa malu?

    Perlukah datang azab dari Allah sedang kita leka dan bersengketa, leka dalam bersengketa, barulah kita sedar?

    Perlukah datang Hulagu Khan datang menjajah Kerajaan Abbasiyah sambil menyeru, "AKULAH AZAB DARI TUHAN KAMU YANG TURUN KERANA KAMU LEKA!"

    Apakah tidak pernah wujud perbezaan pendapat antara para sahabat?

    Atau kita berasa angkuh dan mendabik dada hanya dengan gelaran ustaz dan alim ulama yang kita miliki?

    Alim ulama' memang benar pewaris Nabi, tetapi Alim Ulama bukanlah Nabi. perlukah diingatkan tentang perkara ini?

    Seorang alim ulama' yang benar-benar pewaris Nabi benar-benar mengerti bahawa setiap mutiara kata dari mulutnya akan dipersoalkan oleh Tuhan yang Maha Adil.

    Dan tatkala dihadapkan ke Mahkamah Agung, adakah kita sebagai alim ulama ingin mendengar, "Hai Si Fulan, Kau mencari ilmu, dan menyampaikan ilmu kerana kau ingin berbangga-bangga di muka bumi! Nyahlah kau ke neraka!"

    Ingatlah, seorang yang benar-benar alim ibarat resmi padi, makin berisi, makin tunduk

    BalasPadam
  7. assalamualaikum kepada semua pembaca,

    berikut adalah analisis saya sepanjang melayari blog ini:

    ustaz ni bawa akidah yang betul sebenarnya...
    cuma cara dia tu agak kurang betul sikit. Jadi kepada para pembaca yang baru berjinak2 mahu mengenali akidah Islam, saya nasihatkan anda bacalah tulisan ustaz ni.Banyak dalil yang disertakan bertepatan dengan al-quran, sunnah dan ijmak para ulama'. Inilah akidah sebenar menurut ahlussunnahwaljamaah.

    apa yang sebenarnya perlu dilakukan ialah membetulkan semula akidah wahhabi ni dengan cara bersemuka dengan mereka, adakan talk dan perbincangan , bukannya saling buruk-memburuk, dan mengejek2 serta mencari kesalahan masing-masing kemudian menyebarkannya seperti yang dilakukan oleh seorang blogger lain.

    Kita nak masuk syurga sama-sama.

    Apa salahnya kita ajak golongan wahhabi dan seangkatan dengannya ini betulkan semula akidah mereka.

    Ini kerana nabi saw pernah bersabda (lebih kurang): umatku terpecah kepada 73 jalan, 72 darinya masuk neraka, sementara 1 darinya masuk syurga, iaitu mereka yang berpegang kepada al-quran dan as-sunnah.

    Ada betulnya kenapa ustaz blog ini selalu tekankan hal akidah. Sebab Islam atau kafirnya seseorang itu diukur melalui akidah yg betul.

    Amalan seseorang itu hanya diterima oleh Allah sekiranya akidah si pengamalnya betul. Kemudian barulah kriteria2 lain diambil kira sperti keikhlasan dan sebagainya.

    Secara kesimpulannya, kepada ustaz faiz, apa yang anda bawa itu betul, cuma caranya salah. Bersemukalah dengan mereka yang telah tersesat, dan terangkan kepada mereka akidah yang betul dengan cara yang berhikmah, bukan memburuk-burukkannya dari jauh.

    Dan kepada para pembaca, teruskan mengambil manfaat dan ilmu dari blog ini. Namun jgn lupa utk merujuk kepada al-quran dan as-sunnah.

    semoga kita tidak tersesat dan sentiasa berada di landasan yang betul. Amin.

    BalasPadam
  8. taring maut telah membawa hadith yang salah golongan yang masuk surga sebagaimana hadith yang dia bawa adalah golongan majoriti yakni ahlussunnahwaljamaah.Kita perlu guna segala kelengkapan yang ada untuk mempertahankan islam.anda hanya tahu mempersoalkan orang tetapi apa yang telah anda buat untuk mempertahankan akidah salaf.
    ada yang mengatakan orang islam bergaduh tetapi hakikatnya orang islam tidak bergaduh.Kita wajib menentang kebatilan yang dibawa oleh golongan yang menghina ulama ini.Jika anda memilih wahabi maka anda telah keluar dari akidah ahlussunnah kerana pertentangan akidah yang jelas.Jika anda pilih ahlussunnah maka anda telah dikafirkan oleh wahabi"jika seseorang itu mengkafirkan yang lain sedangkan orang itu tidak kafir maka dia kafir"tidak cukup lagikah dengan ayat ini.FIKIRLAH ORANG YANG MENGAKU ISLAM JIKA ANDA MEMILIH WAHABI BERMAKNA ANDA MENGATAKAN IMAM BUKHARI,ALGHAZALI,DAN IULAMA DULU SEBAGAI SESAT KERANA WAHABI MEMANG MENYESATKAN MEREKA INI.

    BalasPadam