Rabu, 2 Jun 2010

DR ASRI (MAZA) MESTI DIPENJARA, Upacara telan air liur tidak wujud

BUDAK WAHABI: PEMBOHONG NOMBOR SATU DALAM DUNIA WAHABI

Dakwaan Si budak Asri tidak bernas: Upacara minum air liur

- Gambar hiasan-

Upacara telan air liur tidak wujud

SHAH ALAM 1 Jun - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengesahkan dakwaan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tentang 'upacara telan air liur ustaz' yang dikatakan berlaku di sebuah masjid di Selangor sebenarnya tidak wujud.

Berdasarkan siasatan yang dilakukan di sebuah masjid di Ampang baru-baru ini, kariah yang terlibat hanya melakukan upacara minum air zam-zam di dalam cawan secara bergilir-gilir dan ia mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Sehubungan itu, Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, pihaknya mungkin akan mengambil tindakan terhadap Mohd. Asri kerana membuat dakwaan palsu berhubung perkara itu.

Beliau berkata, dakwaan terhadap Mohd. Asri boleh dibuat mengikut Seksyen 211 Enakmen Tata cara Jenayah Syariah 2003.

''Kita sudah melakukan siasatan dengan menemui kariah masjid yang dimaksudkan dan mendapati tiada kegiatan telan air liur dan aktiviti yang menyalahi akidah seperti yang didakwa Mohd. Asri.

''Kita kini sedang dalam peringkat rumusan dan selepas rumusan selesai kita akan rujuk kepada bahagian pendakwaan dan mungkin akan mengambil tindakan terhadap Mohd. Asri kerana membuat dakwaan palsu," kata beliau.

Berita selanjutnya: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_27.htm

Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, pihaknya mungkin akan mengambil tindakan terhadap Mohd. Asri kerana membuat dakwaan palsu berhubung perkara itu.
Tuan Blog: Inilah akibatnya jika suka membohong semata-mata ingin menyebar ajaran sesat Wahhabi, Kesian Wahabi sudah tiada platform untuk berkata-kata, akhirnya telan air liur sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan