Sabtu, 19 Disember 2009

PENGENALAN AJARAN SESAT HAKIKAT WAHHABIAH DAN HIZBU TAHRIR

KERTAS KERJA SEMINAR
PENGENAL GOLONGAN SESAT BUKAN DARI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
WAHHABI DAN HIZBU TAHRIR



Dapatkan kertas kerja ini dan sebarkan. Download free dari:
http://www.scribd.com/doc/24540917/Ringkasan-Kertas-Kerja-Seminar-Di-Masjid-Uia-2009-Untuk-Blog-2
atau dari:
http://ul.to/uxs98q

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Disediakan oleh: Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah majoriti umat Islam. Mereka adalah dari kalangan para sahabat dan juga orang yang mengikut pegangan dan manhajnya dalam enam perkara yang telah disebut dalam hadis nabi, iaitu: Iman adalah beriman dengan Allah, para malaikat-Nya kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan beriman dengan qadar baik dan buruknya.

Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah golongan yang terselamat, sesiapa yang keluar darinya maka dia tidak akan terselamat dari mendapat balasan neraka jahanam akhirat kelak. Antara golongan yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Muktazilah, Khawarij, Syiah, Musyabbihah, Wahhabiah, Hizbu Tahrir dan lain-lain. Perlu diketahui bahawa al Asyairah dan al Maturidiah adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang dikatakan oleh Imam Murtadha al Zabidi (w.1205 H):

Apabila disebut Ahlu Sunnah Wal Jama‘ah maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah Al Asya‘irah dan Al Maturidiah

Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah merangkumi ajaran-ajaran Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak seperti yang dibawa dan dijelaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad, kemudian disambung penyebarannya oleh para sahabat, kemudian disusun secara bersistem oleh dua tokoh yang hebat iaitu Imam Abu Hasan al Asyari dan Imam Abu Mansur al Maturidi. Kemudian penyebaran sebegini diteruskan oleh para ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti: al Hafiz Abu Bakar al Ismaili, al Hafiz al Baihaqi, al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani, seorang mujaddid pada kurun keempat Imam Abu Tayyib al Bahili, Imam Abu Bakar bin Furak, Imam Abu Bakar al Baqillani, Imam Abu Ishaq al Asfarayini, al Hafiz al Asfahani, Imam al Haromain al Juwaini, al Hafiz al Syirazi, al Hafiz al Khatib al Baghdadi, Al Hafiz al Subki, al Hafiz Ibnu al Jauzi, Imam al Murtadha al Zabidi, Sheikh Zaini Dahlan mufti Syafie di Makkah, Sheik al Azhar Abdullah al Syarqawi, Sheikh al Sanusi, Sheikh Alalawi bin Tahir al Haddad, al Hafiz Abdullah al Ghummari, al Hafiz Sayyid Alawi al Maliki al Makki, al Marhum al Muhaddis Sheikh Abdullah al Harari dan ramai lagi. Di kalangan ulamak Nusantara pula ialah sheikh Ibrahim al Banjari, sheikh Nawawi al Bentani, Sheikh Daud al Fattani, sheikh al Falembani, sheikh al Muhaddis Yasin al Fadani dan ramai lagi.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jam‘ah adalah akidah bagi semua umat Islam yang mengikut jejak langkah Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasallam yang mana baginda telah bersabda:

Dua perkara yang akan aku tinggalkan kepada kamu sekalian jika kamu semua berpegang dengannya pasti tidak akan sesat selama-lamanya , iaitu Kitabullah (al Quran ) dan sunnahku (syariat dan akidah ). Atas dasar inilah golongan Ahli Sunnah berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi dengan cara menyucikan Allah Tabaraka Wata‘ala daripada sifat-sifat makhluk berpandukan firman Allah Ta’ala:

Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(al Syura: 11)

Ada di sana hadis sahih yang menceritakan kebenaran pegangan Imam al Asyari yang mana beliau adalah cucu kepada seorang sahabat nabi iaitu Abu Musa al Aysari. Ketika turunnya ayat ini:

Wahai orang yang beriman! Sesiapa antara kamu murtad dari agamanya, maka Allah akan datangkan suatu kaum yang dicintai oleh Allah dan mereka pula mencintainya, yang bersifat lemah lembut terhadap orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang kafir. Mereka berjihad(berjuang bersungguh-sungguh) pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Allah maha Luas limpah kurniaan-nya, lagi Maha Mengetahui”. (al Maedah 54:)

Al Hafiz Ibnu Asakir dalam kitabnya Tabyin kazib al Muftari mengeluarkan satu hadis berkaitan dengan ayat di atas tadi dan juga al Hakim dalam al Mustadrak iaitu: Sesungguhnya ketika turunnya ayat ini Nabi telah mengisyaratkan kepada Abu Musa al Asyari, baginda bersabda: Merekalah adalah kaum yang dimaksudkan tersebut.

Al Baihaqi pula berkata: Disebabkan terdapat kelebihan yang mulia dan kedudukan yang tinggi bagi Imam Abu al Hasan al Asyari yang mana beliau adalah dari keturunan Abu Musa dan anak-anaknya yang dianugerahkam ilmu serta kefahaman bagi menguatkan sunnah dan membenteras bid’ah dengan hujjah-hujjah serta menentang kesamaran. Justeru, mesti ada di sana pendedahan dan penjelasan rapi tentang pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Insya Allah kertas kerja ini ditulis bagi menjelaskan sedikit sebanyak pegangan dan akidah Ahli Sunnah.... Baca selanjutnya: http://ul.to/uxs98q

BAHAYA WAHHABIAH

Wahhabiah adalah golongan sesat yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab. Beliau telah mencetuskan huru hara dalam kehidupan masyarakat Islam. Al Muhaddis al marhum Sheikh Abdullah al Harari al Habasyi menggelarkan mereka sebagai agama baru, kerana pegangan-pegangan mereka memang jelas bertentangan dengan agama Islam.

01- HADIS-HADIS YANG DIKAITKAN DENGAN FITNAH WAHHABIAH

Telah berkata salah seorang ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berketurunan Nabi(ahli Bait) iaitu Sayyid Imam Ahmad bin Zaini Dahlan (rahimahullah)

Sesungguhnya Nabi Muhammad telah memberitahu bahawa ada banyak perkara yang berkaitan dengan golongan al Khawarij melalui banyak hadis, dan hadis tersebut adalah daripada tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad. Sesungguhnya segala hadis itu adalah sebahagaian pemberitahuan perkara-perkara yang ghaib dan semua hadis itu juga adalah sahih. Sebahagian riwayat dari Imam al Bukhari, Imam Muslim manakala bakinya adalah riwayat Imam-Imam yang lainnya. Antara hadis-hadis yang berkenaan ialah sabda Nabi Muhammad:

Akan terdapat segolongan manusia dari sebelah timur dan mereka membaca al Quran tetapi tidak menghalang kepada mereka keluar daripada agama, sebagaimana keluar anak panah dari busarnya dan mereka tidak akan kembali, sehingga anak panah itu kembali ke busar. Tanda mereka ialah membotakan kepala sebagai pengenalan tetap bagi mereka.

Beliau berkata lagi:

Dalam hadis lain Rasulullah telah berdoa: Ya Allah! berkatilah pada negara Syam dan Yaman kami, lalu para sahabta berkata doakanlah untuk negara Najad kami, lalu baginda pun berdoa lagi Ya Allah berkatilah pada negara Syam dan Yaman kami, sehingga tiga kali, kemudian baginda berkata di sana nanti (Najad) akan tercetusnya fitnah dan tanduk Syaitan

Beliau (Sayyid Zaini Dahlan berkata lagi:

Para ulamak menafsirkan sabda rasulullah:

سِيمَاهُمْ التَّحْلِيقُ

Maksudnya:Tanda mereka ialah membotakkan kepala sebagai pengenalan tetap bagi mereka.

Golongan yang akan keluar dari timur yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab pada segala sesuatu perkara bid’ah yang diada-adakan olehnya kerana mereka menyuruh sesiapa yang mengikut akan mereka mestilah mencukur kepalanya dan mereka tidak membiarkan dia berpisah dari majlis sehingga berbuat demikan. Hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini pada golongan-golongan sesat yang menjadikan lambang para pengikutnya membotakkan kepala sebagai pengenalan tetap bagi mereka.

Sayyid Zaini Dahlan berkata lagi:

Syed Abdu Rahman al Ahdal Mufti Zabid berkata: tidak ada sebab mengapa para penulis dan pengarang buku menolak fahaman Muhammad bin Abdul Wahhab berdasarkan sabda Rasulullah:

سِيمَاهُمْ التَّحْلِيقُ

Maksud:Tanda mereka ialah membotakkan kepala sebagai pengenalan tetap bagi mereka.

Ini kerana Muahmmad bin Abdul Wahhab turut memerintah para wanita pengikutnya mencukur rambut mereka. Pada satu ketika berlaku ke atas seorang wanita yang mengikut dia secara paksa dan membaharui Islamnya dan dia(Muhammad) menyuruh wanita berkenaan mencukur rambutnya. Wanita itu berkata kepadanya: Kamu menyuruh orang lelaki mencukur rambut mereka!. Apakah boleh awak menyuruh mereka mencukur janggut? Kamu menyuruh wanita mencukur rambutnya sedangakan rambut wanita sama taraf dengan janggut lelaki.

Muhammad bin Abdul wahhab terdiam dan tidak dapat menjawab. Tindakan Muhammad Bin Abdul Wahab membuat demikian adalah bagi menepati kebenaran hadis rasulullah tentang para pengikutnya, lantas membuktikan kebenaran sabda Rasulullah, maksudnya: Tanda mereka ialah mencukur rambut mereka kerana yang lebih utama sekali ialah mencukur rambut.... Baca selanjutnya: http://ul.to/uxs98q

BAHAYA HIZBU TAHRIR

Telah muncul di tengah-tengah umat Islam satu kumpulan yang menyimpang dari manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kumpulan ini bergiat menyebarkan fikrah-fikrah songsangnya dengan bertopengkan politik Islam dan kebangkitan Khalifah Islamiah di atas muka bumi ini. Keseluruhan kegiatan mereka hanya memfokuskan pada politik, manakala apa yang berkaitan dengan dakwah seperti mengajak kepada mempelajari ilmu agama seperti tauhid, fekah, hadis dan lain-lainya sangatlah mereka abaikan. Mereka dikenali dengan HIZBU TAHRIR atau ringkasnya HT. Sesungguhnya umat Islam tidak habis lagi dengan ajaran Mujassimah Moden seperti Wahhabi kini umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai ajaran baru yang bertopengkan Islam atau politik Islam pula.

Mereka telah mengatakan bahawa umat Islam adalah sesat kerana masih hidup tanpa khalifah Islamiah. Tujuan utama mereka ialah ingin mengambil alih kuasa kerajaan dan kononnya ingin melaksanakan ajaran Islam yang sempurna dan menyeluruh. Sesungguhnya mereka ini sangat merbahaya kerana ajaran yang mereka sebarkan amat bercanggah dengan syariat Islam seperti menyesatkan serta mangkafirkan umat Islam, mendakwa bahawa para nabi tidak bersifat maksum, menghalakan berjalan untuk melakukan maksiat, mengharuskan orang lelaki mencium perempuan ajnabiah dan banyak lagi yang akan dinyatakan nanti. Kita khuatir dan sangat risau jika mereka dapat menguasai negara-negara Islam termasuk negara Malaysia kita yang tercinta, mereka pasti akan merialisasikan matlamat mereka dan mempraktikkan segala ajaran sesat mereka itu.

Di Malaysia, mereka sudah mula bertapak dengan slogan ‘wajib mendirikan khalifah dan melaksanakan hukum Islam secara menyeluruh’. Cara pembawaan mereka ini diminati oleh beberapa pihak dan segelintir masyarakat di negara kita yang kononya ingin menegakkan negara Islam, padahal mereka sebenarnya telah tertipu dan terpedaya dengan dakyah-dakyah songsang HIZBU TAHRIR disebabkan tiada ilmu agama yang kukuh dan pertimbangan syariat yang adil yang mampu membezakan diantara kebenaran dengan kebatilan.

Kita Ahli Sunnnah Wal Jamaah memang mempunyai niat agar wujudnya seorang khalifah yang adil yang dapat mentadbir negara-negara Islam dengan sempurna, tetapi perlu diketahui bahawa isu kebangkitan khalifah ini adalah dianggap sebagai uzur syrei bagi umat Islam kerana tiada penyatuan dan kemampuan untuk melaksanakannya. Kemudian isu kebangkitan dan mengembalikan Khalifah ini bukanlah satu kewajipan terhadap setiap individu muslim sehingga ia dikira sebagai fardhu ain seperti ibadah solat, puasa, haji dan lain-lainnya dari perkara fardhu ain. Atas sebab ini tiada dari kalangan ulamak Ahli Sunnah sama ada dari kalangan ahli Salaf maupun Khalaf mengatakan bahawa menjadi fardhu ain ke atas setiap individu muslim menegakkan dan mengembalikan khalifah. Barang siapa yang mengatakan dan beriktiqad sedemikian maka dia telah melakukan tokok tambah dalam urusan agama dan ia juga dikira bid’ah yang sesat kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Islam.

Kebanyakan mereka yang berfikiran politik kotor yang bertopengkan Islam mendakwa bahawa wajib dan menjadi fardhu ain untuk mendirikan khalifah atau negara Islam, dan sesiapa yang tidak melakukan sedemikian maka dia telah sesat bahkan kafir. Mereka (HT) telah menyalahtafsirkan firman Allah Taala:

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Terjemahannya: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir. (al Maedah:44)

Para ulamak dari kalangan sahabat seperti Abdullah Ibn Abbas yang mana beliau dikenali denga Tarjamanul Quran (penafsir al Quran) telah menafsirkan ayat ini dengan mengatakan bahawa maksud kekufuran dalam ayat tersebut bukan yang mengeluarkan seorang muslim dari agamanya, tetapi yang dimaksud dengannya ialah kufur di bawah kekufuran, yakni dosa yang besar yang tidak sampai kepada kufur.

Berdosakah nenek moyang kita yang muslim yang tinggal di kampung-kampung, imam atau tok bilal di surau-surau, dan juga umat Islam yang tinggal berjauhan dari bandar?. Adakah mereka dikira bodoh, sesat dan kafir kerana tidak menegakkan negara Islam atau mendirikan khalifah?

Maka fikrah dan ajaran yang mengatakan bahawa wajib ke atas setiap individu muslim mendirikan khalifah adalah fikrah yang bahaya kerana ia akan meracuni pemikiran-pemirian orang Islam sehingga menjadi rosak, punah, hancur dan juga akan melahirkan generasi yang melampau (ekstrem).... Baca selanjutnya:

http://ul.to/uxs98q

Saya tuan blog dengan rasminya mengizinkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyebarkan kertas kerja ini, semata-mata untuk menegakkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Boleh download free dari: : http://www.scribd.com/doc/24540917/Ringkasan-Kertas-Kerja-Seminar-Di-Masjid-Uia-2009-Untuk-Blog-2

atau dari: http://ul.to/uxs98q . Sesiapa saja yang menghadapi kemusykilan ketika mendownload kertas kerja ini maka boleh menghubungi tuan blog melalui email ,Tq.

Jumaat, 11 Disember 2009

CERAMAH DI SELANGOR, TIADA PELUANG BAGIMU WAHAI DR ASRI (maza)... TERBARU TITAH SULTAN

DR ASRI (yang mendakwa saya bukan Wahhabi/Saya tak kenal Wahhabi dan lain-lain) MESTI DIAMBIL TINDAKAN KERANA HINA TITAH SULTAN.
TUN ABDULLAH(BEKAS PM) SOKONG TAULIAH. INI SEMUA DILAKUKAN SUPAYA AJARAN-AJARAN SESAT SEPERTI AYAH PIN, HAJI KAHAR, RASUL MELAYU, SYIAH,
WAHHABIAH YG BERTOPENGKAN DENGAN NAMA ISLAM TIDAK DISEBARKAN DI NEGARA MALAYSIA

Inilah gambar kartun yang menunjukkan penghinaan terhadap titah Sultan Selangor. Boleh rujuk pada website Dr Asri, tapi tak tahula pulak kalau selepas ini si Dr Asri buang gambar kartun ini dari websitenya kerana takut termakan dirinya sendiri



Titah Sultan:

1- Penceramah agama perlu tauliah

2- Berdakwah perlu ada tauliah

12 Disember 2009 / 25 Zulhijjah 1430
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menegaskan, pihak yang ingin berdakwah dan mengajar agama di negeri ini perlu mendapatkan tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Baginda bertitah, langkah itu perlu bagi memastikan perpaduan ummah yang kukuh di negeri ini tidak dirosakkan oleh dakwah fahaman berpuak-puak dan ajaran mengelirukan yang boleh

memecahbelahkan penyatuan umat Islam di negeri ini.

Titah baginda, bagi mengelak pengembangan ajaran sesat, mereka yang ingin berdakwah dan mengajar agama di negeri ini hendaklah mendapat tauliah dari MAIS.

Selanjutnya:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Abdullah berkata, adalah penting setiap penceramah mendapatkan pentauliahan dari Jabatan Agama Islam Negeri.

Selanjutnya:
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6154459.asp
Saya Tuan Blog menyokong titah Sultan dalam membendung ajaran-ajaran sesat. Syabas!!!