Minda Pondok selar Nik Aziz
KOTA BHARU 15 Feb. - Sebuah badan pemikir, Minda Pondok menyelar tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul.
Jurucakap badan tersebut, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, sambutan besar-besaran Maulidur Rasul mempunyai hikmah yang besar iaitu memupuk perpaduan di kalangan ummah dan mengingatkan kembali terutama generasi muda tentang sirah Rasululullah.
"Ibnu Tamiyyah, ulama kontorversi yang banyak menentang amalan tradisi Islam turut menyokong supaya Maulidur Rasul disambut secara bermusim kerana terdapat pahala yang besar kerana niatnya elok dan menjunjung Rasulullah SAW dan keluarganya.
"Ulama besar, Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi juga memberi pendapat yang sama dan wajib ke atas kita untuk mengingati sirah baginda dan menjadi iktibar kepada kita," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguannya Jumaat lalu supaya sebahagian daripada wang yang digunakan untuk menyediakan makanan sempena sambutan Maulidur Rasul dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau.
Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, kebanyakan tandas masjid atau surau di negeri ini kotor dan memerlukan pembiayaan bagi memastikan ia dapat diselenggara dengan baik.Selanjutnya: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm