Ahad, 7 Mac 2010

FITNAH HIZBU TAHRIR DI MALAYSIA TOLAK SAMBUTAN PERAYAAN MAULID- Harap pihak kerajaan ambil tindakan-

ANCAMAN HIZBU TAHRIR (HT) TERHADAP AHLI SUNNAH. Berhajatkah umat Islam kepadanya?, kenapa ada cawangannya di Malaysia?, Siapakah dalang di belakang mereka?


Kenyataan Hizbu Tahrir Malaysia yang menghina umat Islam dengan menganggap umat Islam yang keluar untuk melakukan perarakan bagi menyambut sambutan Maulid Nabi yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia sebagai pak turut dan taklid buta

Kenyataan Hizbu tahrir yang menolak pembahagian bid'ah.

Kenyataan songsang Hizbu Tahrir Malaysia (HTM) yang bercanggah dengan pegangan umat Islam di Malaysia iaitu menyamakan orang Islam dengan orang kafir dan sambutan Maulid bukan dari ajaran Islam
Rujukan dari pengajian Ustaz Ahmad Faidzurrahim Hj Mohd Alwi
0199181278
fa_him@hotmail.com
http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/
Sambutan maulid yang disambut secara rasmi baru-baru ini yang dirasmikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dengan tema'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' dan juga disambut pada tahun-tahun sebelumnya dengan bermacam-macam cara yang tidak bercanggah dengan syarak seperti melakukan perarakan dan seumpamanya dan diarah oleh pihak kerajaan supaya pihak-pihak tertentu keluar dan menyertai perarakan tersebut, sesunggunya itu semua dianggap sebagai taklid buta, pejam mata, pak turut menyamai orang kafir dan bukan dari ajaran Islam oleh golongan Hizbu Tahrir. Lihatlah isi kandung risalah mereka yang disebarkan tadi.
Begitu juga dengan kenyataan songsang Hizbu Tahrir yang menolak pembahagian bida’ah kepada baik dan buruk. Mereka menyatakan bahawa hanya terdapat bida’ah sesat sahaja dan tiada di sana apa yang dinamakan dengan bid’ah yang baik. Kenyataan mereka ini samalah dengan pegangan sesat Wahabi yang menolak pembahagian bid’ah.
Dalam ajaran Islam para alim ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menjelaskan perkara yang berkaitan dengan bid’ah. Mereka telah bersepakat bahawa bid’ah terbahagi kepada dua bahagian. Bid’ah hasanah dan bid’ah sayyi’ah. Imam besar kita iaitu Imam al Mujtahid Mutlak Imam Syafei pernah menjelaskan permasalahan ini seperti yang diriwayatkan oleh imam al Hafiz al Baihaqi dalam kitabnya Manaqib al Syafei bahawa Imam Syafei berkata:
اَلْمُحْدَثَاتُ مِنَ الأُمُوْرِ ضَرْبَان, أَحَدُهُمَا مَا أُحْدِثَ مِمَّا يُخَالِفُ كِتَابًا أََوْ سُنَّةً أََوْ إِجْمَاعًا أَوْ أثَرًا فَهَذِهِ الْبِدْعَةُ الضَّلاَلَةُ
وَالثَّانِيَةُ مَا أُحْدِثَ مِنَ الخَيْرِ وَلاَ يُخَالِفُ كِتَابًا أََوْ سُنَّةً أََوْ إِجْمَاعًا وَهَذِهِ مُحْدَثَةٌ غَيْرُمَذْمُومَةٍ
Maknanya: Perkara baru terbahagi kepada dua, salah satunya apa yang diada-adakan dan bercanggah dengan kitab, sunah, ijma' atau asar maka ia adalah bid'ah yang sesat. manakala yang kedua ialah perkara baru yang diada-adakan dari perkara yang baik tetapi tidak bercanggah dengan kitab atau sunah atau ijma' maka ia adalah benda baru yang tidak dicela.
Manakala hadis nabi yang bermaksud Setiap bid’ah itu sesat (HR Ahmad, Tirmizi) yang selalu dijadikan pegangan oleh golongan ajaran sesat yang bertopengkan dengan nama Islam dalam menafikan pembahagian bid’ah, maka kami katakan pada mereka bahawa makna hadis tersebut ialah umum yang khusus, maknanya pada zahirnya ia menunjukkan secara umum tapi pada hakikatnya ia dikhususkan bagi bid’ah yang bercanggah dengan syariat Islam berdasarkan hadis Nabi:
"من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شىء"
Maknanya: “ Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pundaripada pahala-pala mereka” .
Dan begitu juga kalimah kullu dalam hadis tadi tidak bermaksud semua tetapi menunjukan makna kebanyakan kerana kalimah kullu dalam bahasa arab bukan hanya bermaksud semua bahkan ia datang dengan makna kebanyakan iaitu bukan semua.
Di antara contoh bid’ah yang baik ialah sambutan Maulid Nabi.
Lebih teruk lagi kenyataan ajaran sesat hizbu Tahrir ini ialah menyatakan bahawa sambutan Maulid nabi tidak termasuk bahagian dari ajaran Islam malah merupakan satu hal yang bid’ah bahkan tasyabbuh bil kuffar(menyamai orang kafir) yang mesti ditinggalakn. Kami katakan, apa sebenarnya yang diingini oleh Hizbu Tahrir di Malaysia ini, sesungguhnya mereka adalah pembohong dan penipu dalam agama yang mana kononnya mereka hendak mendirikan Khilafah, tapi pada hakikatnya mereka ingin menghanjurkan manhaj yang dibawa oleh Nabi kita dan yang disebarkan oleh para ulamak Ahli Sunnah. Jadi berhajatkah kita kepada Hizbu Tahrir di Malaysia?, mengapa tiba-tiba ada cawangan Hizbu tahrir di Malaysia yang berpusat di Bangi sana?. Adakah pegangan kita kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sempurna lagi sehingga terpaksa menyerti gerakan sesat Hizbu Tahrir ini. Harap pihak kerajaan pantau segala program-program mereka di Malaysia, apakah tujuan mereka sehingga sanggup menghina amalan-amalan Islam!. Ketahuilah bahawa ajaran-ajaran sesat yang bertopengkan dengan Islam di Malaysia ini sangat banyak, maka berhati-hatilah dengan Hizbu Tahrir ini. Wallahu 'aalam Bissawab.

Pusat Hizbu Tahrir di Malaysia yang bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.


Salah satu program Hizbu Tahrir yang dilangsungkan di Malaysia

Tuan blog: Ikutlah Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan jauhilah dari fitnah Hizbu Tahrir (HT).
Untuk mengetahui lebih lanjut ajaran sesat Hizbu Tahrir maka sila baca selanjutnya di sini:
http://www.scribd.com/doc/24540917/Ringkasan-Kertas-Kerja-Seminar-Di-Masjid-Uia-2009-Untuk-Blog-2
Dan juga: http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/2009/12/pengenalan-ajaran-sesat-hakikah.html