Rabu, 7 Julai 2010

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ DARI KACAMATA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


Ada orang kata ini rupa sebenar tunggangan Nabi yang bernama al Buraq. Jangan percaya kerana ia adalah tidak sahih disebabkan tidak ada dalil-dalil yang kukuh mengatakan sedemikian

Petikan dari kuliah dan pengajian:

USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM AL BEIRUTI

fa_him@hotmail.com 0199181278

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, ada-Nya tanpa berhajat kepada tempat dan arah, Dia tiadak berada di bumi, di langit,di arash dan Dia juga tidak berada di mana-mana dengan zat-Nya. Inilah akidah umat Islam yang dipegangi oleh para anbiyak dan awliyak.

Selepas kita melalui perbincangan pasal keganasan gerakan militan dan pelampau Wahhabi di bumi Islam, marilah kita berehat sebentar dengan menyambut Israk dan Mikraj. Insya Allah selepas ini kita akan sambung semula isu keganasan Wahhabi dan jangan lupa juga isu Hizbu Tahrir yang sekarang rancak menyebarkan ajaran sesat mereka di tanah air kita.

Firman Allah yang berbunyi:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maknanya: Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari masjid haram ke masjid aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat _Surah israk, ayat:1)

Terdapat dalil yang jelas daripada al-quran dan hadis yang sahih tentang mukjizat al-Israk, maka wajib kita beriman bahawa Allah Taala memperjalankan Nabi Muhammad pada waktu sepertiga malam dari Makkah ke Palestin.

Al-Mikraj adalah sebuah perjalanan yang dimulakan dari Masjid Al-Aqsa hingga ke langit yang ketujuh dengan menaiki tangga yang diperbuat daripada emas dan perak.

BEBERAPA PERKARA ANEH YANG DISAKSIKAN OLEH RASULULLAH KETIKA ISRAK:

1-Dunia dalam bentuk seorang wanita tua.

2-Iblis laknatullahialaihi.

3-Mashitah tukang sikat rambut anak perempuan firaun.

4-Para mujahid di jalan Allah.

5-Penyebar fitnah.

6-Orang yang meninggalkan solat.

BEBERAPA KEAJAIBAN YANG DILIHAT OLEH BAGINDA KETIKA AL MIKRAJ:

1-Penjaga neraka.

2-Albaitul Makmur.

3-Sidratulmuntaha

.4-Syurga.

5-Al arasy.

Berkaitan dengan arasy, saidina Ali telah berkata:

‘sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta arasy demi menzahirkan kekuasaan-Nya dan bukan menjadikannya sebagai tempat untuk zatNya (diriwayatkan oleh Abu Mansur Al-Baghdad).Maka telah kafir orang yang beriktiqad bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy kerana Maha Suci Allah yang tidak menyerupai sesuatu pun bahkan kewujudanN-ya tanpa memerlukan tempat.

Alangkah buruknya tohmahan yang dilemparkan oleh Wahhabiah yang mendakwa Allah Ta’ala duduk atau bersemayam di atas arasy tetapi duduk atau bersemayamNya bukan seperti kita.Dimanakah letaknya akal mereka?Bagaimanakah Allah Ta’ala duduk di atas sesuatu yang telah diciptakan-Nya?Bukankah sifat ‘duduk’ atau ‘bersemayam’ adalah salah satu daripada sifat makhluk,dan semestinya yang duduk berhajat kepada tempat untuk didudukinya.Kesimpulannya di sini mustahil bagi Allah Ta’ala menyerupai makhluknya.

Firman Allah Ta’ala:

‘Tidak ada sesuatupun yang menyerupainya’. Dan telah berkata Imam Tohawi ‘sesiapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu sifat daripada sifat-sifat manusia maka dia telah kufur (kafir).

Perkara yang paling mashur dalam peristiwa Israk dan Mikraj ialah difardhukan solat lima waktu.Dalam peristiwa ini, telah menjadi dalil bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa para nabi dan wali boleh berinteraksi dan memberi syafaat selepas kewafatan mereka.

Nabi Musa alaihissalam sudah lama wafat sebelum kelahiran Nabi Muhammad,tetapi Nabi Musa boleh berinteraksi dengan orang yang masih hidup walaupun dia sudah wafat sekian lama. Hal ini menunjukkan bahawa orang yang telah mati di dalam agama Islam boleh memberi manfaat kepada orang yang masih hidup.Bukankah Nabi Musa telah memberi manfaat kepada umat Muhammad?Oleh sebab inilah ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah berpendapat bahawa harus dan tidak syirik orang yang bertawassul samaada bertawassul dengan orang yang telah hidup ataupun orang yang telah mati.Bukankah nabi kita sendiri yang telah mengajar sahabatnya agar bertawassul sepertimana yang telah dinyatakan oleh Imam Al-Thobarani dalam dua kitabnya: Al-Mukjam Al-Kabir dan Al-Mukjam Al-Soghir. Alangkah jahilnya mereka contohnya seperti golongan Wahhabi yang bertopengkan dengan nama Salafi mengatakan bahawa Tawassul itu adalah diantara sebesar-besar unsur syirik dan dengan secara tidak langsung mengikut pandangan mereka (wahhabi) yang melarang perbuatan Tawassul bahawa Nabi telah mengajar satu amalan syirik kepada sahabat baginda wal iyazubillah min zalik.Memadailah dengan kita berhujah dengan amalan imam kita yang paling masyhur iaitu Imam Syafie yang pernah bertawassul dengan Imam Abu Hanifah selepas kewafatan beliau untuk menyangkal pandangan Wahhabi tersebut, sepertimana yang disebut oleh Imam Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Baghdad.

Peristiwa Al-Israk dan Al-Mikraj adalah salah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad oleh Allah Ta’ala.Dalam peristiwa Al-Israk Dan Al-Mikraj solat lima waktu difardhukan ketika mana baginda bertemu dengan Nabi Musa dan baginda menyuruh Nabi Muhammad agar meminta kepada Allah Ta’ala supaya dikurangkan solat yang asalnya difardhukan 50 solat kepada lima solat.Hasilnya ialah setiap solat itu mendapat 10 ganjaran.Maka solat lima waktu itu samalah dengan solat yang 50 itu dari segi ganjarannya.

Untuk mengetahui perkara yang berkaitan dengan peristiwa Israk dan Mikraj, maka dapatlah segera buku ini:

Terbitan :
PUSTAKA HAJI ABDUL MAJID SDN. BHD
No 54 Jln SBC 3, Tmn Sri
Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 03-6184
2641
Faks : 03 6184 2671
Atau hubungi:
1. Saudara Khairul (Shah Alam)
016 3306300
2. Saudara Humaidi (Shah Alam)
019 6054234
3- Pejabat PKPIM: 0361842286

Cepat dapatkan, sebelum kemunculan pengganas sesat Wahhabi, Hizbu Tahrir dan selain mereka.

Khamis, 1 Julai 2010

SIAP KAU RASUL DAHRI !!!. AJARAN SESAT MILITAN WAHHABI, PENIMBUL PERPECAHAN DALAM MASYARAKAT ISLAM. - SULTAN JOHOR SOKONG AHLI SUNNAH-

TAMPARAN BERBISA PADA PENDOKONG AJARAN SESAT MILITAN DAN PENGGANAS WAHHABI DI MALAYSIA

NUSAJAYA 1 Julai - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyeru umat Islam memperkukuhkan akidah dan amalan hidup berdasarkan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.Sultan Ibrahim menegaskan, ini kerana pegangan berkenaan sumber kekuatan bagi umat Islam berhadapan apa juga suasana dan cabaran.

"Kita perlu peka terhadap ancaman yang boleh membawa kepada perpecahan dan perselisihan antara ummah di negeri Johor ini.

"Seperti fahaman tidak mengamalkan doa qunut, talkin, wirid dan berdoa bersama-sama selepas solat berjemaah serta membaca Yasin pada malam Jumaat, ternyata mampu menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam," titahnya. Berita selanjutnya:

1-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

2-http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rakyatkenapekamusuhagama/Article

Ini seekor lagi penyebar ajaran sesat militan Wahhabi, berbangsa asing dari Singapura, dan cuba bertapak di Johor dan berkeliaran di merata-rata di Malaysia untuk menyebarkan fikrah songsang Wahhabi penimbul perpecahan. Nama dia ialah RASUL DAHRI

Tuan blog: Sekarang ini ada orang mengatakan bahawa barangsiapa yang sebut-sebut nama Wahhabi di Malaysia ini maka dia akan ditangkap. Kesiannn.., benarkah kemasukan budak-budak Wahhabi dalam parti politik tak membawa keuntungan pada ajaran sesat Wahhabi, Datuk Shahidan dan Si Dr Asri?.