Isnin, 2 Mei 2011

WAHHABI DI MALAYSIA ADA KAITAN DENGAN GERAKAN OSAMA BIN LADEN ?, HARAP PIHAK KESALAMATAN NEGARA MALAYSIA PANTAU USTAZ-USTAZ AJARAN SESAT WAHHABI


PM: Dapat pulih imej Islam

KUALA LUMPUR 2 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Perdana Menteri juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.

“Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.

“Di peringkat negara pula tiada tanda pergerakan al-Qaeda wujud. Namun begitu pihak polis akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mengesan jika ada apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak untuk menunjukkan simpati kepada kematian Osama,’’ katanya.

Beliau bercakap pemberita selepas melancarkan rumah terbuka Hari Vaisakhi di Dataran Merdeka di sini hari ini. Selanjutnya: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Hara pihak kesalamatan siasat pelajar-pelajar Malaysia yang Wahhabi yang pernah belajar di Pakistan kerana dikhuatari mereka telah mendapat didikan tentera dan dididik untuk melakukan letupan di Malaysia..Awasss!11 Wahhabi suka bunuh orang Islam