Isnin, 25 Mei 2009

SEJARAH HITAM WAHABI - JENAYAH DAN BERKETURUNAN KAFIR YAHUDI-

JENAYAH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB
PENJELASAN DARI ULAMAK AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TENTANGA BAHAYA GERAKAN WAHHABIAH DI SELURUH DUNIA


YAHUDI YANG BERGABUNG DENGAN WAHABI


PETIKAN DARI RAKAMAN ULAMA MESIR:







ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
(Disampaikan oleh ulamak Mesir-youtube-)

Sesungguhnya Imam Zaini Dahlan (Mufti Syafie di Makkah) adalah di antara ulamak Ahli Sunnah yang mendedahkan sejarah hitam wahabi

- Muhammad Bin Abdul Wahab bekerjasama dengan pengintip British bagi menghancurkan Daulah Islamiah, gerak kerjanya berpusat di kerajaan yang dikenali dengan negara keluarga Saud (al Saudi)
-Wahabi mengkafirkan umat Islam dan merampas segala harta mereka.
-Wahabi menangkap orang Islam dari kalangan lelaki lalu dijadikan hamba dijual di pasar Nukhas, manakala dari kalangan wanita Islam pula dijadikan jawari(hamba-hamba perempuan).

-Wahabi membunuh umat Islam dan menyembelih mereka sambil menyanyi-nyanyi

Beberapa Cadangan-cadangan dari pihak kafir British kepada Muhmmad bin Abdul Wahab:
1- Meruntuhkan kaabah dengan hujah bahawa ia adalah kesan sejarah berhala serta menghalang umat Islam dari melakukan ibadah haji
2- Menjatuhkan khilafah Islamiah dengan bantuan dari British seperti menyediakan bala tentera bagi melawan khalifah dan ini mereka berjaya melakukannya.
3- Memerangi serta membunuh umat Islam yang berketurunan nabi (asyraf) dengan menggunakan berbagai cara.
4- Menghancurkan kubur-kubur umat Islam dan juga kesan-kesan sejarah Islam yang di Makkah dan Madinah dan juga kawasan-kawasn lain dengan hujah bahawa ia adalah sejarah berhala dan syirik
5- Menghina dan mencela Nabi Muhammad dan para khulafa serta pemimpin-pemimpin Islam
6- Menyebarkan huru hara dan keganasan di setiap negara Islam
7-Menyebarkan al Quran yang diubah oleh mereka (wahabi)


Inilah cadangan yang dibuat oleh pihak kuffar British kepada pengasas Wahabiah iaitu Muhammad bin Abdul Wahab, dan dia sendiri telah menerima cadangan-cadangan tersebut dengan rela hati tetapi semua cadangan tersebut tidak mampu dilakukan dalam satu masa lalu dilakukannya secara berperingkat.

-Muhammad bin Abdul Wahab takut jika rancangan-rancangan ini diketahui oleh khalifah kerajaan Usmaniah pada masa itu (tiada kaitan dengan ajaran sesat Hizbu Tahrir), lalu dia meminta dari pihak kuffar British agar mengediakan baginya bantuan dan pertahanan yang kuat seperti kententeraan dan selainnya supaya dapat melawan khalifah jika khalifah menyerangnya.

-Doktor Nasir Said penulis kitab tarikh al Su'ud bahawa kaum kerabat al Sauud adalah dari keturunan kafir yahudi

-Wilayah Diri'yyah dijadikan pusat utama dalam melakukan operasi-operasi ini dan ia dibantu oleh kerajaan kuffar British secara rahsia

- Asas ajaran wahabi ada tiga:
1-Membenci orang yang tidak beraliran Wahabi
2-Mengkafirkan umat Islam
3-Menghalalkan darah dan harta umat Islam

Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

HIDUP AHLI SUNNAH DAN BUKANNYA WAHHABIAH!!!

Rabu, 6 Mei 2009

WAHABI DI KELANTAN DAN DI SELURUH MALAYSIA BENGANG DAN MELENTING KERANA PARA ULAMAK PONDOK BERPEGANG DENGAN AKIDAH ISLAM: -ALLAH ADA TANPA TEMPAT-

MAJLIS PERHIMPUNAN PELAJAR PONDOK
SE MALAYSIA
YANG TELAH DIADAKAN DI MADRASAH
AL DINIAH AL FALAHIAH
PASIR PUTIH, KELANTAN
PADA: 22 Rabiul Akhir 1430H bersamaan 18 April 2009M (Sabtu)


DI ANTARA PARA PENCERAMAH DI MAJLIS TERSEBUT IALAHUSTAZ SAIFUDIN DANBABA HAJI GHAZALI BIN AHMAD DARI PONDOK SEKAM, FATONI




SLOGAN MAJLIS PONDOK TERSEBUT: 'ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT ' YANG TERPAPAR DI PERKARANGAN MADARASAH TERSEBUT, ALLAHU AKBARRR!!!



SALAH SEORANG PENDAKWAH DARI LUAR NEGARA YANG DIJEMPUT UNTUK MEMBERI CERAMAH BERKAITAN DENGAN PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN BAHAYANYA WAHABI


USTAZ ROSLI-Baba Li- (MUDIR MADRASAH) KETIKA MELAYAN PARA TETAMUNYA DI KEDIAMANNYA DI PONDOK


PARA HADIRIN DARI BEBERAPA BUAH PONDOK DI KELANTAN DAN LUAR KELANTAN YANG MENGHADIRI MAJLIS TERSEBUT

' ALLAH ADA TANPA TEMPAT '

PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Disediakan oleh: AHMAD FAIDZURRAHIM

0199181278

Ketahuilah bahawa para alim ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah telah bersepakat bahawa mustahil Allah Taala diliputi oleh tempat dan arah kerana Maha suci Allah berada di mana-mana tempat. Inilah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hasan al ‘Asyari dan Imam Abu Mansor al Maturidi yang mana kedua-dua imam ini telah menerangkan akidah yang sebenar. Manakala dewasa ini akidah tasybih iaitu menyamakan Allah dengan makhluk pula telah dihidupkan semula serta disebarkan oleh satu golongan Wahabiah yang bertopengkan dengan nama Salafiah dan juga mereka yang sealiran dengannya.

Dalam membincangi isu ALLAH ADA TANPA TEMPAT maka perlu kita ketahui bahawa para ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa alam ini terbahagi kepada dua:

Pertama: Benda

Kedua: Sifat benda.

Kemudian benda terbahagi pula kepada dua:

Pertama: Benda yang tidak boleh terbahagi lagi kerana telah sampai kepadab tahap yang paling kecil, dan ini dikenali sebagai jauharu fard .

Kedua: Benda yang boleh terbahagi kepada beberapa bahagian. Kemudian bahagian ini pula terbahagi kepada dua:

1-Benda latif: Sesuatu yang tidak dapat dipegang dan digenggam serta disentuh oleh tangan seperti cahaya, kegelapan, roh, angin dan sebagainya.

2-Benda kasif: Sesuatu yang dapat dipegang dan dirasa dengan tangan seperti manusia, benda-benda padat dan seumpanya. Adapun sifat benda seperti gerak, diam. berubah, duduk, bersemayam, berada di tempat atau arah maka Allah sama sekali tidak menyerupai sekalian makhluk-Nya walaupun sedikit.

Firman Allah yang berbunyi:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maknanya: “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(al Syura: 11)

Manakala dalil al Quran yang menunjukkan adanya benda kasif dan latif ialah firman Allah Taala:

الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ

Maknanya : Segala puji bagi Allah Yang telah mencipta langit dan bumi, dan mengadakan gelap dan terang. (al An’am :1)

Langi dant bumi adalah makhluk kasif, manakala kegelapan dan cahaya adalah makhluk latif.

Ayat ini juga merupakan dalil yang paling jelas sekali bahawa Allah Ta’ala tidak berbentuk kasif seperti langit dan bumi dan tidak berbentuk latif seperti kegelapan dan cahaya.

Bagi membincang perkara ini perlu diketahui makna ‘tempat’ dan ‘arah’ di sisi ulamak Islam dan para pakar bahasa arab kerana al Quran itu diturunkan dalam bahasa arab, dan juga bagi memahami hukum-hukum Islam maka mestilah mengetahui dan mendalami ilmu bahasa arab dan kaedah-kaedahnya.

Antara ulamak yang mendefinisikan makna ‘tempat’ ialah:

1- Imam al Lughawi al Raghib al Asfahani berkata:

اَلْمَكَان عِنْدَ أَهْلِ اللُغَةِ اَلْمَوْضِعُ اَلْحَاوِى لِلشَّيْء

Maknanya: al Makan (tempat) di sisi pakar bahasa ialah tempat yang terkandung padanya sesuatu.( Kitab al Mufradat fi Ghorib al Quran)

2-Sheikh Kamaluddin al Bayadhi al Hanafi:

اَلْمَكَان هو الفراغ الذي يشغله الجسم

Maknanya: Al Makan (tempat) adalah ruang kosong yang dipenuhi oleh jisim.( Kitab Isyaratul Maram, m/s:197)

3-Al Hafiz al Lughawi Murtadha al Zabidi al Hanafi:

اَلْمَكَان هُوَاَلْمَوْضِعُ اَلْحَاوِى لِلشَّيْء

Maknanya: Al Makan adalah tempat letak bagi sesuatu(Kitab Taajul Arus,m/s:348)

Manakala di antara para ulamak yang mendifinasikan ‘arah’ adalah Imam Al Lughawi Ibnu Manzur:

والجهة والوجهة جميعا: الموضع الذي تتوجه إليه وتقصده

Maknannya: Dan arah (jihah) dan wijhah semuanya adalah tempat yang kamu menghala dan bermaksud kepadanya.( Kitab Lisan al Arab, m/s:1620)

Maka jelas di sini makna-makna tempat dan arah, dan ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad dan para sahabat baginda mempercayai bahawa Allah Taala ada tanpa tempat dan arah seperti di atas arasy atau di langit. Kemudian makna ‘tempat’ dan ‘arah’ mesti dilihat dari sudut bahasa arab kerana al Quran diturunkan dengan bahasa arab. Firman Allah yang berbunyi:

قُرآناً عَرَبِيّاً

Maknanya: Al Quran yang berbahasa arab (al Zumar 28)

Sesungguhnya Nabi kita lebih mengetahui bahasa arab dari orang lain. Maka terbatallah pegangan golongan al Musyabbihah al Mujasimah seperti Wahhabiah dewasa ini yang berpegang dengan zahir nas-nas al Quran dan hadis yang bersifat al Mutasyabihat yang secara zahirnya menunjukkan bahawa Allah Taala mempunyai tempat.


DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ALLAH ADA TANPA TEMPAT

1-Firman Allah Taala:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maknanya: “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(al Syura: 11)

2-Firman-Nya:

فَأَيْنَمَا تُوَلُّواْ فَثَمَّ وَجْهُ اللّهِ

Imam al Mufassir Abu Hayyan al Andalusi ketika menafsirkan ayat ini berkata: Ayat ini menolak mereka yang mengatakan bahawa Allah berada pada tempat dan arah(Kitab Al bahrul Muhit)

3-Sabda Rasulullah:

كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ

Maknanya: Sesungguhnya Allah sediakala (ada-Nya tanpa permulaan), kewujudan-Nya tanpa ada sesuatu pun di samping-Nya.(H.R al Bukhari)

Sabdanya lagi:

اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ

Maknanya: Ya Allah! Engkau yang tiada permulaan maka tiada sesuatu sebelum-Mu, dan Engkau adalah Yang tiada pengakhiran maka tiada sesuatu selepas-Mu, dan Engkau al Zahir maka tiada sesuatu di atas-Mu, dan Engkau al Batin maka tiada sesuatu di bawah-Mu(H.R Muslim)

Imam al Baihaqi dalam kitabnya al Asma Wassifat mengatakan bahawa para sahabat kami menafikan tempat bagi Allah berdasarkan hadis ini.

4-Imam Saidina Ali berkata:

كان الله ولا مكان وهو الأن عليه كان

Maknanya: Allah ada pada azal(adanya tampa permulaan) dan ketika itu belum ada tempat dan dia sekarang(setelah mencipta tempat) seperti biasa ada tanpa tempat. (Dinukilkan oleh Imam Abu Mansur al Baghdadi dalam kitabnya al Farq Bainal Firaq, m/s:333)

5-Imam Abu al Hasan al Asyari:

كَانَ اللهُ وَلاَ مَكَان فَخَلَقَ الْعَرْشَ وَالْكُرْسِيَّ وَلَمْ يَحْتَجَّ إِلَى مَكَانٍ وَهُوَ بَعْدَ خَلْقِ الْمَكَانِ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ

Maknanya: Allah sedia ada dan tidak ada tempat, Dia mencipta arasy dan kursi dan tidak berhajat pada tempat, dan selepas Dia mencipta tempat Dia tetatp seperti sebelum terciptanya tempat. (Diriwayatkan dalam kitab Tabyin Kazibil Muftari,m/s:150. Karangan Imam Ibnu Asakir)

6-Imam Abu Mansur al Maturidi berkata:

إِنّ اللهَ سُبْحَانَه كَانَ وَلاَ مَكَان

Maknanya: Sesungguhnya Allah subhanahu wataal ada tanpa tempat (Kitab al Tauhid, m/s:69, karangan Imam al Maturidi)



7-Imam al Mujtahid Abu Hanifah al Nukman berkata:

ولقاء الله تعالى لأهل الجنة بلا كيف ولا تشبيه رلا جهة حق

Maknanya: Dan Pertemuan Allah Taala dengan Ahli syurga kelak tanpa bentuk, penyamaan dan tanpa arah adalah benar.( Kitab beliau al Wasiyyah,m/s:4. Dan nukilan dari Mula Ali al Qori dalam syarah Feqh al Akbar, m/s:138)

8-Imam Syafei berkata:

إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لايجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته

Maknanya: Sesungguhnya Allah Taala ada sebelum terciptanya tempat, dan selepas dicipta tempat maka Dia tetap bersifat azali(ada tanpa tempat) sepertimana sebelum Dia mencipta tempat, tidak harus berlaku pada-Nya perubahan pada zat dan sifat-sifat-Nya.( Diriwayatkan dalam kitab Ithaf al Sadatil Muttaqin, jilid 2 m/s:24.)


9- Imam al Tohawi:

تعالى (يعنىالله) عن الحدود والغايات و الأركان و الأعضاء و الأدوا ت لا تحويه الجهات ا لست كسا ئر المبتدعات

Maknanya: Maha suci Allah dari batasan-batasan (bentuk kecil mahupun besar, jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sisi-sisi, anggota-anggota badan mahupun yang besar ataupun yang kecil. Dia tidak diliputi oleh satu arah penjuru sama ada enam arah penjuru (atas,bawah,kiri,kanan,depan dan belakang) tidak seperti makhluknya yang diliputi oleh enam arah penjuru tersebut".

10-Imam Ibnu al Jauzi al Hanbali:

الواجب علينا أن نعتقد أن ذات الله تعالى لايحويه مكان ولا يوصف بالتغيير والانتقال

Maknanya: Perkara yang wajib ke atas kita ialah mempercayai bahawa zat Allah tidak diliputi oleh tempat dan tidak disifatkan dengan berubah dan berpindah.( Kitab Dafu Syubahittasybih, m/s: 58.)



11-Imam Ahmad al Rifaei al Kabir(pengasas tarekat al Rifaeyyah) dalam kitabnya yang berjudul al Burhan al Muayyad:

"غايةُ المعرفةِ باللهِ الإيقانُ بوجودِهِ تعالى بلا كيفٍ ولا مكانٍ

Maknanya: Kemuncak mengenal Allah ialah yakin kewujuan-Nya Taala tanpa bentuk dan berada di tempat.

12-Sheikh Imam al Ghazali:

تَعَالَى عَنْ يَحوِيْه مَكَان

Maknanya: Maha Suci Allah dari diliputi oleh tempat (Ihyak Ulmiddin, jilid 1, m/s:108, tajuk: Qawaeid al Aqoeid)


Dari kalangan ulamak yang terkenal dengan berketurunan Nabi (Said/Habib):

Imam Syekh Abdullah BA' Alawi al Haddad (wafat1132 H) pada bahagian akhir dalam kitabnya al Nas’eh al Diniah yang menjelaskan bahawa akidah yang bermanfaat menurut jalan golongan yang selamat iaitu golongan Ahli Sunnah Wal Jama'ah,:

وأنه تعالى مقدس عن الزمان و المكان و عن مشابهة الأكوان و لاتحيط

به الجهات

Maknanya:"Sesungguhnya Dia (Allah) yang maha suci dari zaman, tempat dan maha suci dari menyerupai akwan (sifat berkumpul ,berpisah ,bergerak dan diam) dan tidak diliputi oleh satu arah penjuru maupun semua arah penjuru."


Manakala dari kalangan ulamak nusantara

1-Syeikh Daud bin Abdullah al Fattani telah berkata:

Dan tiada Allah itu pada tempat.

Dan beliau berkata lagi: Dan barangsiapa menghinggakan zat Allah Taala pada tempat maka tiada syak ia kufurnya seperti katanya Allah Taala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.( Kitab al Jawahir al Saniyah, halaman 6)



2-Syeikh Abd al Samad al Palembangi telah berkata:

Maha suci Allah daripada berpindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat.( Kitabnya Hidayah al Salikin, hlm 17)

Dan dalam kitabnya yang lain berkata:

Maha suci daripada bersentuh dengan arasy dan maha suci Ia daripada tetap atasnya, maha suci daripada bertempat di dalamnya dan maha suci daripada mengambil tempat.( Kitab Siyar al Salikin, bab al Awwal Fil Iktiqad, m/s:22)

3-Dalam kitab jawi yang berjudul Tuhfatu al Roghibin Fi Bayan Hakikati Iman al Mukminin, m/s: 13

Dan setengah mereka itu adalah iktiqadnya bahawa hak Allah Taala itu maujud pada tiap-tiap tempat atas wajah hilwan (hulul) dan itihad(bersatu dengan makhluk) maka iktiqad yang demikian itu kufur.

4- Sheikh Abd Al-Qadir bin Abd Al-Muttalib Al-Mandili, salah seorang ulama Melayu yang terkenal di Mekah dalam kitabnya Syarah Aqidah Thohawiyah yang berjudul ‘Perisai Bagi Sekelian Mukallaf’ menyebut: “Akan bahawasanya Allah Taala menjadikan Arasyh dan Kursi dan lain daripada keduanya tiada kerana berhajat Dia kepadanya”.( Syaikh Abd Al-Qadir bin Abd Al-Muttalib Al-Mandili: Perisai Bagi Sekelian Mukallaf, hlm. 90, Matba’ah Al-Anwar, Mesir, ed. 2, 1961)

DALIL IJMAK BAHAWA ALLAH ADA TANPA TEMPAT

1- Sheikh Abdul Qohir bin al Tamimi al Baghdadi telah menukilkan ijmak bahawa Maha suci Allah dari tempat:

وأجمعوا على أنه لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان

Makna: “Mereka (ahlus sunnah wal jamaah) telah bersepakat bahawa Dia (Allah) tidak bertempat”. ( Al-Farqu Baina Al-Firaq, hlm. 256)

2- Imam Abdul Malik al Juwaini berkata:

ومذهب أهل الحق قاطبة أن الله سبحانه و تعالى يتعالى عن التحييز والتخصص بالجهات

Maknanya: Dan pegangan Ahli al Haq semuannya ialah Allah Subhanahu Wataala Maha Suci dari bertempat dan arah-arah.( Kitab al Irsyad, m/s:58)



3- Al Muhaddas Sheikh Muhammad Arabi al Tabban:

إتفق العقلاء من أهل السنة الشافعية والحنفية والمالكية وفضلاء الحنابلة وغيرهم على أن الله تبارك وتعالى منزه عن الجهة والجسمية والحد والمكان ومشابهة مخلوقاته

Maknanya: Para cerdik pandai dari kalangan Ahli Sunnah yang bermazhab Syafei, Hanafi, al Maliki dan Hanbali serta selainnya bahawa Allah Tabaraka Wataala Maha Suci dari arah jisim, had, dan tempat serta tidak menyerupai sekalian makhluk-Nya.( Bara atul Asy Ariyyin, jilid 1, m/s:79.)


DALIL AKAL YANG MENJELASKAN BAHAWA ALLAH ADA TANPA TEMPAT

Sesungguhnya dalil akal adalah keperluan dalam syariat kita, kerana syariat itu datang tidak bertentangan dengan akal. Oleh itu al Hafiz al Kahtib al Baghdadi telah berkata:

اَلشَّرْع إِنَّمَا يَرِدُ بِمُجَوَّزَات الْعُقُوْلِ وَأَمَّا بِخِلاَفِ الْعُقُوْلِ فَلاَ

Maknanya: Syariat datang dengan perkara-perkara yang harus dari segi akal(tidak datang dengan perkara yang mustahi akal) dan apa yang bercanggahan dengannya maka tidak.( Kitab ak Faqeh Wal Mutafaqqeh,m/s:94)

Banyak para ulamak yang menjelaskan dalil akal bagi menafikan tempat bagi Allah seperti mengatakan bahawa setiap sesuatu yang mengambil tempat atau arah maka ia perlu kepada sesuatu yang lain untuk mengkhusukan baginya tempat tersebut, maka jika ia berada pada tempat maka sudah pasti dia akan tinggal padanya lalu berlaku padanya sifat bergerak, kerana keadaan tempat tidak lari dari sifat bergerak atau diam, dan setiap yang bersifat sedemikian maka ia baharu, dan yang baharu itu tidak layak menjadi tuhan. Antara mereka yang menjelaskan sedemikian ialah:

1-Sheikh Imam al Ghazali al Syafei al Asyari dalam kitabnya Ihyak Ulumiddin

2-AL Hafis Ibnu al Jauzi al Hanbali dalam kitabnya al Baz al Asyhab

4- Al Faqeh Ibn al Mualllim al Qurasyi al Dimasyqi dalam kitabnya Najmul Muhtadi Wa Rajmul Muktadi

5-Imam al Murtadha al Zabidi dalam kitabnya Ithaf sadatil Muttaqin dan lain-lain

Jadi penjelasan terhadap masyarakat bahawa ALLAH ADA TANPA TEMPAT adalah amat penting dan diutama dari yang lain, kerana ia berkaitan dengan asas agama iaitu akidah dan juga kerana sesiapa yang menyandarkan atau mengkhusukan bagi Allah tempat maka akidahnya terpesong dan tidak dikira sebagai seorang muslim yang sejati, dan dengan perkara ini golongan Al Musyabbiha al Miujassimah seperti Wahhabi sering mewartakan penafian mereka bahawa ALLAH ADA TANPA TEMPAT semata-mata ingin menyokong dan menyebar kesesatan mereka.Jadi di manakah kebenaran golongan sesat Wahhabi dan Hizbu Tahrir serta selain mereka di dalam menegak akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di atas muka bumi ini?

Dan kerana kebenaran pegangan Ahli sunnah Wal Jamaah yang di antaranya ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT seperti yang disebarkan oleh para ulamak Islam, antara mereka ialah al Muhaddis al Marhum Sheikh Abdullah al Harari al Habasyi. Beliau seorang ulamak yang hebat dan ditakuti oleh golongan Wahhabi dan juga golongan lain yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Salah seorang ulamak Pondok di malaysia iaitu Tuan guru Haji Hasyim Pasir Tumbuh pernah memuji beliau, lihatlah kenyataannya di dalam bahasa arab. Wallahu aalam.



Al Marhum Al Muhaddis Sheikh Abdullah al Harari al Habasyi



Tuan Guru Haji Hasyim Pondok Pasir Tumbuh Kelantan


Terjemahannya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Segala puji bagi Tuhan, Pengurus sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi yang terpilih, sayyididuna Muhammad dan ke atas ahli keluarganya, serta para sahabat baginda seluruhnya..

Adapun,

Maka sesungguhnya saya telah membaca dan meneliti kitab-kitab yang dikarang oleh Al-Muhaddits Al-Syeikh Abdullah Al-Harary Al-Habasyi yang amat dihormati- semoga Allah menjaganya- terutamanya pada bab membicarakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah dan selainnya seperti apa yang terdapat pada kitab “ Almaqoolat As-sunniyyah”, “kitab syarah shirot Mustaqim”, “dan Bughyah Thalib.”

Dan sesungguhnya apa yang mengembirakan saya bila menatap apa yang terdapat di dalam kitab-kitab al-Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary ) tentang permasalahan yang berkaitan dengan kumpulan sesat al-wahhabiyah, golongan Mujassimah, dan golongan yang melakukan perkara-perkara bid’aah dalam agama. Semenjak kami mempelajari ilmu daripada Syeikh Al-Muhaddits Muhammad Yassin Bin ‘Isa Al-Padany Al-Makky dan selainnya, sesungguhnya kami memerangi ideology-ideologi pemikiran sesat, dan kami sekarang ini dalam langkah membantah dengan keras permasalahan golongan Al-Wahhabiyah secara terang-terangan di khalayak ramai bertujuan untuk menyebarkan kebenaran yang amat nyata yang merupakan agama Tuhan Yang memiliki sekalian alam.

Dan semoga Allah senantiasa memberi taufiq kepada kami di atas apa yang di kasihiNya dan yang di redhaiNya, dan semoga Allah mematikan kami dengan kesudahan yang baik .

...........................

Ketua ribat Al-madrasah Ad-diniyah Al-Bakriyah di Kelantan,
Pondok Pasir Tumbuh Malaysia,


Haji Hasyim Bin Haji Abu Bakar.

DISEDIKAN DAN DITULIS OLEH: USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM HJ MOHD ALWI

O199181278

http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/2009/05/wahabi-di-kelantan-dan-di-seluruh.html