Rabu, 8 April 2009

AKIDAH SALAFIYYAH AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH- (Adakah Wahhabiah dan Hizbu Tahrir dari kalangan mereka?)



Ditulis dan disediakan oleh: Ustaz Ahmad faidzurrahim Hj Mohd Alwi
http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/2009/04/akidah-salafiyyah-akidah-ahli-sunnah.html

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Ahli Sunnah bererti mereka yang berpegang dengan apa yang dipegangi oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Manakala Al Jamaah bermaksud jamaah muslimin yakni mejoriti umat Islam yang bermula dari zaman Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam hingga ke zaman ini. Semuannya berpegang dengan tauhid dalam mengesakan Allah, yakni tidak menyamakan Allah dengan setiap makhluk. Mereka mengisbatkan bagi Allah sifat-sifat yang menunjukkan kesempurnaan-Nya serta layak bagi-Nya seperti yang dinyatakan oleh para ulamak, sifat tersebut dikenali dengan sifat 13 iaitu:

الوجود والقدم والبقاء والمخالفة للحوادث والوحدانية والقدرة والإرادة والسمع والبصر والكلام والقيام بالنفس

Semua sifat-sifat ini telah diketahui dan diyakini oleh semua umat Islam bermula dari generasi para sahabat dan generasi terkemudian sehingga ke dewasa ini.

Di zaman pemerintahan khalifah Al Abbasi ada seorang hamba Allah yang amat terkenal dengan kealimannya, baik, solih, bertaqwa dan berani. Beliau digelar dengan sultan Solahuddin al Ayyubi. Beliau telah menghafal al Quran dan alim dalam ilmu feqah sehingga beliau berjaya menghafal salah satu kitab fekah mazhab Syafie yang masyhur iaitu kitab al Tanbih, begitu juga beliau berjaya menghafal kitab al Hamasah. Beliau selalu menghadiri majlis-majlis ilmu hadis yang menggunakan kaedah cara ulamak-ulamak terdahulu. Beliau juga sentiasa menjaga dan mengambil berat terhadap pengajian ilmu akidah. Di zaman beliau ada seorang ulamak yang bernama Muhammad bin Hibatillah al Barmaki. Orang alim ini telah mengarang satu kitab yang isi kandungnya berbentuk syair yang menjelaskan manhaj dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Maha Suci Allah dari tempat, anggota, arah, mengisbatkan sifat kalam bagi Allah yang mana kalam-Nya bukan dengan huruf, suara dan bahasa. Imam Hibatullah al Barmaki ini telah menunjukkan kitabnya itu kepada Sultan Solahudin al Ayubi lalu Sultan Solahudin amat kagum dengan kitab tersebut sehingga beliau telah mengeluarkan arahan supaya isi kandung kitab tersebut menjadi sukatan pembelajaran bagi kanak-kanak yang belum baligh (Sibyan) dan juga pada sekolah-sekolah lama (al Kuttab) dalam pembalajaran ilmu akidah. Beliau juga mengeluarkan arahan agar syair akidah tersebut dibaca di atas mimbar-mimbar masjid sebelum azan solat subuh kerana zaman dahulu sudah menjadi kebiasaan umat Islam bangun sebelum fajar dan berqiamulail sehingga mereka menunggu ketibaan waktu subuh.

Di antara isi kandung buku tersebut yang menjelaskan akidah Islam ialah:

وصانـع العالـم لا يحـويـه ,,, قطر تعالى الله عـن تشبيـه
قد كـان موجـودا ولا مكانـا ,,, وحكمه الآن علـى مـا كانـا
سبحانـه جـل عـن المكـان ,,,, وعـزّ عـن تغيـر الزمـان

Maknanya: Yang Pencipta(Allah) alam tidak diliputi oleh arah dan tempat, maha suci Allah dari peneyerupaan, Allah itu ada abadi dan tidak ada tempat bagi-Nya, dan keputusan bahawa keberadaan-Nya sekarang sebagaimana Dia dahulu iaitu tanpa tempat, Maha Suci Allah dari tempat dan zaman.

Kisah ini diriwayatkan oleh Imam al Suyuti dalam kitabnya AlWasaeil ila Musamaratil Awaeil.

Sesungguhnya syair ini menunjukkan bahawa Allah Subhanahu Wataala yang mencipta alam ini tidak akan berubah-ubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain kerana Dia tidak sekali-kali menyamai makhluk. Firman-Nya yang berbunyi:

ليس كمثله شئ وهو السميع البصير

Maknanya: Tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dia Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat (al Syura: 11)

Dan pegangan ini juga selari dengan sabda baginda Nabi Muhammad:

كان الله ولم يكن شئ غيره

Maknanya: “Sesungguhnya Allah sediakala (ada-Nya tanpa pemulaan), kewujudan-Nya tanpa ada sesuatu pun di samping-Nya”. (Hadis riwayat al Bukhari, al Baihaqi dan Ibnu Jarud)

Ini menjadi bukti bahawa Allah adalah wujud tanpa tempat dan arah, dan akidah ini sangat berbeza dengan ajaran songsang golongan al Musyabbiha moden iaitu Wahhabiah

Maka pegangan Ahli Sunnah adalah pegangan jumhur umah (mejoriti umat Islam) dalam beriman dengan enam perkara seperti yang dikhabarkan oleh junjungan besar Nabi Muhamad:

الإيمان أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره

Maknanya: Iman adalah beriman dengan Allah, para malaikat, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan beriman dengan qadar baik dan buruknya.(Hadis riwayat Imam Muslim)

Jadi sesiapa yang tidak beriman dengan enam-enam perkara ini maka dia tidak dikira sebagai muslim. Ini juga bercanggah dengan ajaran songsang Hizbu Tahrir yang tidak beriman dengan qadar Allah.





Sesungguhnya sebaik-baik generasi umat Islam adalah mereka yang hidup di kurun yang ketiga, dan ini telah dikhabarkan oleh Nabi kita Muhammad Sallahu alaihi wasallam:

خير الناس قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

Maknanya: Sebaik-baik manusia ialah manusia yang berada pada kurunku, kemudian kurun yang sesudah mereka, kemudian kurun yang sesudah mereka. (Disahkan hadis ini oleh Imam al Bukhari, Muslim, Ahmad al Baihaqi dan Ibnu Majah)

Al Qurun pada hadis tersebut bermaksud seratus tahun seperti yang dinyatakan oleh al Hafiz Abu al Qosim Ibnu Asakir dan juga selainnya. Generasi ini juga yang dimaksudkan oleh sabda baginda, iaitu:

:"أوصيكم بأصحابي ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

Maknanya: Aku berpesan kepada kamu supaya mengikut pegangan para sahabatku, kemudian generasi sesudah mereka, kemudian generasi sesudah mereka.

Sehinggalah baginda bersabda:

عليكم بالجماعة وإياكم والفرقة فإن الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين أبعد، فمن أراد بُحبُوحة الجنة فليلزم الجماعةَ

Maknanya: Hendaklah kamu semua berpegang dengan jamaah dan jangan sekali-kali berpecah belah, sesungguhnya syaitan itu bersama yang seseorang dan dia akan menjauhi orang yang berdua, barangsiapa yang inginkan kelapangan di syurga maka mestilah dia melazimi jamaah. (Hadis ini disahkan oleh Imam al Hakim, dan dihukum oleh Imam Tirmizi sebagai hasan sahih.

Dan generasi ini juga yang dimaksudkan oleh Nabi kita Muhammad:

وإن هذه الملة ستفترق على ثلاث وسبعين، ثنتان وسبعون في النار وواحدة في الجنة وهي الجماعة".

Maknanya: Sesungguhnya dalam agama ini akan berpecah kepada 73 golongan, 72 darinya akan masuk neraka dan satu darinya akan masuk syurga iaitu al Jamaah

Kalimah Al Jamaah yang dimaksudakan dalam hadis tersebut ialah al Sawad al A’zom iaitu mejoriti umat Islam, bukanlah makna al Jamaah tersebut adalah solat jamaah seperti tanggapan sebahagian orang awam yang jahil dan juga mereka yang mendakwa sebagai ulamak tetapi pada hakikatnya mereka bukanlah ulamak yang sebenar.

Selepas 220 tahun H telah muncul dan tersebar ajaran-ajaran sesat lagi kufur seperti ajaran yang dibawa oleh Muktazilah dan selainnya, lalu telah bangkit dua orang ulamak yang hebat membenteras ajaran tersebut. Dua ulamak tersebut adalah Imam Abu hasan al Asyari dan Abu Mansur al Maturidi. Mereka berdua telah menjelaskan ajaran sebenar Ahli Sunnah yang mana iannya adalah pegangan para sahabat. Mereka berdua menggunakan hujah al Quran dan hadis serta hujah akal bagi menentang golongan Muktazilah misalannya. Golongan Muktazilah ini pula j berpecah kepada 20 golongan, lalu kedua ulamak tersebut menentang setiap golongan tersebut. Maka umat Islam menyandarkan kedua-dua ulamak tersebut kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, kerana itulah jika disebut Ahli Sunnah Wal Jamaah maka yang dimaksudkan dengan mereka adalah al Asyariyyun (para pengikut Imam Abu Hasan al Asyari), dan al Maturidiyyun (para pengikut Imam Abu Mansur al Maturidi), seperti yang disebut oleh Imam al Hafiz Al Zabidi dalam kitabnya Ithaf Sadatil Muttaqin. Generasi yang dimaksudkan di sini ialah ahlu Salaf atau Salafiyah atau Salafiyyun.

Kita Umat Islam wajib dan mesti menjaga dan mengambil berat dengan pembelajaran ilmu agama yang dibawa oleh golongan yang terselamat ini iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan ilmu yang paling tinggi dan mulia sekali kedudukannya ialah ilmu akidah/tauhid/usuluddin kerana ianya menjelaskan asas-asas agama. Ilmu ini juga dinamakan oleh Imam Abu Hanifah dengan ilmu al Fikah al Akbar. Alangkah beruntungnya mereka yang menekan dan menyebukkan diri mereka dengan ilmu tauhid ini, bukan seperti golongan songsang Hizbu Tahrir yang hanya menyebukkan diri mereka dengan kebangkitan khalifah sahaja sehingga begitu jahil dengan ilmu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini disebabkan ketidaksibukan mereka padanya.

Walhamdulillahi Robbil Alamin

Disediakan oleh Tuan Blog

http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/2009/04/akidah-salafiyyah-akidah-ahli-sunnah.html

5 ulasan:

  1. bismillah..jdi nye asy-irah n matrudiyyah ke alhu sunnah wal-jamaah tu...

    bgaimane ngn aliran salafi di madinah n mekah..mereka golongn mne??

    BalasPadam
  2. ustaz bleh tolong jawab dua soalan atheis di bawah?

    Soalan pertama, bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya dan Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi.

    Soalan kedua, bolehkah Allah menciptakan makhluk yang lebih hebat, kuat dan lebih berkuasa dari diri-Nya jika benar tuhan itu Maha Pencipta?

    BalasPadam
  3. salam. tuan punya blog nama apa? tq. nabilahani.

    BalasPadam
  4. salam..

    bagus dan mulia jika niat encik tuan blog ni utk memberi kesedaran, tp rasanya sudah2lah menanam kebencian antara satu sama lain.. kite same2 melayu dan islam..

    apa salah tegur baik2, bukan maki hamun.. mane ada org sempurna dlm dunia ni?? xkira siapa, ulama mane pun, taqwa macam manepun, ttp boleh dipertikaikan kecuali rasullullah yg maksum..

    bagus niat nk membetulkn, tp itulah, hrp boleh berbudi bahasa.. kalo salah, tunjukkan dgn baik.. perjuangkn kebenaran dgn fakta dan hujah wahai saudara, bukan emosi dan benci.

    maaflah kalo kecik hati.. cuma rase letih sgt dgn suma ni.. suma pihak menyalahkn satu sama lain.. sape yg betul sbnrnya? suma mengaku alquran dan sunnah, hatta syiah yg sesat tu pun kata ikut alquran dan sunnah, tp pengamalan masing2 berbeza.. politik kt malaysia ni pun same, asyik bergaduh je sesama melayu islam.. org kafir tu tepuk tgn je tgk.. entah siapa yg boleh percaya lg...

    Yg penting kite kene beramal dengan ilmu, bkn ikut-ikutan dan emosi.. kalau macam ni cara encik tuan blog berdakwah, mintak maaflah cakap, encik tidak professional...

    saya tidak pro mana2 pihak, tp apabila dibuat perbandingan antara blog saudara ni dgn website wahabi tuu, saya kira mereka lebih professional dengan menyatakan secara lengkap dan detail ttg sesuatu hujah meliputi hadis dgn sanad yg lengkap serta huraian yg jelas dari ulama hadis yg muktabar.. xtaulah benar atau tidak, tp CARA mereka lebih berilmiah dan bertamadun...

    Tu jela.. maaf la lebih2 plak, cuma saya pencinta kedamaian.. asyik bergaduh je sesama islam, melayu... letih la beb.. so, maaflah kalo sakitkan hati ke apa.. saja je bg pandangan...

    assalamualaikum..

    BalasPadam
  5. salam alaik..
    betul ape yg amal kata tu.
    kite sesama umat islam.
    ape kite ni dah cukup sempurna ke sampai nak kutuk2 orang.
    kite tak tau camane kesudahan kite nanti.
    kalau nak tegur, gunalah cara yang berhikmah.
    saya pun dah baca blog mereka "yg dikatakan wahabi".
    tetapi hujah mereka qat'ie.
    tak ada emosi dalam perbahasan.
    yang ada hanyalah fakta yang jelas.
    jadi, sama-sama kita mengamalkan cara hidup islam dengan jelas.
    tak guna kutuk-kutuk ni.
    ambil yang benar, tinggalkan yang salah.

    BalasPadam