Rabu, 1 April 2009

AHLAN WASAHLAN ILA KHAZANAH SALAFIYYAH




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat datang saya ucapkan kepada semua yang sudi menziarahi blog saya ini. Alhamdulillah, akhirnya selepas mendapat sokongan dari sahabat-sahabat saya dan juga saranan dari beberapa pihak atasan supaya saya membuat satu blog bagi menjelaskan perkara-pekara yang berkaitan dengan ugama terutamanya yang berkaitan dengan akidah Umat Islam yang berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal jamaah serta ancaman-ancamannya seperti kemunculan golongan-golongan sesat yang bertopengkan dengan nama Islam.
Dewasa ini, kejahilan yang melanda terhadap umat Islam adalah disebabkan diri mereka sendiri. Ketika saat inilah musuh-musuh Allah dari kalangan orang kafir mengambil kesempatan untuk merosakan umat Islam, lalu diadakan oleh mereka golongan-golongan yang bertopengkan Islam yang menyebar ajaran-ajaran songsang yang bercanggah dengan ajaran islam, maka muncullah ajaran yang mengatakan Allah berada di arah atas samada di langit atau di arasy, Allah beranggota seperti ada tangan, mata, telinga,kaki dan lain-lain, mengkafirkan orang yang bertawasul, melarangan ziarah kubur muslim, mengharamkan sambutan maulid dan banyak lagi, mereka ini melebelkan diri mereka sebagai salafi, hanya mengikut al Quran dan hadis, tidak perlu bermazhab, dan lain-lain, mereka suka menyamakan Allah dengan mahkluk, berpegang dengan akidah golongan al Musyabbihah, inilah mereka yang dikenali dengan nama Wahhabi (Insya Allah golongan ini akan didedahkan ajaran-ajarannya nanti dalam blog ini). Begitu juga kemunculan golongan sesat yang mendakwa berketurunan Saidina Ali, pecinta ahlil bait, beramal dengan nikah mut'ah, memukul badan dan melukannya dengan pisau atau besi pada sepuluh Muharam, mereka ini dikenali dengan Syiah. Dan juga kemunculan al qodyaniah yang mendakwa sebagai nabi. Begitu juga satu golongan lain yang muncul ,kononnya ingin mendirikan khalifah, untuk menyelesaikan masalah umat Islam hanya mesti ada khalifah dan khalifah itu mesti dari golongan mereka, ajaran-ajaran mereka yang songsang seperti berpegang dengan akidah muktazilah dalam masalah af al Ibad, mengharuskan berjabat tangan lelaki dengan perempuan ajnabiah dan banyak lagi. Mereka ini dikenali dengan HIZBU TAHRIR(Insya Allah akan dijelaskan nanti). Dan begitulah seterusnya golongan-golongan sesat yang lain tetapi menggunakan nama Islam, al Quran dan hadis semata-mata untuk menyebarkan ajaran songsang mereka. Insya Allah khazanah-salafiyyah ini akan memenuhkan segala maklumat islamik bagi menyebarkan ajaran Islam dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar, menjaga kemurnian akidah Islam dan menangkis segalan ajaran serta kekufuran yang bertopengkan dengan nama Islam. Doa dari setiap yang membaca blog saya ini sangat saya harap-harapkan bagi menjayakan mesej ini yang berpandukan dengan al Kitab dan al Sunnah. Ini semua dilakukan untuk menyambung perjuangan Nabi kita serta mengidupkan manhaj nabawiah dan menghapuskan manhaj syaitoniah. Selamat datang dan membaca, ikhlaslah ketika mengkaji dan menteliti, anda pasti akan mendapat natijahnya yang terbaik.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Ditulis oleh tuan blog: Ahmad faidzurrahim Hj Mohd Alwi

Tel: 0199181278
http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/2009/04/ingatlah-bahawa-kita-adalah-seorang.html
.

6 ulasan:

  1. Salam ukhwah.

    Ana amat tertarik dengan penrkongsian blog ust yg mnceritakan ancaman akidah umat Islam kini.
    Syukron krn sudi berkongsi.
    Bagi ana yg teramatlah sagat cetek ilmu pengetahuannya,perkongsian ust banyak mmbantu ana.
    Teruskan penulisan ust dmi kebaikan ummah!

    BalasPadam
  2. ya akhi salam sejahtera untuk anta, em ana nih nak tahulah apa dalilnya anta hujahkan ht sesat. first site ana lihat anta mcm xnak islam bangkit. second site ana nak tahu anta nih muslim ker bukan dan ketiga ana nak tanya anta erm anta nih betul ker pembawa islam?? kalau bawa islam kenapa ht saja yang ditentang?? bukankah musuh slafy syiah bukan ht. dan ke last kot anta bekerja untuk siapa???

    erm bukan apa ana nak komfirm kalau benar ht sesat kemukakan dalilnya yang qatie tentang penyelewengan ht??? atau anta hanya seorang yang sama seperti orang lain iaitu aqidah copy paste? x tahu pun berkenaan dalil. walhal dalam islam setiap amal perbuatan mestilah punya keterikatan dengan hukum syara'.

    erm n suka ana nak nyatakan disini ana nih hanya pencari kebenaran. bukan baqa' yang tinggi dan ana pun bukanlah aktivis ht. cuma di sini ana nak penjelasan yang lebih tepat dan jelas?

    mana lah tahu anta boleh bantu ana jelaskan satu-satu segala perincian tentang islam yang kaffah.

    dan mungkin kite boleh berkongsi. koz kebenaran itukan datangnya dari Allah.

    erm n pastikan dalil2 anta sesuai dengan dalil2 imam syafie imam hanafi imam maliki imam hanbal imam mawardi ibnu hisyam ibnu ishak ibnu kathir ibnu thabari k.

    koz setahu ana mereka nih tergolong dalam golongan mufassirin, fuqaha, muhadithin.
    betul x?
    k
    g pun ana senagn paham sikit nanti.

    k

    salam perkenalan salam perjuangan

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum

    Selamat menceburkan diri dalam dunia blog.

    Saya cuma mahu menegur satu perkara. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi dari pembacaan2, salafi dan wahabi ini ialah orang-orang yang membawa gerakan pembaharuan dalam Islam. Mereka berpegang hanya kepada Al-Quran dan AS-Sunnah serta pandangan para ulama' dan mereka sangat berpegang teguh kepada prinsip2 asas dalam Islam serta menolak sebarang perkara yang diada-adakan dalam ugama. Mereka adalah Ahlussunnah Wal Jamaah. Pada hemat saya sendiri, mereka adalah golongan yang benar. Dan saya menyokong perjuangan mereka, malah saya sendiri salah seorang dari mereka. Jadi adalah mustahil mereka ini beranggapan bahawa Allah itu sama dengan makhluk. Saya sendiri pernah membaca tulisan mereka yang menerangkan sifat2 sebenar Allah. Mereka orang2 yang berpegang teguh dengan prinsip asas Islam(fundamentalis).

    Harap anda dapat mengkaji semula mengenai perkara ini dan dapat menyebarkannya melalui blog ini.

    Sekadar teguran buat anda. Maaf jika terkasar atau jika anda tersinggung. Inni akhafullah.

    Selamat menulis.

    " buah cempedak di luar pagar
    ambil galah tolong jolokkan
    saya budak baru belajar
    kalau salah tolong tunjukkan"

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum

    Selamat menceburkan diri dalam dunia blog.

    Saya cuma mahu menegur satu perkara. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi dari pembacaan2, salafi dan wahabi ini ialah orang-orang yang membawa gerakan pembaharuan dalam Islam. Mereka berpegang hanya kepada Al-Quran dan AS-Sunnah serta pandangan para ulama' dan mereka sangat berpegang teguh kepada prinsip2 asas dalam Islam serta menolak sebarang perkara yang diada-adakan dalam ugama. Mereka adalah Ahlussunnah Wal Jamaah. Pada hemat saya sendiri, mereka adalah golongan yang benar. Dan saya menyokong perjuangan mereka, malah saya sendiri salah seorang dari mereka. Jadi adalah mustahil mereka ini beranggapan bahawa Allah itu sama dengan makhluk. Saya sendiri pernah membaca tulisan mereka yang menerangkan sifat2 sebenar Allah. Mereka orang2 yang berpegang teguh dengan prinsip asas Islam(fundamentalis).

    Harap anda dapat mengkaji semula mengenai perkara ini dan dapat menyebarkannya melalui blog ini.

    Sekadar teguran buat anda. Maaf jika terkasar atau jika anda tersinggung. Inni akhafullah.

    Selamat menulis.

    " buah cempedak di luar pagar
    ambil galah tolong jolokkan
    saya budak baru belajar
    kalau salah tolong tunjukkan"

    BalasPadam
  5. Salam.

    Saya ni ustazah tua mengajar anak bangsa tentang Ahlu Sunnah Wal Jamaah di sebuah sekolah 'pondok' di Malaysia. Saya bukan mahu komen cuma mahu kongsi pertambahan ilmu kalau ada kerana tajuk ini budak saya ambil untuk SPM...prinsip2 ahl sunnah wal jamaah cukup teguh. Jadi, marilah kita sama-sama mengikut jalan yang diredai Allah.

    BalasPadam