1- Penulis, Saudara Ahmad Faidzurrahim: 0199181278, Email: fa_him@hotmail.com
2- Saudara Abdul Hadi, Kuala Lumpur: 0139651569
3- Saudara Asri, UIA Gombak: 0199767542
4- Saudara Hanis, UPM Serdang: 0197658242
5- Saudara Hanif, Pekan Pahang:0193811979
6- Saudara Faizul, Kuala Pilah Negeri sembilan: 0176147514
7- Saudara Saufi, UIA Kuantan Pahang: 0136280251
8- Saudara Yusuf, KIPSAS, Pahang: 0133907839
9- Pembekal Buku Islamik, Wangsa Maju: 0341496090
10- Saudara Jailani, UM, : 0136293917
11- Pesta Buku Negeri Selangor, di KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM SELANGOR DE, tarikh: 24 Julai 2009 hingga 3 Ogos 2009, masa: 10 pagi hingga 9 malam, gerai nombor: C25 nama MUTIARA, boleh hubungi saudara Humaidi: 0196054234
Cepat jangan lepaskan peluang ini, bahan bacaan ilmiah bermanhajkan Ahli Sunnah Wal Jamaah
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maknanya: Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari masjid haram ke masjid aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat _Surah israk, ayat:1)
Terdapat dalil yang jelas daripada al-quran dan hadis yang sahih tentang mukjizat al-Israk, maka wajib kita beriman bahawa Allah Taala memperjalankan Nabi Muhammad pada waktu sepertiga malam dari Makkah ke Palestin.
Al-Mikraj adalah sebuah perjalanan yang dimulakan dari Masjid Al-Aqsa hingga ke langit yang ke-tujuh dengan menaiki tangga yang diperbuat daripada emas dan perak.
BERAPA PERKARA ANEH YANG DISAKSIKAN OLEH RASULULLAH KETIKA ISRAK:
1-Dunia dalam bentuk seorang wanita tua.
2-Iblis laknatullahialaihi.
3-Mashitah tukang sikat rambut anak perempuan firaun.
4-Para mujahid di jalan Allah.
5-Penyebar fitnah.
6-Orang yang meninggalkan solat.
BEBERAPA KEAJAIBAN YANG DILIHAT OLEH BAGINDA KETIKA AL MIKRAJ:
1-Penjaga neraka.
2-Albaitul Makmur.
3-Sidratulmuntaha
.4-Syurga.
5-Al arasy.
Berkaitan dengan arasy, saidina Ali telah berkata:
‘sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta arasy demi menzahirkan kekuasaanNya dan bukan menjadikannya sebagai tempat untuk zatNya (diriwayatkan oleh Abu Mansur Al-Baghdad).Maka telah kafir orang yang beriktiqatd bahawa Allah duduk atau bersemayam di atas arasy kerana Maha Suci Allah yang tidak menyerupai sesuatu pun bahkan kewujudanNya tanpa memerlukan tempat.
Alangkah buruknya tohmahan yang dilemparkan oleh Wahhabiah yang mendakwa Allah Ta’ala duduk atau bersemayam di atas arasy tetapi duduk atau bersemayamNya bukan seperti kita.Dimanakah letaknya akal mereka?Bagaimanakah Allah Ta’ala duduk di atas sesuatu yang telah diciptakanNya?Bukankah sifat ‘duduk’ atau ‘bersemayam’ adalah salah satu daripada sifat makhluk,dan semestinya yang duduk berhajat kepada tempat untuk didudukinya.Kesimpulannya di sini mustahil bagi Allah Ta’ala menyerupai makhluknya.
Firman Allah Ta’ala:
‘Tidak ada sesuatupun yang menyerupainya’.Telah berkata Imam Tohawi ‘sesiapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu sifat daripada sifat-sifat manusia maka dia telah kufur (kafir).
Perkara yang paling mashur dalam peristiwa Israk dan Mikraj ialah difardhukan solat lima waktu.Dalam peristiwa ini, menjadi dalil bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa para nabi dan wali boleh berinteraksi dan memberi syafaat selepas kewafatan mereka.
Nabi Musa alaihissalam sudah lama wafat sebelum kelahiran Nabi Muhammad,tetapi Nabi Musa boleh berinteraksi dengan orang yang masih hidup walaupun dia sudah wafat sekian lama. Hal ini menunjukkan bahawa orang yang telah mati di dalam agama Islam boleh memberi manfaat kepada orang yang masih hidup.Bukankah Nabi Musa telah memberi manfaat kepada umat Muhammad?Oleh sebab inilah ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah berpendapat bahawa harus dan tidak syirik orang yang bertawassul samaada bertawassul dengan orang yang telah hidup ataupun orang yang telah mati.Bukankah nabi kita sendiri yang telah mengajar sahabatnya agar bertawassul sepertimana yang telah dinyatakan oleh Imam Al-Thobarani dalam dua kitabnya: Al-Mukjam Al-Kabir dan Al-Mukjam Al-Soghir. Alangkah jahilnya mereka contohnya seperti golongan Wahhabi yang bertopengkan dengan nama Salafi mengatakan bahawa Tawassul itu adalah diantara sebesar-besar unsur syirik dan dengan secara tidak langsung mengikut pandangan mereka (wahhabi) yang melarang perbuatan Tawassul bahawa Nabi telah mengajar satu amalan syirik kepada sahabat baginda wal iyazubillah min zalik.Memadailah dengan kita berhujah dengan amalan imam kita yang paling masyhur iaitu Imam Syafie yang pernah bertawassul dengan Imam Abu Hanafiah selepas kewafatan beliau untuk menyangkal pandangan Wahhabi, sepertimana yang disebut oleh Imam Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya Tatikh Baghdad.
Peristiwa Al-Israk dan Al-Mikraj adalah salah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad oleh Allah Ta’ala.Dalam peristiwa Al-Israk Dan Al-Mikraj solat lima waktu difardhukan ketika mana baginda bertemu dengan Nabi Musa dan baginda menyuruh Nabi Muhammad agar meminta kepada Allah Ta’ala supaya dikurangkan solat yang asalnya difardhukan 50 solat kepada lima solat.Hasilnya ialah setiap solat itu mendapat 10 ganjaran.Maka solat lima waktu itu samalah dengan solat yang 50 itu dari segi ganjarannya.
Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Disedikan oleh AHMAD FAIDZURRAHIM
0199181278
salam al ustaz.. dalam duk promosi buku pun asyik mengutuk orang je kerjenya... macam mana la agaknya kandungan buku ustaz ye..penuh dengan kejian jugak ke?
BalasPadamsaya pelik juga macam mana boleh ada golongan agamawan yang sebegini.. dah la link2 ke blog ustaz asyik memenuhi cbox blog kami je.. dan kami strictly telah mengharamkan link ke blog ini..
harap maklum
Beginila keadaan jika orang bukan Ahli agama sudah memandai-mandai mengkritik orang ugama, dalamilah ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah, di kelantan banyak ulamak-ulamak dan pondok-pondok yang berwawasan, belajarla agama dengan mereka, bukan dari Wahhabi.
BalasPadamWassalam