Isnin, 27 September 2010

SI DR ASRI (maza) MUFTI JUDI MALAYSIA?

Dulu ada niat nak masuk disko, sekarang nak makan hasil judi pulak?.Adakah Si Asri (MAZA) suka dan redha bagi makan haram pada anak bini dan keluarganya?, nanti masuk neraka
Gambar Hiasan

Wang bantuan hasil judi tidak haram: Dr Asri
SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa bantuan dari kerajaan negeri hasil daripada pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam adalah tidak haram.
Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga menggunakan sumber pendapatan yang serupa iaitu melalui kutipan cukai seperti judi, arak, hiburan dan lain-lain.
Menurutnya, kegiatan yang menggalakkan perjudian perlu dicegah oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri kerana kegiatan tersebut adalah haram di sisi Islam dan boleh merosakkan masyarakat.
“Hakikatnya di Malaysia, berapa banyak lagi cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.
“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga berasal dari pelbagai sumber pendapatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika berada di Beijing, China, semalam. Baca selanjutnya: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8223765.asp

Komen Tuan blog: Saya di sini tidak ingin memberi komentar yang banyak, kerana orang Islam yang jahil pun zaman sekarang tahu bahawa judi ini haram. Tapi bila muncul je si Dr Asri ini yang dibangga-banggakan oleh sebahagian orang jahil yang menganggap beliau seorang ulamak, tiba-tiba membuat kenyataan seperti ini, Dalam al Quran dah disebut maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan” [al-Ma’idah (5):90].
Wahai para pengikut dan taksub dengan si Asri ini, bertaubatlah kepada Allah, kamu semua telah tertipu dengannya, dia nak cari kemasyhuran sekarang buat kenyataan pelik-pelik macam ini sehingga sanggup buat benda kufur (menghalalkan perkara yang haram). Beliau bertopengkan dengan nama Ustaz dan Islam, bahaya dia ini, mesti diambil tindakan dimasukkkan ke dalam penjara.
Mula-mula judi haram, lepas ini tak tahulah, mungkin pelacur, gay ( seperti yang selalu dilakukan oleh kumpulan Wahhabi), arak, daging babi dan lainnya halal pulak jadinya.

10 ulasan:

  1. Salam..
    Saya cuma ingin penjelas penulis. Pada bahagian mana MAZA mengatakan judi itu halal atau spt yg didakwa tuan, MAZA menghalalkan judi.
    Sekian.

    BalasPadam
  2. Jangan butakan mata chai, baca pernyataan ini :

    Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa bantuan dari kerajaan negeri hasil daripada pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam adalah tidak haram.

    kecuali KETAKSUBAN dan TAQLID BUTA anda kepada Dr Asri mem'buta'kan mata anda.

    BalasPadam
  3. Yg ada d sini hanyalah khazanah kemunafikan...

    BalasPadam
  4. Maksud Dr. Asri tu bukan dia kata JUDI itu adalah halal semata2 sebaliknya duit bantuan yg diperolehi oleh faqir miskin dr kerajaan Pulau Pinang tu adalah TIDAK HARAM utk mereka menerimanya.

    Perlu kita fahami isu ini berasaskan isu politik sebelumnya yg sengaja dimainkan oleh pihak2 tertentu lalu baru dtg kenyataan Dr. Asri. Sila baca dahulu penerangan di blog beliau utk maklumat lanjut ttg isu ini.http://drmaza.com/home/?p=1238#more-1238

    Komen tuan blog yg tiba2 shj terus ke isu 'judi adalah haram' memperlihatkan kedangkalan sikap tuan berfikir. Sepatutnya kita mesti melihat perjalanan sesuatu isu itu bermula dan bukan dgn mencari kesilapan org hanya kerana tidak sependapat dgn kita. Hukum berjudi adalah haram tidak perlu dipertikaikan lagi krn itu sudah muktamad dr nas Qat'ie. Yg menjadi isu ialah apabila pemimpin melayu UMNO yg 'jealous' dgn pemberian bantuan oleh kerajaan P.Pinang berbentuk wang kepada masyarakat Islam yg miskin. Lalu hanya semata2 utk menjuarai isu politik sempit, mereka telah memainkan isu ini.

    Adakah dalam pengetahuan kita selama ini bhw mmg duit bantuan yg diberikan oleh kerajaan Pusat sentiasa bersumberkan yg halal belaka. Pasti kita tidak mengetahuinya, maka itu samalah juga dgn isu diatas bhw duit bantuan oleh kerajaan P.Pinang terhadap golongan miskin sepatutnya tidak dijadikan isu.

    BalasPadam
  5. wahabi x wahabi ka,minta tlg jgn kaitkn dgn rakyat negeri Perlis..rmai yg mngatakan org Perlis ber"wahabi..

    BalasPadam
  6. Enta faham selapis sj terus beri pandangan.Fahamilah dgn.mendalam apa yg diperkatakan olih Dr.Asri.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.

    Maaf, mohon penjelasan.

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 ketika membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

    Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
    Diserah kepada golongan fakir miskin; atau
    Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

    *Bagi saya apa yang sepatutnya dibincangkan adalah, jangan sekali-kali kerajaan itu sendiri yang terlibat dalam menjana wang atau pendapatan haram untuk rakyatnya. Bermakna sebagai sebuah kerajaan Islam, jangan sekali-kali pemerintah terlibat dalam membuat dasar yang menghalalkan penjanaan wang haram. Dalam hal judi, tidak salah untuk perbendaharaan negara atau Baitul Mal menerima wang hasil daripada perjudian yang bukan ditaja oleh pemerintah sendiri, begitu juga wang bunga atau faedah bank, wang rompakan dan lain-lain yang diserahkan kepada perbendaharaan negara atau Baitul Mal. Tetapi yang salah apabila kerajaan itu sendiri yang bersekongkol memberi lesen judi, menghalalkan perbankan riba konvensional dll lalu memakan hasilnya melalui cukai yang dipungut.

    BalasPadam
  8. anda sume terlalu fanatik.MAZA pn kdg2 tsilap/kurg tepat bg pndgn,bgitu juga org lain.bkn syarat org alim x buat silap.Hj. Hadi pn kategorikan wahabi, asya'irah. maturidiyah sbg ASWJ.kenapa la kita sume yg cetek ilmu ni berbalah.ustaz zaharuddin pn bg pndpt sma dgn MAZA pasal pemberian wang kpd org miskin,abes tu dia pn kira sesat jgak la..?? isu negara byk ikut maslahah.kdg2 ada lbh dr 1 pndgn..buka minda la sket..setakat silap dlm 1 mslh, bkn semestinya silap sume la.ulama kan tidak maksum..pelik la u all ni, blaja la..qardhawi pn ada yg x diterima pndgnnya,takkan kita tolak dia terus sume pndgnnya...sifat 20: tiada yg wajib,melainkan apa yg diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya.. kta blaja sume mudah sket, sifat 20 & tauhid 3..pastu tgk mna elok.Maulana Asri Yusuf dlm siri kuliahnya mengakui kedua2nya betul.so..? x cerdik la kita berbalah hal cmni..

    BalasPadam
  9. awak guna nas [al-Ma’idah (5):90] utk kes ni apahal lah pula?...orang semua tahu..bahkn tanpa khilaf judi tu haram... klu berkenaan isu ni pun awak x paham camner awak nak komen....lagi satu...nak tanya...sejak bila kita d wajibkan bertauhid sifat 20 ni?zaman Rasulullah ke?sahabat ke?...Atau selepas Surah Al-ma'idah ayat 3 ( Pada hari ini telah kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan kucukupkan nikmatKu, dan Ku-ridhoi Islam itu jadi agamamu) ada lagi ke ayat yang kata sebenarnya islam belum sempurna...kena tambah sikit sbb apa yg Rasulullah sampaikan blum cukup lagi..sbb mungkin Rasulullah lupa nak ajar sifat 20...ke wahabi tu namanya?

    BalasPadam
  10. Saya rasa penulis blog amat kurang ilmu dan kefahaman. Pemain judi tetap haram, pemberian duit judi kepada orang tak main judi tu tak haram. faham ke tak ni...aduiiiii

    BalasPadam