Rabu, 15 Disember 2010

AJARAN SESAT WAHHABI DI BUKIT JELUTONG SELANGOR PEMBOHONG DAN PENAKUT. HABIS HUJJAH GUNA FITNAH

WAHHABI BUKIT JELUTONG SHAH ALAM SELANGOR GUNA NAMA SULTAN UNTUK MEMBURUKKAN KEADAAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Petikan dari Ustaz Ahmad faidzurrahim Hj Mohd Alwi (0199181278):

Merujuk kepada Utusan yang bertarikh 15/12/2010 (Rabu) muka surat 12 dalam bahagian forum artikel yang bertajuk JAIS HARUS BERTINDAK SEGERA JANGAN BIARKAN PENCERAMAH TANPA TAULIAH INGKAR PERINTAH SULTAN, ada seorang makhluk Allah yang tidak meletakkan namanya sebenar, hanya sekadar berselindung dengan nama anak kariah Masjid Bukit Jelutong, telah membuat satu kenyataan yang palsu lagi pengecut.

Antara pembohongan yang dinyatakan oleh mereka:

1-Ajk masjid tersebut dan penceramah berkenaan tidak bertauliah dan pihak JAIS mesti ambil tindakan.

2- Menganggap penceramah/pengajar yang bertauliah sebagai tidak bertauliah dan ingkar perintah Sultan

Apabila saya terbaca kenyataan dari si penulis ini saya amat gelak ketawa dan kadangkala lucu juga rasanya kerana melihat gelat-gelagat ketidakmatangan puak-puak Wahhabi di sana. Apabila melihat mereka menyentuh ceramah yang bertarikh 19/11/2020, saya merujuk semula kepada jadual yang lama di masjid tersebut maka yang berceramah pada waktu itu adalah saya (Ustaz Ahmad Faidzurrahim) seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh pihak masjid tersebut dan juga dari pihak JAIS. Dikatakan dalam artikel tersebut bahawa saya tidak mempunyai tauliah dari pihak JAIS maka mesti diambil tindakan.

Peringatan pada puak-puak sesat Wahhabi di Bukit Jelutong dan di seluruh Malaysia, kalau saya tidak bertauliah untuk berceramah di sekitar Selangor ini masakan saya boleh berdiri di mana-mana masjid atau tempat di Selangor ini untuk berceramah terutama sekali ceramah yang berkaitan dengan pendedahan bahaya Wahhabi.

Tetapi mereka yang benar-benar berceramah di masjid atau di mana-mana tempat di Selangor ini tapi tidak bertauliah atau tidak diberi tauliah adalah dari puak Wahhabi, kita tengok kes penangkapan seorang makhluk di salah sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang Selangor dulu, beliau diambil tindakan oleh pihak JAIS kerana tidak bertauliah mengajar di banglo tersebut.

Kesimpulannya:

0- Wahhabi yang menulis artikel tersebut adalah pengecut, tidak menyebut namanya yang sebenar

1-Wahhabi di bukit jelutong terutama sekali para anak murid pembawa ajaran sesat Rasul Dahri tengah panas dan tidak boleh tidur lena, kerana kami telah mendedahkan kesesatan ajaran Wahhabi

2- Mana-mana makhluk yang bergelar ustaz dan membawa fahaman Wahhabi dan ajaran sesat yang lain tidak mempunyai tauliah untuk mengajar dan tidak berhak mengajar di masjid atau di mana-mana tempat.

3- Saya dengan rasminya menyokong pihak JAIS kerana memperjuangkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan membanteras segala ajara-ajaran sesat

4- Ajaran sesat Wahhabi ingin menjadikan masjid Bukit Jelutong sebagai sarang mereka untuk menyesatkan orang lain.

5- Saya mengucapkan syabas kepada para ajk baru masjid tersebut yang baru mengambil alih tugas amanah menjaga masjid, saya harap mereka dapat menjadikan masjid tersebut sebagai benteng perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

6- Saya bersama dengan titah sultan Selangor yang mewajibkan kepada semua para pengajar agama mesti bertauliah

7- Kepada para pendokong Wahhabi dan anak murid Rasul Dahri di Bukit Jelutong, saya sarankan supaya bertaubatlah kepada Allah dan kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan jangan bersama ajaran sesat Wahhabi dan Rasul Dahri

8- Rasul Dahri adalah peyebar ajaran sesat Wahhabi, beliau adalah pendatang asing dari Singapura masuk ke Malaysia, maka berhati-hati dengan Rasul Dahri.

9- Pada 17/12/2020. Jumaat malam Sabtu lepas Maghrib di masjid tersebut, saya akan buat sedikit pengulasan berkaitan artikel Utusan tersebut, mana-mana Wahhabi yang tidak berpuas hati jom kita bertemu di sana, dan mana-mana sahabat Ahli Sunnah yang ingin bersama kami sangat alu-alukan, boleh hubungi saya.

HIDUP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, HAPUSKAN WAHHABI YANG TIDAK MEMPUNYAI TAULIAH UNTUK MENGAJAR!!!.

1 ulasan: