Selasa, 8 Februari 2011

AWAS, KUMPULAN SESAT WAHHABI MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENYESATKAN PELAJAR MALAYSIA DARI AL AZHAR

MEMBUAT TAWARAN MUDAH UNTUK MENCARI PENGIKUT DAN PENGARUH DI MALAYSIA

Benarkah Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di Plaza Masalam, Shah Alam yang dikatakan membawa fahaman sesat Wahhabi cuba mencari pengikut Wahhabi dari kalangan pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir?

Kami Ahli Sunnah Wal Jamaah sentiasa mendoakan kepada rakyat Islam di Mesir terutama para pelajar di sana semoga berada dalam keadaan yang baik dan selamat pulang ke tanah air. Dan di sini ingin kami memberi peringatan kepada para pelajar Malaysia dari Mesir yang akan pulang ke Malaysia supaya berhati-hati dengan mana-mana tawaran yang tidak dipastikan sesahihan pegangannya yang selari dengan ajaran Islam. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis ajaran sesat dan melampau terutama janji-janji manis dari Wahhabi dan seangkatan dengannya. Al- Azhar di Mesri terkenal dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, berpegang bahawa Allah ada tanpa tempat, mengamalkan sambutan Maulid, berzikir serta beriwirid selepas solat secara ngaring, menakwil ayat-ayat al mutasyabihat, menziarahi kubur orang muslim dan membaca al quran serta berdoa di sana dan lainlain lagi, bertawassul dan bertabaruk serta lain-lain, manakala Wahhabi pula mengharamkan sedemikian bahkan menghukum orang yang melakukannya sebagai musyrik, ahli bidaah, sesat dan masuk neraka. Berpeganglah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan jangan bersama dengan ajaran sesat Wahhabi yang menyimpang.

Dan kami membuat peluang dan tawaran yang baik bagi pelajar Malaysia dari al Azhar sana supaya bersama dengan kami untuk membantu dalam mengkukuhkan lagi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan sama-sama membanteras ajaran sesat Wahhabi dan selainnya dari ajaran ajaran sesat yang lain. Takbiiir..
Petikan dari ceramah dan pengajian:
AL=FADHIL USTAZ AHMAD FAIDZURRAHIM MOHD ALWI
Hp: 0199181278
Pengajar dan penceramah agama yang bertauliah dari JAIS Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan