Ahad, 16 Mei 2010

POLITIK BUKAN CARA NABI: ORANG KAFIR BOLEH GUNA NAMA ALLAH?- GOLONGAN PELAMPAU WAHABI DI BELAKANG MEREKA?


Nik Aziz: DAP tetap boleh guna kalimah Allah
Mei 15, 10 9:23pm
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.
- Bernama
Rujukan: http://www.malaysiakini.com/news/131903


Penjelasan dari salah seorang ulamak Ahli Sunnah tentang bahayanya ajaran Wahabi di Malaysia

Tuan blog: Apabila pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah diketepikan maka huru hara pemikiran umat Islam, lebih dahsyat lagi kemunculan budak-budak mentah wahabi yang menyebarkan dakyah-dakyah sesat mereka di tanah air kita. Alhamdulillah pihak Jabatan agama Islam ada mengambil tindakan ke atas mereka, seperti yang dilakukan oleh pihak JAIS dan juga yang pernah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam negeri Sembilan di Kuala Pilah. Syabas pada pihak-pihak agama, Takbirrrrr
Ada pula yang nak mengambil kesempatan pada masjid-masjid atau surau-surau untuk dijadikan kandang politik mereka. Ingatlah bahawa masjid-masjid dan surau-surau adalah tempat orang Islam beribadah, bukan tempat untuk dijadikan maki hamun dan cele mencela, lebih dahsyat lagi puak-puak sesat Wahabi dan Hizbu Tahrir sekarang cuba menjadikan tempat ibadat orang Islam sebagai kandang dakwah songsang mereka.

3 ulasan:

  1. MULA-MULA SAYA TENGOK TAJUK NAMPAK DAHSYAT TAPI BILER TENGOK ISI.............. sebenarnyer saya rasa awak nie tak perlu masuk campur urusan politik dan AGAMA ISLAM kalau tidak tahu menahu...... sebelum itu saya nak tanyer awak kenal siaper Imam An-Nawawi ???? Pernah baca kitab besar dier ber tajuk Al-Adzkar ... Awak Faham bahasa Arab .... Awak tahu hukum datang dari maner ??? Al-Quran bahsa apa?? Jadi kalau tak tahu cerita dan JAHIL tentang AGAMA ISLAM jgn banyak ceritalah takut bawak ke Neraka jer ...... Belajar bagi habis bahasa Arab dahulu lepas tu tadabbur Al-Quran dan Hadith ELOK-ELOK ...... Lepas tu baru boleh cakap pasal AGAMA ISLAM.... Saya nak tanyer awak nie Ulama'BESAR ke nak kata siapa salah siapa betul sedang Imam Syafie' pun nak mengeluarkan fatwa pun dier solat tahujjud berkali-kali... Lagi pula orang biasa seperti kita semua.......... fikir dahulu sebelum bertindak..... Assalamualaikum

    BalasPadam
  2. sokong ibnul bukhari-walau tak sepenuhnya-..sedih melihat ummat Islam sekarng..teringat kisah Hassan al-Banna dalam menghadapi percanggahan pndpt pd zamannya, dia tanya balik golongan yg bertikam lidah, mana lbey utama antara kesatuan ummat dan berbahas mslh fiqh? tentunya kesatuan ummat..selagi kita terus dimainkan dan termain dgn isu2 begini sampai bilapun kita rakyat Malaysia bahkan muslimun seluruh dunia pun takkan dapat bersatu, dan akhirnya yang bertepuk tgn sape? (tu,yg dok serang dan massacres org2 Islam di Falestin sana tu!!)

    BalasPadam
  3. salam ziarah, mmg bahaya gerakan wahabi, ada byk buku yang bahaskan ttg pemikiran wahabi. cuma ttg hal politik dan isu kalimah Allah ni tak perlu dibesarkan, ini propaganda BN nak tutup kes2 salah laku mereka, dalam anda memahmi isu wahabi, anda jg perlu pndai berpolitik dalam memahami situasi semasa...kalimah Allah boleh ditefsirkan pelbagai sudut. mgkin video atas adalah kenyataan dan pendapat dari segelntir ulama.

    BalasPadam