Rabu, 16 Februari 2011

NIK AZIZ TOLAK MAULID?, TANDAS LEBIH MULIA DARI MAJLIS SAMBUTAN MAULID NABI?

Fitnah akhir zaman: Apabila orang jahil dikatakan alim dan orang serabut dikatakan pemimpin

Minda Pondok selar Nik Aziz

KOTA BHARU 15 Feb. - Sebuah badan pemikir, Minda Pondok menyelar tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul.

Jurucakap badan tersebut, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman berkata, sambutan besar-besaran Maulidur Rasul mempunyai hikmah yang besar iaitu memupuk perpaduan di kalangan ummah dan mengingatkan kembali terutama generasi muda tentang sirah Rasululullah.

"Ibnu Tamiyyah, ulama kontorversi yang banyak menentang amalan tradisi Islam turut menyokong supaya Maulidur Rasul disambut secara bermusim kerana terdapat pahala yang besar kerana niatnya elok dan menjunjung Rasulullah SAW dan keluarganya.

"Ulama besar, Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi juga memberi pendapat yang sama dan wajib ke atas kita untuk mengingati sirah baginda dan menjadi iktibar kepada kita," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguannya Jumaat lalu supaya sebahagian daripada wang yang digunakan untuk menyediakan makanan sempena sambutan Maulidur Rasul dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, kebanyakan tandas masjid atau surau di negeri ini kotor dan memerlukan pembiayaan bagi memastikan ia dapat diselenggara dengan baik.Selanjutnya: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

5 ulasan:

  1. Salam,
    tuan rumah , jika ada sms sila siarkan bersama..

    BalasPadam
  2. eh apa lak tak betul.. kan banyak tandas kotor dan byk tak leh guna.. elok juga dari makan je.. membesarkan badan.. hihi

    BalasPadam
  3. Salam..

    Betul la tu. Tandas masjid yang kotor lambang umat Islam yang pengotor amat. Allah dan Rasul kata 'kebersihan separuh daripada iman'. Kebersihan zohir cerminan kebersihan bathin.

    TGNA nak laksanakan apa yang disuruh Allah dan Rasul la tu. apa yg susah nak faham. Cuba jgn kita sempitkan fikiran ikut emosi kita je. "Barangsiapa menyintai Baginda Nabi adalah dengan mengikuti Baginda, barangsiapa hanya berbicara tanpa mengikuti, itu hanyalah dakwaan cinta semata, bukan cinta yg sebenar-benarnya..."-Syeikh Yusuf Muhyiddin Al-Bakhour Al-Hasani

    BalasPadam
  4. Agama ini agama Mahabbah...cuba belajar untuk menghargai apa yg org lain buat dr sudut yang positif bukan pesimis. Yang nak bagi makan sempena Maulidurrasul adalah kerana Allah dan Rasul, yang nak pastikan kebersihan masjid dan tandas2 masjid pun juga kerana Allah dan Rasul. Yang sorang buat ni, yang sorang buat tu, jika kedua2nya kerana Allah dan Rasul , merkea kedua2nya mendapat kasih Allah dan Rasul. yang rugi adalah kita yg buruk sangka denga salah satu dari keduanya...jgn lah kita jd org yg rugi. lebih baik kita juga berbuat sesuatu yang Allah dan Rasul suka tak kiralah apa pun .. :)

    BalasPadam
  5. Tajuk kat atas tu "Tandas lebih mulia daripada majlis sambutan maulid Nabi?" tajuk yg diberi penulis tu adalah tajuk seorang yg beremosi bukan tajuk dr seorng yg punya Mahabbah.

    First of all, pemberi tajuk faham tandas tu as tandas per say. sedangkan intipatinya adalah KEBRSIHAN. kebersihan juga anjuran Allah dan Baginda Nabi tercinta. ajaran yang MULIA. perkara yg MULIA untuk dilaksanakan. kedua2nya mulia. ayuhai saudaraku marilah kita melihat kesemuanya dg mata hati, memahami dg hati yg tulus kerana Allah dan Rasul dan mahabbah ... bukan dg emosi dan mata kasar yg terbatas.

    BalasPadam