NAKHAEI VS ASRI
Dari Utusan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm
Saya tak faham dia – Nakhaie
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Bekas Yang Dipertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad tidak faham mengapa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menuduhnya terlibat dalam rasuah dan penyelewengan semasa menerajui yayasan itu.
Menurutnya, bekas Mufti Perlis itu tidak tahu apa-apa mengenai Yadim serta tidak pernah terlibat dengan mana-mana program yayasan itu sebelum ini sehingga boleh membuat tuduhan sedemikian terhadapnya.
Nakhaie yang turut dituduh mengumpul kekayaan semasa menjadi YDP Yadim menyangkal kesemua tuduhan berkenaan dan mencabar Mohd. Asri membuktikan perkara itu.
‘‘Saya tak faham, saya tak kenal dan saya tak tahu apa yang dia hendak,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Baca seterusnya: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm
http://www.bharian.com.my/Tuesday/Nasional/20091103005426/Article/index_html
Ceramah ada unsur fahaman Wahabi’
KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaei Ahmad mendakwa pandangan dan pengajaran bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengandungi elemen fahaman Wahabi.
Malah, Nakhaei berkata, beliau selama ini tidak faham dengan sikap dan pendirian Mohd Asri sebagai seorang tokoh agama dan pernah menjadi mufti.
“Saya tidak faham dia. Apa yang dia hendakkan. Saya kadang-kadang membaca tulisan beliau. Kalau nak kata dia Wahabi, dia tidak mengaku. Nak kata tidak ada (pengaruh Wahabi), ada elemen Wahabi,” katanya pada sidang media di kediamannya di Taman Melewar, Gombak, semalam.( Baca Seterusnya: http://www.bharian.com.my/Tuesday/Nasional/20091103005426/Article/index_html
BERITA
KUALA LUMPUR:Datuk Mohd Nakhaie Ahmad yang bersara dari jawatan Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)semalam (1 November), menyangkal segala dakwaan yang dilemparkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Antara dakwaan tersebut ialah kononnya Nakhaie memperalatkan YADIM untuk memungut harta, makan rasuah dan mengeluarkan kenyataan yang Dr Asri tidak diterima UMNO mahupun PAS.
Nakhaie juga turut dituduh menyalahgunakan jawatannya sebagai Yang DiPertua YADIM untuk melancong ke luar negara. Baca seterusnya: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/2/mstar_berita/20091102172926&sec=mstar_berita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan