Isnin, 9 November 2009

Dr Asri (MAZA) sama macam Aminah Wadud?

PENYEBAR AJARAN SESAT TANPA TAULIAH TIDAK BOLEH DITAHAN JIKA MEMILIKI SIJIL / KELULUSAN. Benarkah?

Aminah Wadud seorang wanita yang dikatakan feminis dan cendekiawan yang penuh kontroversi. Mempunyai berjenis-jenis kelulusan dan sijil. Beliau yang pernah menyandang jawatan Profesor Madya di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) untuk tempoh yang lama semenjak 1989. Adakah UIAM menerima seorang Profesor yang tidak memiliki sijil atau yang memalsukan sijil?. Sungguh pelik dan ganjil mereka yang berhujah dengan hanya memiliki sijil sahaja boleh menyebar apa-apa jua ajaran atas dasar hak individu dan kebebasan bersuara.
Adakah Dr Asri (MAZA) mengikut jejak langkahnya?


Dari:
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5971338.asp
Ada juga suara ganjil yang berbunyi:
Individu yang mempunyai sijil kelayakan yang sah daripada IPT tempatan dan luar negara , tidak perlu mendapatkan tauliah untuk berceramah

Aminah Wadud (yang mempunyai bermacam-macam sijil) sedang menjadi imam solat. Adakah hal sebegini dari ajaran Islam?
Sila rujuk: http://ms.wikipedia.org/wiki/Amina_Wadud

Saya Tuan Blog menyokong tindakan JAIS yang membendung ajaran-ajar sesat yang lain. Syabas!!!

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Terima kasih dan tahniah atas usaha dakwah tuan. Semoga Allah memberi keberkatan. Begini, mungkin ada manfaatnya jika kita kaji kembali maksud sebenar Imam Ibn Taymiyyah. Kewujudan Wahhabi bukan kehendak Imam Ibn Taymiyyah. Kemudian, mungkin ada perbezaan antara 'sesat' dengan 'melampau'. Bagi saya, sesat itu keluar dari landasan, manakala melampau belum keluar dari landasan tetapi cenderung untuk merosakkan. Maka alangkah baiknya jika semua pihak termasuk Wahhabi sama-sama kembali mengkaji dan memahami intipati sebenar dalam dakwah Ibn Taymiyyah. Seperti ulama lain, Ibn Taymiyyah juga pakar dalam pelbagai bidang, termasuk bahasa. Semoga kepincangan di kalangan umat Islam berkurangan dan berjaya diatasi.

    Wassalam.

    BalasPadam