Selasa, 3 November 2009

KENAPA DR ASRI YANG TIDAK DIMINTA UNTUK MENGEMUKAKAN BUKTI KETIKA MENUDUH ORANG LAIN?, ADA UDANG DI SEBALIK MEE KE?


DATUK NAKHAIE vs DAR MAZA
Kalau orang lain yang dikatakan menuduh beria-ria diminta bukti, kalau dia menuduh pula tak de bukti apa-apa pun, geng-geng dia pulak senyap je sebunyi-sebunyi, takut orang lain tahu bahawa dia menuduh tanpa bukti.Muka asyik senyum je dalam ketakutan


http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5435094.asp
Nakhaie cabar Asri buktikan tuduhan rasuah
GOMBAK – Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mencabar bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengemukakan bukti yang mengaitkan beliau dengan beberapa kesalahan rasuah seperti yang dinyatakan dalam sidang medianya baru-baru ini.

Antara dakwaan tersebut ialah kononnya Nakhaie memperalatkan Yadim untuk memungut harta, makan rasuah dan mengeluarkan kenyataan Asri tidak diterima UMNO mahupun Pas.

“Saya cabar Asri supaya tuduh saya perasuah kalau saya menyeleweng..sedangkan saya berani berkata Yadim ialah sebuah agensi agama yang paling teratur di dalam negara kita ini,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, semalam.

Katanya, beliau amat terkilan apabila namanya diseret sebegitu rupa seolah-olah menggunakan Yadim untuk mengumpulkan kekayaan.

Beliau yang bersara Ahad lalu turut kesal apabila Asri mendakwa sebahagian daripada institusi agama kini bercampur dengan elemen politik sehingga ada individu mampu memegang jawatan dalam tempoh yang lama.

Nakhaie berkata, beliau tidak risau siasatan dilakukan terhadapnya tetapi bimbang apabila Yadim difitnah dan dihukum oleh `mereka yang tidak profesional`.

“Memang ada kesalahan-kesalahan yang dibuat, buat kerja memang ada salah tetapi tidaklah melibatkan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan kuasa, ataupun penyalahgunaan wang.

“Tetapi saya bimbang ialah hukuman-hukuman (tanpa bukti) dibuat oleh orang tidak profesional yang mendengar kata kroni-kroni ini memburukkan Yadim...dan kemudian hukuman itu boleh membawa fitnah,” katanya. Baca seterusnya:http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5435094.asp

2 ulasan:

  1. SAlam ziarah. Artikel ini sy petik dr blog cahkenemahekono.blogspot.com. Ustaz, apa sebenarnya hukum berqasidah? Ada x dalil yang ckp kita boleh berqasidah yakni memuji-muji Nabi? Saya benar-benar ingin tahu kerana bila baca artikel ini saya jadi keliru. Harap Ustaz dapat bantu. Artikel ini bukan artikel penuh tapi sy kutip part2 yang membuatkan saya keliru.

    Hukum memperingati maulid Nabi SAW

    Rasulullah saw. bersabda “Janganlah kamu berlebih-lebihan memujiku sebagaimana orang-orang Nasrani telah berlebih-lebihan memuji putera Maryam. Aku hanyalah seorang hamba maka katakanlah ‘Abdullah wa rasuluhu ’.” .

    Dalam hadis yg lain Rasulullah saw. bersabda “Jauhilah oleh kamu sekalian sikap berlebihan krn sesungguhnya sikap berlebihan itulah yg telah menghancurkan umat-umat sebelum kamu.” Dan dari Ibnu Mas’ud r.a. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda “Binasalah orang yg berlebih-lebihan dalam tindakannya.” .

    Hadis di atas menerangkan larangan Rasulullah saw. kepada umatnya utk memujinya secara berlebih-lebihan. “Janganlah kamu sekalian memujiku dgn berlebih-lebihan.” Artinya adl janganlah kamu sekalian memujiku dgn cara yg bathil dan janganlah kalian melampaui batas dalam memujiku. Makna kata ithra’ dalam hadis tersebut adl melampaui batas dalam memuji.

    Kenyataannya kebanyakan manusia sangat berlebih-lebihan dalam memuji dan mengagungkan orang yg menjadi panutan dan junjungannya sehingga mereka meyakini bahwa junjungan mereka itu mampu melakukan sesuatu yg seharusnya hanya hak Allah. Jadi mereka menganggap junjungan mereka itu memiliki sifat ilahiyah dan rububiyah yg sebenarnya hanya milik Allah. Hal itu krn perilaku mereka yg berlebih-lebihan dalam memuji dan menyanjung panutan mereka.

    Walaupun Rasulullah saw. sudah melarangnya tapi kenyataan ini masih terjadi di kalangan sebagian orang yg mengaku sebagai umatnya. Kita dapati di sebagian syair yg di anggap sebagai salah satu shalawat yg berbunyi “Allahumma shalli shalatan kamilatan wa sallim salaman tamman ‘ala sayidina Muhammadin alladzi tanhalu bihil ‘uqadu watanfariju bihil kurabu wa tuqdha bihil hawaiju..” yg artinya “Ya Allah limpahkanlah shalawat dan salam yg sempurna kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw. yg karenaya ikatan belenggu terurai dan karenanya malapetaka sirna dan karenanya kebutuhan-kebutuhan terpenuhi….” Bukankah itu adl pujian yg berlebihan krn menyanjung Rasulullah saw. dgn hal-hal yg sebenarnya hanya kekuasaan Allah saja.

    Itu adl satu contoh tentang keadaan sebagian umat yg melampaui batas dalam memuji Nabinya.

    Nya selama-lamanya. Maka dari itu jelaslah bahwa perayaan maulid Nabi saw. adl sesuatu yg diada-adakan dan haram hukumnya.

    BalasPadam
  2. jangan jumud dan minda tertutup dengan masalah ini. daripada memuji artis atau pelakon..baik memuji Nabi SAW. ambil berkat...

    catatanhamba.blogspot.com

    BalasPadam