Jumaat, 27 Ogos 2010

JANGAN JADIKAN MASJID ATAU SURAU SARANG POLITIK DAN SARANG BAGI ORANG KAFIR UNTUK MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM!!!

Menjemput orang kafir ceramah di surau, perbuatan ini Nabi tak pernah ajar pun. Ini adalah Bida'ah yang terbaru berlaku pada bulan Ramadhan. Kalau macam inilah keadaannya jadi bagaimana nak dapat malam lailatul Qadar

TEO NIE CHING menyampaikan ‘tazkirah’ di Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Kajang, Ahad lalu sambil diperhatikan oleh salah seorang ahli jawatankuasa surau tersebut

Tindakan tegas jemput bukan Islam – JAIS

SHAH ALAM 26 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengambil tindakan tegas terhadap Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral sekiranya didapati benar mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, 22 Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan orang bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi dari segi hukum.

Ia kerana katanya, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. ...Baca selanjutnya:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi

****************

Pesanan dari al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim Hj Muhammad Alawi
(Tenaga pengajar agama bertauliah dari JAIS):
Ada sebahagian orang berkata bahawa dengan kita menjemput orang kafir masuk ceramah dalam surau/masjid adalah menunjukkan satu sifat keterbukaan bagi pihak penganjur, dan ini adalah antara cara untuk kita berdakwah kepada mereka. Saya katakan bahawa ini adalah perbuatan yang merendahkan lagi imej dan kehebatan agama Islam itu sendiri. Tidak ada orang Islam yang lain lagi ke untuk menyampaikan ceramah di surau/masjid sehingga terpaksa memanggil orang kafir masuk dalam surau, subhanallah apalah nak jadi dengan dunia Islam sekarang, ini bukan politik cara Nabi tapi ini politik cara orang jahil yang tak tahu apa-apa langsung dan tidak amanah dengan agama. Macamana nak mendapat malam lailatul qadar di bulan ramadhan ini kalau beginilah keadaanya?. Hidup Ahli Sunnah Wal Jamaah hapuskan ajaran sesat Wahhabiah!!!.

7 ulasan:

  1. Astaghfirullah...fitnah terus bermaharajalela....

    baca ini dahulu...kalau silap pun dari segi adab, bukan hukum...

    http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/08/bukan-islam-masuk-masjid-penyokong-umno.html

    BalasPadam
  2. Tahniah kerajaan selangor . anda dah ada ustazah Teo Bi Ching yang 'mendakwah' org kat masjid.

    BalasPadam
  3. manakah dalil2 yang menunjukkan tidak bolehnya orang bukan Islam masuk rumah Allah??

    BalasPadam
  4. Bismillah,
    Assalamualaikum...
    Macam ini kah sikap org ISLAM klu kita menentang org2 kafir hendak mendekati tmpt2 ibadah org ISLAM,macammana kita hendak menerangkan ISLAM itu cantik pd mereka.Nabi Saw tidak pernah menolak kedatangan org2 kafir mendekati masjid Nabi...
    Jadikan Islam Itu Panduan Hidup...

    BalasPadam
  5. Nor azhar kata:

    "manakah dalil2 yang menunjukkan tidak bolehnya orang bukan Islam masuk rumah Allah??"

    Persoalan utama bukan masalah masuk, tapi atas dasar apa dia masuk? Jika dia masuk untuk mendengar tazkirah atau dakwah Islam, maka ia tak jadi isu. Tapi sebaliknya yang kita nampak 'ustazah' tu yang pegang mikrofon dan disaksikan oleh 'ustaz-ustaz' yang berjubah. Sedangkan kalau perempuan melayu Islam tak pakai tudung masuk masjid dah tentu 'ustaz-ustaz' tersebut akan riuh sekampung dengan mendakwa perempuan tersebut tidak tahu adab dan tidak menghormati masjid...fikir dan renungkanlah..tak payah perkara ini nak dibelitkan dengan soalan: mana dalil org bukan Islam tak boleh masuk masjid?".

    Antara ciri-ciri golongan khawarij: berlembut terhadap org kafir dan berkeras terhadap sesama org beriman.

    BalasPadam
  6. semua ini adlh fitnah kpd agama ISLAM... Politik umno membungkus kepentingan agama... penulis nukilkan atas nama agama nyatakan dalil larangan non muslim masuk masjid secara ilmiah... Anda bertanggungjwb atas apa yg anda tulis...

    BalasPadam
  7. sy x sokong fitnah ini...dengar dari sebelah pihak shj...sesiapa yg baca fitnah ni...tolong la cari sumber2 lain utk menilai...semoga diberi pencerahan didlm hati kita...wallahualam

    BalasPadam