Isnin, 16 Ogos 2010

PARA PENCERAMAH JANGAN SYOK SENDIRI DI BULAN RAMADAHAN

Kalau ikut politik cara Yahudi maka asyik syok senidri je, sama macam ustaz-ustaz wahhabi yang berkeliaran di bulan Ramadhan

(Gambar hiasan)



Penceramah jangan 'syok' sendiri

Soalan:

Penganjuran tazkirah di surau-surau dan masjid-masjid yang banyak menyentuh politik dan terlalu panjang, sedangkan esok hari bekerja. Saya memang teringin menuntut ilmu di masjid mahupun surau tetapi agak mendukacitakan. Mohon nasihat daripada ustaz.

Jawapan:

Mengadakan kuliah atau tazkirah antara solat sunat terawih yang kian menjadi budaya di bulan ramadan bagi mereka yang ingin mengambil kesempatan bagi menyemarakkan lagi budaya menuntut ilmu. Secara dasarnya tidaklah salah mengadakan tazkirah sama ada antara terawih mahupun sesudah terawih. Ini kerana Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Sesungguhnya Allah SWT menyukai ibadat hambanya yang berilmu berbanding ibadat hamba yang jahil. Penganjur juga tidak salah menganjurkan tazkirah, kerana bagi mereka inilah peluang keemasan dengan kehadiran jemaah yang luar biasa mahu dijadikan peluang untuk menganjurkan majlis ilmu, semoga dengan demikian bertambahlah cinta kepada Islam dan ajarannya. Manakala Allah SWT menganjurkan umatnya agar menghidupkan suasana memberi peringatan, ini jelas dalam firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 55 dan surah al-'Ala ayat 9.

Saya juga kadang-kadang diundang untuk menyampaikan tazkirah di surau mahupun masjid. Biasanya saya akan tanya tazkirah selepas solat atau antara solat? Kalau ada yang mengatakan antara solat (selepas 4 rakaat), saya akan mencadangkan selepas solat iaitu selepas terawih dan witir. Ini kerana solat tidak mahu diganggu dengan acara lain. Saya fikir adalah wajar membiarkan solat selesai ditunaikan sebelum mengadakan ceramah. Demikian akan memberi masa yang cukup kepada penceramah untuk menyampaikan tazkirahnya. Kalau di tengah-tengah solat (selepas 4 rakaat) pastinya masa yang peruntukkan sangat singkat dan mungkin pentazkirah terkejar-kejar dalam penyampaiannya. Keadaan akan menjadi parah apabila tazkirah yang diadakan di antara waktu solat sunat terawih dan penceramah langgar waktu yang diperuntukkan, asalnya 15-20 minit malangnya heret sampai 30-45 minit, sedangkan esok hari bekerja. Kaum ibu pula perlu balik untuk menyiapkan masakan untuk sahur dan pelbagai komitmen yang lain yang perlu dilangsaikan. Hal ini kadang-kadang tidak disedari oleh pentazkirah dan juga jawatankuasa.

Gawat lagi apabila penceramah yang berceramah tidak fokus dalam isu yang dikupas, asyik merapu sehingga keluar dari tajuk yang asal. Sebab itu pesanan saya agar penceramah yang dijemput hendaklah diberi tajuk yang khusus agar dia tidak shopping dalam ceramah. Fenomena terkini ialah asal ceramah mesti ada diselit dan disindir ahli politik, hebat lagi platform tazkirah ramadhan betul-betul dimanfaatkan untuk kepentingan politik tertentu. Saya tidaklah kata berpolitik itu dalam Islam tidak ada atau berpolitik itu salah. Setiap orang cenderung kepada mana-mana parti politik dan dia yakin akan kehebatannya pasti akan memperlihatkan belangnya. Baca selnjutnya: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Tuan blog: Harap pihak Jabatan/majlis agama mengambil tindakan ke atas semua ustaz-ustaz dan para penceramah ajaran sesat Wahhabi di seluruh Malaysia
SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan