Penulisan artikel ini disandarkan kepada RAFLIS SABIRIN, siapakah beliau? harap sesiapa dapat mendedahkan identiti si penulis ini.!!!
Sanggahan dari tuan blog: Ketahuilah bahawa para alim ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah telah bersepakat bahawa mustahil Allah Taala diliputi oleh tempat dan arah dan tidak berada di atas arash dan langit kerana Maha suci Allah berada di mana-mana tempat atau di suatu tempat. Inilah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipelopori oleh Imam Abu Hasan al ‘Asyari dan Imam Abu Mansor al Maturidi yang mana kedua-dua imam ini telah menerangkan akidah yang sebenar.
DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ALLAH ADA TANPA TEMPAT
1-Firman Allah Taala:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maknanya: “Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(al Syura: 11)
2-Firman-Nya:
فَأَيْنَمَا تُوَلُّواْ فَثَمَّ وَجْهُ اللّهِ
Imam al Mufassir Abu Hayyan al Andalusi ketika menafsirkan ayat ini berkata: Ayat ini menolak mereka yang mengatakan bahawa Allah berada pada tempat dan arah(Kitab Al bahrul Muhit)
3-Sabda Rasulullah:
كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ
Maknanya: Sesungguhnya Allah sediakala (ada-Nya tanpa permulaan), kewujudan-Nya tanpa ada sesuatu pun di samping-Nya.(H.R al Bukhari)
Sabdanya lagi:
اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ
Maknanya: Ya Allah! Engkau yang tiada permulaan maka tiada sesuatu sebelum-Mu, dan Engkau adalah Yang tiada pengakhiran maka tiada sesuatu selepas-Mu, dan Engkau al Zahir maka tiada sesuatu di atas-Mu, dan Engkau al Batin maka tiada sesuatu di bawah-Mu(H.R Muslim)
Imam al Baihaqi dalam kitabnya al Asma Wassifat mengatakan bahawa para sahabat kami menafikan tempat bagi Allah berdasarkan hadis ini.
4-Imam Saidina Ali berkata:
كان الله ولا مكان وهو الأن عليه كان
Maknanya: Allah ada pada azal(adanya tanpa permulaan) dan ketika itu belum ada tempat dan dia sekarang(setelah mencipta tempat) seperti biasa ada tanpa tempat. (Dinukilkan oleh Imam Abu Mansur al Baghdadi dalam kitabnya al Farq Bainal Firaq, m/s:333)
5-Imam Abu al Hasan al Asyari:
كَانَ اللهُ وَلاَ مَكَان فَخَلَقَ الْعَرْشَ وَالْكُرْسِيَّ وَلَمْ يَحْتَجَّ إِلَى مَكَانٍ وَهُوَ بَعْدَ خَلْقِ الْمَكَانِ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ
Maknanya: Allah sedia ada dan tidak ada tempat, Dia mencipta arasy dan kursi dan tidak berhajat pada tempat, dan selepas Dia mencipta tempat Dia tetap seperti sebelum terciptanya tempat. (Diriwayatkan dalam kitab Tabyin Kazibil Muftari,m/s:150. Karangan Imam Ibnu Asakir)
6-Imam al Mujtahid Abu Hanifah al Nukman berkata:
ولقاء الله تعالى لأهل الجنة بلا كيف ولا تشبيه رلا جهة حق
Maknanya: Dan Pertemuan Allah Taala dengan Ahli syurga kelak tanpa bentuk, penyamaan dan tanpa arah adalah benar.( Kitab beliau al Wasiyyah,m/s:4. Dan nukilan dari Mula Ali al Qori dalam syarah Feqh al Akbar, m/s:138)
7-Imam Syafei berkata:
إنه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفة الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لايجوز عليه التغيير في ذاته ولا التبديل في صفاته
Maknanya: Sesungguhnya Allah Taala ada sebelum terciptanya tempat, dan selepas dicipta tempat maka Dia tetap bersifat azali(ada tanpa tempat) sepertimana sebelum Dia mencipta tempat, tidak harus berlaku pada-Nya perubahan pada zat dan sifat-sifat-Nya.( Diriwayatkan dalam kitab Ithaf al Sadatil Muttaqin, jilid 2 m/s:24.
8- Imam al Tohawi:
تعالى (يعنىالله) عن الحدود والغايات و الأركان و الأعضاء و الأدوا ت لا تحويه الجهات ا لست كسا ئر المبتدعات
Maknanya: Maha suci Allah dari batasan-batasan (bentuk kecil mahupun besar, jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sisi-sisi, anggota-anggota badan mahupun yang besar ataupun yang kecil. Dia tidak diliputi oleh satu arah penjuru sama ada enam arah penjuru (atas,bawah,kiri,kanan,depan dan belakang) tidak seperti makhluknya yang diliputi oleh enam arah penjuru tersebut".
9-Imam Ibnu al Jauzi al Hanbali:
الواجب علينا أن نعتقد أن ذات الله تعالى لايحويه مكان ولا يوصف بالتغيير والانتقال
Maknanya: Perkara yang wajib ke atas kita ialah mempercayai bahawa zat Allah tidak diliputi oleh tempat dan tidak disifatkan dengan berubah dan berpindah.( Kitab Dafu Syubahittasybih, m/s: 58.)
10-Imam Ahmad al Rifaei al Kabir(pengasas tarekat al Rifaeyyah) dalam kitabnya yang berjudul al Burhan al Muayyad:
"غايةُ المعرفةِ باللهِ الإيقانُ بوجودِهِ تعالى بلا كيفٍ ولا مكانٍ
Maknanya: Kemuncak mengenal Allah ialah yakin kewujuan-Nya Taala tanpa bentuk dan berada di tempat.
11-Sheikh Imam al Ghazali:
تَعَالَى عَنْ يَحوِيْه مَكَان
Maknanya: Maha Suci Allah dari diliputi oleh tempat (Ihyak Ulmiddin, jilid 1, m/s:108, tajuk: Qawaeid al Aqoeid)
DALIL IJMAK BAHAWA ALLAH ADA TANPA TEMPAT
1- Sheikh Abdul Qohir bin al Tamimi al Baghdadi telah menukilkan ijmak bahawa Maha suci Allah dari tempat:
وأجمعوا على أنه لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان
Makna: “Mereka (ahlus sunnah wal jamaah) telah bersepakat bahawa Dia (Allah) tidak bertempat”. ( Al-Farqu Baina Al-Firaq, hlm. 256)
2- Imam Abdul Malik al Juwaini berkata:
ومذهب أهل الحق قاطبة أن الله سبحانه و تعالى يتعالى عن التحييز والتخصص بالجهات
3- Al Muhaddas Sheikh Muhammad Arabi al Tabban:
إتفق العقلاء من أهل السنة الشافعية والحنفية والمالكية وفضلاء الحنابلة وغيرهم على أن الله تبارك وتعالى منزه عن الجهة والجسمية والحد والمكان ومشابهة مخلوقاته
Maknanya: Para cerdik pandai dari kalangan Ahli Sunnah yang bermazhab Syafei, Hanafi, al Maliki dan Hanbali serta selainnya bahawa Allah Tabaraka Wataala Maha Suci dari arah jisim, had, dan tempat serta tidak menyerupai sekalian makhluk-Nya.( Bara atul Asy Ariyyin, jilid 1, m/s:79.)
DALIL AKAL YANG MENJELASKAN BAHAWA ALLAH ADA TANPA TEMPAT
Sesungguhnya dalil akal adalah keperluan dalam syariat kita, kerana syariat itu datang tidak bertentangan dengan akal. Oleh itu al Hafiz al Kahtib al Baghdadi telah berkata:
اَلشَّرْع إِنَّمَا يَرِدُ بِمُجَوَّزَات الْعُقُوْلِ وَأَمَّا بِخِلاَفِ الْعُقُوْلِ فَلاَ
Maknanya: Syariat datang dengan perkara-perkara yang harus dari segi akal(tidak datang dengan perkara yang mustahi akal) dan apa yang bercanggahan dengannya maka tidak.( Kitab ak Faqeh Wal Mutafaqqeh,m/s:94)
Banyak para ulamak yang menjelaskan dalil akal bagi menafikan tempat bagi Allah seperti mengatakan bahawa setiap sesuatu yang mengambil tempat atau arah maka ia perlu kepada sesuatu yang lain untuk mengkhusukan baginya tempat tersebut, maka jika ia berada pada tempat maka sudah pasti dia akan tinggal padanya lalu berlaku padanya sifat bergerak, kerana keadaan tempat tidak lari dari sifat bergerak atau diam, dan setiap yang bersifat sedemikian maka ia baharu, dan yang baharu itu tidak layak menjadi tuhan. Antara para ulamak yang menjelaskan sedemikian ialah:
1-Sheikh Imam al Ghazali al Syafei al Asyari dalam kitabnya Ihyak Ulumiddin
2-AL Hafis Ibnu al Jauzi al Hanbali dalam kitabnya al Baz al Asyhab
4- Al Faqeh Ibn al Mualllim al Qurasyi al Dimasyqi dalam kitabnya Najmul Muhtadi Wa Rajmul Muktadi
5-Imam al Murtadha al Zabidi dalam kitabnya Ithaf sadatil Muttaqin dan lain-lain
Kesimpulannya adalah jelas (tidak kabur dan tidak sukar) bahawa Allah tuhan kita tidak berada di atas arasy di atas langit. Manakala dakwaan si penulis bahawanya langit bukanlah tempat tetapi langit adalah darjat, dakwaan ini adalah semata-mata ingin menyokong dakwaan beliau sebelumnya iaitu Allah berada di atas langit atas arasy bukanlah menunjukkan Allah berada di tempat. Saya secara rasminya amat keliru apa yang ditulis oleh penulis ini dan saya beranggapan si penulis ini memang tidak faham apa yang ditulis. Kalaulah langit itu tidak dikira sebagai tempat maka di mana arasy?, dan bagaimana Nabi kita Naik ke langit, adakah Nabi naik ke sesuatu yang bukan tempat?. Aduhh tak jelas-tak jelas, inilah akibatnya kalau tak fikir dahulu sebelum menulis dan berkata-kata dan tidak mahu memahami kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Nak tanya tuan, aakah kita ikut sunnah kalau tammpal gambar makhluk bernyawa sebagai tatapan, cthnya mcm dalm websie ni? sebab saya yakin tuan lagi alim bab2 hadis berkenaan pembinaan sesuatu yg menyerupai makhluk hidup ni, kan?
BalasPadam